
Cantik pula tengok seorang suami ini makeover pintu rumah, kemas tak perlu upah orang pun. Jangan kata baik upah orang, sebab kalau anda rajin, hasilnya lagi puas hati.
Jom tengok macam mana lelaki ini mampu memberikan kesan pada dekorasi kediaman rumahnya. Lihat saja makeover mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.
Makeover Pintu Rumah

DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.
Kayu untuk buat wainscoting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cum cat sebab beli online.
Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.
Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.
Dah kering barulah dicat, saya guna Jotun stylish grey 7395.
Siap. Nak buat makeover ni pada pintu lain dalam rumah pun boleh juga.
Nampak tak perbezaan sebelum dan selepasnya? Kemas dan cantik, bukan? Jimat poket anda kalau buat sendiri. Benda mudah, kenapa nak jadikan susah? Perlukan sedikit kerajinan sahaja.
Sumber: Pa’e Faeza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Suka Kentut Depan Isteri Dianggap Romantik? Biar Betul! Doktor Ini Jelaskan Faktanya

Benarkah suami yang kentut di hadapan isteri dianggap sebagai perkara yang romantik?
Melalui satu video yang dimuat naik oleh Dr Aisah Dahlan, doktor (Parenting) dari Indonesia, Dr Aisah Dahlan menyifatkan suami yang paling suka kentut atau kentut di hadapan isteri tergolong sebagai lelaki yang romantik.
Walaupun video tersebut sudah lama, (12 Mac 2022) namun ia tetap menarik perhatian. Dalam video di akaun TikTok miliknya @dr.aisyahdahlan, beliau menjelaskan bahawa uniknya jika si suami kentut di hadapan isteri, perbuatan ini dianggap romantik dalam rumah tangga.
Video ini juga turut dimuat naik pengguna akaun TikTok @abdisoburchann
@abdisoburchannel 96 % Laki Laki Seneng Kentut Depan Istrinya. #fyp #fypシ #wanita #suami #rumahtangga #motivation #aisyahdahlan #motivated ♬ suara asli – abdi sobur – abdisoburchannel
“Memang jika berbicara tentang kentut ia berkaitan dengan sesuatu yang dianggap ‘kotor.’
Lebih-lebih lagi, kentut di hadapan pasangannya mungkin kelihatan tidak masuk akal.
Perbuatan ‘membuang gas’ di hadapan isteri mungkin perkara biasa di kalangan suami. memang biasa. Tahukah anda bahawa perbuatan ini termasuk dalam ciri-ciri romantik?
Ramai orang beranggapan kentut adalah perbuatan tidak sopan malah kotor. Namun, ternyata kentut juga boleh mewujudkan sisi romantik antara suami isteri dalam rumah tangga.
Menurut Dr Aisah Dahlan, jika suami suka kentut di hadapan isteri, itu satu tanda cinta yang unik. Menurut Dr Aisah Dahlan, hampir 96 peratus lelaki atau suami suka kentut di hadapan isteri.
“96 peratus lelaki suka kentut di hadapan isteri,” kata Dr Aisah Dahlan dalam video pendek itu.
Bagaimanapun, Dr Aisah Dahlan berkata, jika suami suka kentut di hadapan isteri, itu adalah romantik dalam rumah tangga.

“Itulah romantik,” kata Dr Aisah Dahlan.
Beliau juga menyarankan apabila suami kentut walaupun tidak berbau, isteri berpura-pura menghidunya sambil bergurau senda supaya suasana lebih romantik.
Mencipta romantik dalam hubungan suami isteri sangat ‘murah’, cukup dengan kentut. Tak perlu pun keluar belanja.
Bayangkan, murahnya mencari romantik dalam rumah tangga. Tunggu dia (suami) kentut.
Selain itu, doktor Aisah Dahlan juga menyebutkan dengan hanya suami kentut akan menciptakan suasana romantik yang unik.
Dengan adanya sedikit ilmu pengetahuan, kesedaran isteri tentang ‘ilmu’ mencipta romantik semakin bertambah.
Sumber: Tribunetrends.com TikTok abdisoburchann TikTok dr.aisyahdahlan
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Marjerin Masa Menggoreng, Trik Buat Kerepek Pisang Jadi Rangup, Sedap Rasa Berlemak

