Setiap kali suami isteri ada masalah, jangan sesekali buat keputusan sendiri. Belajar duduk berbincang dan tanya dari hati, betulkan mana yang silap dan sebulat suara boleh dapat jawapan terbaik.
Begitulah jalan paling selamat untuk elakkan emosi koyak, selebihnya jemput baca perkongsian saudari Farah Razali ini sejenak.
Suami Isteri Ada Masalah Duduk Berbincang
Para suami, isteri bukan tunggul.
Bukan patung.
Bukan orang gaji kat rumah.
Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.
Ads
Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.
Rendahkan Ego Masing-masing
Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan seorang di belakang. Bukan seorang diperintah dan seorang lagi yang menurut perintah.
Cuba maklumkan kepada isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.
Ads
Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.
Tapi beritahu sahaja tak cukup. Sekadar bagitahu, lepas tu pergi. Bagi saya menyakitkan hati. Cubalah ‘minta izin’.
“Yang, boleh tak abang nak pergi..”
Ads
Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.
Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. Tak.
Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.
Tapi minta maklumkan sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.
Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda.
Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda.
Hormat isteri, isteri akan hormat anda.
HARGAI isteri, isteri akan hargai anda.
Begitulah resepi menjaga hati suami isteri, saling bertolak ansur dan tudukkan ego itu, wajib! Semoga kita terus bahagia dengan pasangan hidup yang ditakdirkan Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang boleh lakukan sendiri dengan syarat yakin saja pada ALLAH !
TANDA-TANDA RUMAH BERMASALAH :
* Kedengaran bunyi guli jatuh
* Kedengaran seperti orang tarik perabot di waktu malam
* Masakkan cepat rosak dan basi
* Kerap bergaduh suami / isteri
* Kedengaran suara orang memanggil
* Tempat berbau busuk atau kemenyan
* Sering nampak kelibat atau bayangan
*Perniagaan merosot secara mendadak
* Suasana muram dan malam
* Bayi sering menangis
CARA – CARA BERSIHKAN / PAGAR RUMAH :
Bersihkan rumah dari segala unsur maksiat / tangkal / azimat / gambar bernyawa dan sepertinya.
Seeloknya rawatan ini dilakukan ketika waktu margrib / selepas margrib atau malam.
Berdiri di tengah-tengah rumah/premis, mulakan dengan azan dengan nada yang kuat. Kalu boleh biar 1 rumah dengar. Kaedah azan pula, suara hendaklah kuat dan deras. Tidak perlu beralun atau berlagu.
Bacakan doa perjanjian Nabi Sulaiman as dengan kaum jin. Saya juga ada sertakan di bahagian komen pertama. Bacaan ini hendaklah diulang sekurang-kurangnya 3 kali. Dibaca dengan nada yang keras dan kuat (seperti mengarahkan penceroboh keluar dari rumah kita)
Baca ayat qursi dengan 9 wakaf (kaedah 9 kali behenti), sambil berjalan keliling rumah mengikut pergerakan tawaf Kaabah. Ketika ini boleh juga disertakan dengan kaedah merenjis rumah dengan air ruqyah atau paling mudah anda boleh bancuhkan mandian bidara syifa yang telah kita bacakan doa.
Berdiri di satu penjuru rumah sambil menghadap penjuru rumah satu lagi. Baca surah al fatihah diikuti surah yassin ayat 1 – 9. Sambil baca sambil berjalan menuju penjuru rumah satu lagi (ikut arah seperti tawaf juga). Baca kombinasi ini di setiap penjuru sampai bertemu penjuru permulaan.
Bacalah doa-doa di atas dengan penuh pengharapan dan keyakinan kepada ALLAH. Jangan pernah takut dengan gangguan jin. Jin suka manusia yang takut kepada mereka. Takutlah saja kepada ALLAH.
Lakukan kaedah di atas sekurang-kurangnya 3 kali berturut-turut. InsyAllah anda akan terasa perubahannya.
SHARE KEPADA KELUARGA / RAKAN-RAKAN ANDA. SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEREKA SEMUA.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikan luaran dan mengabaikan kecantikan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalaman adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakan jatuh, ini bukan masalah ringan kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Kadangkala akan rasa tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah berada di peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj. Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga Peringkat Masalah Rahim Jatuh:
Peringkat Pertama – Rahim turun sedikit sahaja
Peringkat Kedua – Rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
Peringkat Ketiga – Rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini, ia boleh menggangu proses pembuangan air.
Tip Untuk Menjaga Peranakan
Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini akan menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!