Perkahwinan adalah penyatuan yang paling suci antara lelaki dan wanita, ikatan lafaz cinta yang diungkapkan menjadi penguat sesebuah perhubungan. Namun langit tidaklah selalu cerah, bertikam lidah atau salah faham pasti akan berlaku. Terpulang kepada pasangan bagaimana untuk menangani perkara ini agar masjid yang dibina kekal utuh di dalam rahmat yang maha Esa.
KOMUNIKASI- Ini adalah peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Selalu mendengar masalah atau apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda. Jangan bersikap ego tinggi kerana tidak mahu kalah, perlu diingatkan bahawa apabila berkahwin hidup bukan lagi hanya tentang anda seorang. Apabila terjadi salah faham cuba selesaikan dengan cara yang baik dan bersikap saling memaafkan.
JUJUR- kejatuhan sesebuah rumahtangga disebabkan hilangnya kejujuran dalam diri. Sikap tulus dan terbuka amat diperlukan dalam melayari bahtera perkahwinan. Jika ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh pasangan anda tidak sukai, maka berterus terang dengan mereka jangan dipendam di dalam hati.
Ads
MASA BERKUALITI- Luangkan masa yang berkualiti bersama dengan pasangan anda. Tidak semestinya meluangkan masa bersama perlu memakan kos yang banyak dengan melancong atau menginap di hotel-hotel mewah sebaliknya di rumah pun boleh menjadi lokasi terbaik untuk meluangkan masa berkualiti. Sebagai contoh, anda boleh menonton filem bersama-sama ataupun mengadakan makan malam yang romatis di rumah.
Ads
JANGAN PERNAH MENJERIT- Tanam sifat hormat di antara satu sama lain. Apabila bertikam lidah, kawal nada suara dan juga perkataan yang keluar daripada mulut anda. Jangan sesekali menjerit antara satu sama lain, kerana ini akan mewujudkan satu tekanan terhadap perhubungan sekaligus menjadikan anda lebih menjauh dengan pasangan. Kadangkala apabila berada dalam keadaan marah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya akan terhambur dan akan menyesal selepas itu. Jadi cuba kawal perasaan anda.
Ads
BELAJAR BERKOMPROMI- Sikap bertoleransi merupakan satu kunci kebahagiaan. Jangan hanya pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Dalam setiap perkara yang anda berdua tidak bersetuju jangan ingat anda perlu selalu menang. Kadangkala mengalah lebih baik dari cuba membuktikan sesuatu. Percayalah dengan berlajar berkompromi, anda akan kenal pasangan dengan lebih mendalam dan kasih sayang akan bertambah erat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rengat ialah rasa sakit dalam perut terutamanya bahagian rahim, seperti kontraksi ketika bersalin. Akan tetapi rengat ini berlaku selepas kelahiran bayi, biasanya menyerang hari ke tiga atau seterusnya selepas bersalin. Rasanya juga seperti sengugut.
Menurut ilmu perbidanan Melayu, rengat berpunca daripada sisa-sisa darah yang masih tertinggal semasa proses kelahiran bayi.
Dari segi perubatan moden pula, masalah ini berlaku disebabkan oleh pengecutan rahim untuk kembali kepada saiz asal iaitu saiz sebelum hamil. Keadaan ini berlaku kerana bayi menyusu dan penyusuan bayi boleh membantu mengecutkan rahim.
Ini adalah cara saya untuk atasinya ketika menyerang. Semasa anak pertama, langsung tiada rasa rengat. Bila melahirkan anak kedua, selepas 5 hari kelahiran baru rasa sakit seperti mahu beranak lagi. Seperti sengugut, sakit pinggang dan seluruh tubuh.
1. Bertungku
Ini adalah petua yang emak sendiri yang ajar. Betungku sangat digalakkan oleh orang-orang lama setiap kali berpantang. Jika boleh, setiap masa kena bertungku.Ianya juga boleh mencegah rengat dan juga membantu mengurangkan rengat. Memang mujarab.
Pernah tak anda menuam air panas semasa sengugut sewaktu remaja dahulu?. Perkara ini sama sahaja dengan diserang rengat!.
2. Minuman Panas
Minum air panas atau suam boleh membantu mengurangkan sakit ini. Minum teh hijau yang panas juga melegakan dan memberi rasa yang segar kepada ibu. Teh herba juga digalakkan jika bayi anda sudah bebas jaundis.
3. Urutan
Kebiasaannya selepas melahirkan anak, ibu-ibu berpantang cara lama akan menjalani proses urutan selepas bersalin. Ibu akan mengurut selama 3 hari termasuklah mandi herba, bertungku dan sebagainya mengikut pakej yang diambil. Urutan boleh mengurangkan kerengatan.
Jika selepas habis pakej urutan, masalah ini masih berterusan, minta pertolongan suami untuk melakukan urutan pada bahagian kaki, belakang dan juga paha.
4. Minyak Panas/Herba
Minyak panas atau minyak berasaskan herba boleh membantu melegakan kerengatan. Sapu pada bahagian perut, pinggan, dan kaki. InshaAllah sakit akan berkurangan.
5. Kerap Bergerak
Jangan baring semasa diserang rengat!. Banyakkan bergerak, berjalan dan ianya membantu mengurangkan kesakitan.
6. Berbengkung
Berbengkung boleh membuatkan rahim kita seolah-olah “dipegang” dan sebolehnya perlu berbengkung setiap masa. Pilih bengkung yang selesa untuk anda.
7. Panadol @ Ubat Tahan Sakit
Ini adalah pilihan terakhir jika anda mengalami kesakitan yang amat sangat. Dapatkan ubat tahan sakit yang sesuai untuk anda dan rujuk doktor dahulu sebelum makan ubat tahan sakit. Tidak semua ubat tahan sakit sesuai untuk masalah ini.