Kerepek antara kudapan yang menjadi kegemaran ramai. Memang asyik bila dapat mengunyah kerepek pisang menonton rancangan kegemaran. Rasanya yang rangup, masin dan manis menjadikan kudapan ini sering menjadi buruan ramai pelbagai peringkat usia.
Macam mana nak dapat tekstur kerepek pisang yang ranggup dan rasa berlemak?
Menerusi satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Khaula Anis, wanita ini memberikan tip agar kerepek pisang rasa lebih rangup dan berlemak.
“Tidak perlu menggunakan garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna kerepek yang dihasilkan juga cantik, tidak perlu guna serbuk kunyit. Jika mahu menambah aroma, masukkan dua hingga tiga hiris bawang putih semasa menggoreng. Ini rahsia daripada peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan,” tulisnya.
Berikut dikongsikan resipi kerepek pisang rangup. Bila buat sendiri, makan pun lebih puas selain terjamin kebersihan cara penyediaannya.
Bahan:
1 sikat pisang berangan
200 gm marjerin
½ kilo minyak masak
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Kupas kulit pisang berangan sehingga selesai.
2. Sagat pisang berangan yang telah siap dikupas tadi menggunakan penyagat.
3. Panaskan minyak masak. Apabila minyak masak telah panas, masukkan marjerin.
4. Kemudian masukkan pisang berangan yang telah siap disagat. Masukkan dalam jumlah yang sedikit, jangan sekali harung. Ini bagi memastikan kerepek masak sekata.
5. Apabila kerepek pisang telah masak kekuningan, angkat dan toskan. Teruskan menggoreng sehingga habis.
6. Untuk satu sikat pisang berangan, boleh dapat dua balang saiz sederhana kerepek pisang.
TIP PENTING KETIKA MENGGORENG KEREPEK PISANG:
1. Jangan sagat terlalu tebal.
2. Minyak dan marjerin mesti betul-betul panas sebelum mula menggoreng.
3. Goreng sehingga pisang rangup dalam minyak sebelum diangkat. Jangan angkat selagi belum masak sepenuhnya. Jika sagat nipis, mudah masak tetapi jika sagat tebal, perlu goreng lebih lama.
4. Tunggu sehingga kerepek betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Hasilnya kerepek pisang rangup bila dimakan.
Sumber: Khaula Anis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tebuk Eyelet Ring Pada Langsir Lama, Isteri Boleh Jimat Hias Rumah

Kalau dekat rumah ada banyak kain langsir lama tak pakai dan masih elok, apa kata anda buat langsir eyelet macam ini.
Hah, jangan risau, ini ada cara-cara mudah bagaimana nak buat lubang eyelet ring pada langsir itu. Ini merupakan cara DIY yang dikongsikan oleh Puan Dura. Jom ikuti caranya di bawah.
Tebuk Eyelet Ring Pada Langsir Lama, Isteri Boleh Jimat Hias Rumah
Cara-cara Tebuk Langsir Eyelet
Nah belanja hampa cara-cara nak buat tebuk bulat langsir ni. Langsir lama yang ketinggalan zaman pun hampa tebuk ja, dah jadi baru. Tak payah pergi upah tebuk dekat kedai, tebuk sendiri saja.
BARANG DIPERLUKAN:
Eyelet ring langsir
Pembaris
Gunting
2 marker pen (berbeza warna)
LANGKAH-LANGKAH:
1. SUSUN EYELET RING DI ATAS HUJUNG BAHAGIAN KEPALA LANGSIR
Letak eyelet ring untuk ukur bagi sama rata. Tak ada ukuran untuk letak ring sebab bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 you all letak 8 keping ring sahaja. Ukur agak-agak, tak sama sikit-sikit kira halal je.
2. GUNA MARKER PEN UNTUK TANDA BULATAN EYELET
Bulatkan dengan marker pen.
3. HASIL SELEPAS DITANDA
Macam ini:
4. TANDA TEPI BULATAN BERJARAK 1/4 INCI DENGAN WARNA LAIN
Selepas itu, tanda tepi 1/4 inci. Tanda untuk kita gunting sat lagi.
5. GUNA GUNTING DENGAN CARA SEPERTI DI GAMBAR
Guna gunting macam ini. Senang nak tikam, hujung dia tajam sangat-sangat dan jaga-jaga jari.
6. GUNTING PADA TANDA 1/4 INCI TADI
Kasi tikam dia.
7. HASIL SETELAH DIGUNTING
8. BELAH EYELET RING GUNA PISAU TUMPUL
Belah ring tu guna pisau. Jangan guna pisau baru, guna pisau lama yang tidak tajam okay.
9. EYELET RING BAHAGIAN TAJAM LETAK DI ATAS
Letak bahagian eyelet ring yang tajam dekat atas.
10. LETAK EYELET RING TIDAK TAJAM DI BAWAH LANGSIR
Bubuh bagi betul-betul. Kalau tak betul, gunting sikit-sikit lagi bagi masuk dalam bulatan tu.
11. TEKAN EYELET RING KEDUA-DUA BAHAGIAN DENGAN TANGAN
Tepuk dengan tangan saja, puk puk bagi betul-betul.
Dah, siap! Senang golongan isteri nak jimatkan duit poket keluarga, hanya guna langsir lama sahaja. Jadi mungkin anda boleh cuba menggunakan tip yang dikongsikan wanita ini kalau rasa dah bosan tengok langsir lama di rumah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI