Boleh dikatakan hampir semua wanita yang menyukainya malah mereka lebih mengemarinya dari kepala hinggalah kaki. Emas boleh menimbulkan satu ‘aura’ yang mempesona setiap kali si memakai mengenakan emas tersebut pada tubuh mereka.
Bukan sahaja nilai yang tinggi malah reka bentuk juga memainkan peranan penting buat si pemakai. Oleh itu, setiap orang perlu mengenai reka bentuk emas dengan lebih dekat supaya nanti bila si isteri minta hadiah, ikut citarasa mereka selain mampu dijadikan sebagai simpanan untuk hari mendatang. Ingat, suami yang bijak adalah suami yang menghadiahkan isterinya emas!
Ini kami kongsikan 30 jenis emas yang patut para suami tahu
Sebagai pembeli, korang kena tahu reka bentuk gelang emas atau rantai tangan yang menjadi bualan para wanita di luar sana. Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.
.
Ads
.
.
.
.
Ads
1. Emas sebagai aset.
Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu.
Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM191 untuk goldbar 1gm.
Ads
2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa kita menyimpan.
Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm.
Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?
3. Emas menarik rezeki.
Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?.
Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan.
Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan kita akan berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kita akan menerima keluarga baru yang semestinya tidak sama dengan keluarga kita sendiri. Jika dengan ibu bapa kita, tentu mereka sudah faham dengan perangai kita. Tetapi berbeza dengan keluarga mentua. Mereka belum kenal diri kita sepenuhnya dan jangan lupa ditunjuk sikap buruk kita di hadapan mereka. Takut terkejut pula mereka nanti.
Untuk memiliki keberkatan dalam rumah tangga, redha ibu bapa dan mentua adalah penting. Jangan biarkan ibu bapa kita dan mentua kita terasa dan berkecil hati dengan sikap kita. Sedikit sebanyak, ia akan mengganggu keharmonian rumah tangga kita bersama pasangan.
Hormatilah ibu bapa mentua sama seperti kita menghormati ibu bapa kita. Redha mereka penting dan jika mereka senang hati, insyaAllah rezeki anda dan pasangan juga akan melimpah ruah. Ingat, berkahwin dengan anak mereka bermakna anda juga perlu berkahwin dengan keluarganya.
Kami kongsikan beberapa tip untuk membina hubungan yang baik dengan mentua.
1. Hormati Mentua
Mereka ibarat ibu bapa kita sendiri. Hormatilah mereka sebaiknya dan jangan sesekali cipta jurang dengan mereka. Layani mereka dengan adil. Bercakaplah dengan lembut dan sentiasa letakkan mereka di atas.
2. Sayangi Mentua
Sayangi mereka seperti anda sayangi diri anda sendiri. Jangan beza-bezakan mereka dan jangan sesekali membandingkan mereka. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.
3. Terima Teguran Mentua
Terima setiap teguran mereka dengan baik. Janganlah anda bertindak keras kepala dan melawan setiap teguran mereka. Anggap sahaja teguran mereka itu sebagai cara untuk memperbaiki diri anda ke arah yang lebih baik.
sekadar gambar hiasan
4. Sentiasa Mengalah
Janganlah bertengkar dengan mentua sendiri. Sentiasalah mengalah walaupun anda kurang setuju dengan pendapat mereka. Tak rugi jika anda mengalah asalkan hubungan anda dan mentua tidak terjejas.
5. Berdamai Dengan Diri Sendiri
Sentiasa bersangka baik dengan mentua anda dan tepis jauh-jauh segala prasangka buruk anda. Sentiasa berfikiran positif. Cipta suasana tenang dalam diri anda sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selesai kini majlis kahwin yang berlangsung sempurna. Kini tiba masanya anda dan pasangan merehatkan diri berdua setelah penat menguruskan hal perkahwinan. Rancanglah ke mana anda mahu pergi sama ada di dalam negara atau pun luar negara. Bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya. Inilah masanya anda mempunyai masa berdua tanpa sebarang gangguan.
Ini tip bulan madu buat bakal pengantin;
Pastikan anda membuat bajet yang lengkap tentang kos pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan sepanjang berada di sana.
Pastikan tarikh cuti yang diluluskan oleh majikan anda dan pasangan bersesuaian dengan tarikh percutian.
JIka anda memilih bercuti di luar negara, bajet lebih tinggi, manakala di dalam negeri bajet lebih rendah dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya makanan serta cuaca persekitarannya.
Pastikan anda dan pasangan dalam keadaan sihat. Bawa ubat-ubatan yang perlu andai berlaku kecemasan.
Faktor cuaca juga penting, susah jika anda berbulan madu di musim hujan atau cuaca yang berangin. Pilih lokasi yang tepat yang memiliki cuaca sesuai untuk anda dan pasangan.
Pilih tempat yang memiliki suasana santai yang romantis yang sesuai untuk pengantin baru. Bali boleh dipertimbangkan sebagai destinasi bulan madu yang romantis.
Harga tiket kerap menjadi masalah namun bijaklah membeli ketika promosi tiket yang murah. Ia sangat menguntungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin sentiasa bahagia di samping insan tercinta. Ada segelintir wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan hubungan yang dibina terus terjalin. Namun, seringkali mereka mengambil peranan lelaki dalam perkahwinan mereka dan ada juga yang sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri atas nama cinta.
Tidak salah untuk berbuat demikian, tapi anda juga harus memgutamakan diri sendiri dan tidak terlalu taasub dengan sesebuah hubungan hingga boleh menyebabkan anda terluka. Sikap saling membantu antara satu sama lain perlu ada dalam hubungan untuk memastikan hubungan yang dijalin lebih sihat.
Pesona Pengantin senaraikan 6 perkara yang wanita tidak patut lakukan untuk pasangan anda!
1. Mengubah Penampilan
Tampil cantik di depan suami itu adalah lumrah biasa bagi seorang isteri. Tetapi jika pasangan anda memberikan tekanan pada anda untuk mengubah penampilan anda secara drastik, maka anda tidak perlukan dia dalam hidup anda. Pada masa yang sama, jika suami anda meminta anda untuk mengubah sesuatu yang boleh anda setujui dengan mudah, lakukannya dan jangan degil. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan dalam hubungan anda, tetapi sebaliknya ia akan mengukuhkan hubungan emosi anda bersama suami.
2. Berikan Hadiah Yang Mahal
Ia adalah langkah yang terbaik sekiranya anda dan pasangan anda memberikan hadiah yang sama nilai pada satu sama lain. Memberikan hadiah yang mahal untuk orang kesayangan, terutama sekali apabila dia tidak boleh membalasnya dengan hadiah dengan nilai yang sama akan membuatkan si dia berasa janggal dan rendah diri.
Selain itu, ia juga boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri sekiranya anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab maka kerana dia akan menggunakan cinta anda untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
3. Cuba Selesaikan Masalah
Walaupun suami anda mempunyai masalah kewangan atau masalah di tempat kerja, jangan cuba untuk menyelamatkannya dari masalahnya sendiri. Anda boleh membantu dalam mencari jalan penyelesaian tetapi biarkan suami anda selesaikan yang selebihnya.
Jika anda kerap membantunya, anda akan hidup dengan pasangan yang sentiasa ragu-ragu, tidak berdaya dan takut untuk memikul tanggungjawab untuk masa depannya. Sentiasa ingat anda adalah seorang perempuan dan juga isteri bukannya pembantu yang harus mengendalikan segala-galanya.
4. Tunjuk Anda Lebih Bijak
Walaupun anda sentiasa betul 100%. tiada ada yang lebih provokatif daripada frasa “apa yang telah saya beritahu?” Dengan mengatakan ini, anda menunjukkan pada suami anda bahawa anda lebih bijak daripada dia dan ini akan membuatkan hubungan anda jadi tidak begitu baik. Setiap individu perlu merasa penting dalam hidup mereka. Menunjukkan penguasaan anda pada dirinya tidak akan membantu untuk membina hubungan yang harmoni.
5. Menjadi Tempat Untuk Dia Bergantung
Tidak seperti wanita, lelaki tidak akan jatuh cinta pada wanita yang bersimpati pada dirinya. Sentiasa di sisi suami dari segi emosi dan fizikal tidak bererti hubungan anda dan suami anda itu begitu mendalam dan bahagia. Wanita yang bijak akan sentiasa menyokong dan memberikan inspirasi kepada suaminya untuk mendapatkan pencapaian yang baru. Ini adalah rahsia kepada hubungan yang bahagia.
6. Melepaskan Kerjaya Dan Kehidupan Peribadi Demi Lelaki
Hanya kerana wanita telah menemui cinta dalam hidupnya ini tidak bermakna dia perlu melepaskan rakan-rakan dan kerjayanya. Jika anda mengorbankan kehidupan peribadi anda untuk menjaga keluarga anda, suami anda mungkin akan hilang minat dalam hubungan satu hari nanti. Anda boleh teruskan dengan kehidupan peribadi anda tetapi ingat jangan keterlaluan sehingga mengabaikan suami dan anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!