SUMBER : http://rezekisihat.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim PKP ni semakin ramai yang kreatif, mungkin disebabkan 24 jam duduk di rumah jadi perlukan suasana baru yang lebih segar untuk diri dan keluarga.Cara termudah untuk menimbulkan ruang yang selesa adalah dengan penggunaan cat baru pada dinding rumah. Tapi bila bab mengecat rumah tidak semudah yang kita sangka.
Terdapat teknik yang perlu anda ketahui bagi memastikan proses mengecat lancar dan dapat hasil yang diimpikan. Ikuti perkongsian saudara Azlan Mohamad ini dalam pemilihan warna dan teknik mengecat yang betul untuk anda semua pembaca Pesona Pengantin.
Assalamualaikum.. Sy perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yg didambakan.Jadi, disini sy sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat..sy bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat.
1) Mula2 kena la pilih warna2 pilihan anda
.
Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah org lain.. Org lain tau nk kecam, kritik je kan. Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda. Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang org lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh sy letak tu..
2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah
.
.
Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab mmg cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yg mulut puaka kata colour tu tak lawa..
3) Cat juga ada pelbagai gred and pelbagai pilihan
Ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang x berkilat dan kalau x salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak2 conteng..
4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi
Untuk sy, sy rekemen jotun la sbb sy kerja dgn jotun dulu..haha..tapi realitinya mmg cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..
5) SEALER/PRIMER (cat alas)
.
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nnti jadi seperti yg diimpikan atau sama tone seperti dlm catalog yg anda tgk kt kedai masa beli td.. Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..
Anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…x perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..
6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.
Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih.. Cat sealer warnanya mmg putih, tapi x seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer xkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna x rata…bertampung2 putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cntik2..
7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.
Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke.. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul2 bergaul atau bergelumang sesama sendiri..Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, xperlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hnya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hnya letak sedikit air.. Jgn nk jimat sgt tmbah air banyak nnti colour dh tak cantik, xpekat..
8)Teknik mengecat
.
.
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nnti jadilah colour yg kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang cmtu takkan tukang cat mintak upah mahal2..cat pon ade teknik2 dia.. Yg sy tau teknik yg senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu.. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda….
Tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)
Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yg xbetul boleh betulkan.. Sy bg yg basic yg betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat xlawa dan xrata tgk pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya.. Yg penting jgn guna CAT MURAH kalau utk rumah sendiri.. Nk puas hati guna cat yg berkualiti mcm jotun, nippon, deluxe.. Mahal ckit tp mmg berpuas hati..
Dalam sesebuah perhubungan, berselisih faham dengan pasangan kebiasaannya selalu terjadi. Selisih faham sering terjadi kerana komunikasi yang kurang baik atau masalah eksternal lain yang tidak dijangka.
Ketika anda dan pasangan terjerat dalam dilema ini, maka suasana hubungan cinta pacaran menjadi tidak keruan.
Oleh itu anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang harus dihindari saat berlaku perselisihan faham agar hubungan antara anda dan si dia tetap dapat dipertahankan.
Mengungkit Kesalahan
Dek kerana si dia membatalkan janji temu disaat-saat akhir, anda langsung mengungkit-ungkit semua kesalahannya di masa lalu. Pendek kata, anda selongkar semua kesalahan yang dilakukannya sebelum ini tanpa melihat sisi kebaikan yang ada pada dirinya. Ini bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik mengatasi masalah yang kalian hadapi malah ia memburukkan keadaan.
‘Membawa’ Keluarga
Sebesar apa pun keinginan anda untuk membuatkan pasangan insaf dengan kesalahan yang dilakukannnya, jangan sesekali melibatkan keluarganya. Ia seolah-olah anda telah menghina dirinya.
Memang anda boleh memberikan komen tentang dirinya namun itu bukan bererti anda berhak menghinanya. Bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya ‘perang’ akan menjadi bertambah kronik. Paling ditakuti, anda akan dibenci oleh pasangan kerana menghina keluarganya.
Memperlekehkan
Jangan sesekali memperlekehkan pasangan. Jika benar anda terlalu marah dengan pasangan, cubalah untuk tidak merendah-rendahkan pasangan. Semua orang ada harga diri begitu juga dengan pasangan anda.
Jika anda sendiri tidak mahu diperlekehkan oleh orang lain maka tentunya pasangan anda juga tidak mahu diperlakukan sedemikian. Sepatutnya dalam apa juga keadaan kalian saling menyokong antara satu sama lain.
Memanggil Nama Julukan
Setiap orang mungkin punya nama panggilan yang tidak disukai. Kebiasaannya nama julukan sering diberikan oleh rakan-rakan ketika waktu zaman kanak-kanak mahupun ketika di sekolah rendah.
Jadi, ketika berselisih faham dengan pasangan, elakkan sama sekali untuk memanggil nama pasangan dengan julukan tersebut. Ia seolah-olah mengejek pasangan tanpa kita sedari. Situasi ini sebenarnya boleh meruntuhkan kepercayaan diri si dia kepada diri anda.
Putus Sahaja
Usahakan untuk tidak menyebut perkataan ‘kita putuskan sahaja hubungan ini’ saat sedang berselisih faham dengan pasangan. Apabila sedang dalam keadaan marah, sudah tentu anda berada dalam keadaan di luar kawalan emosi. Jangan sesekali terlepas ungkapan itu kerana ia ibarat satu doa.
Jika setiap kali berselisih faham dengan pasangan, ungkapan ini meluncur laju daripada mulut anda maka tidak mustahil ia akan menjadi satu kenyataan. Jadi, setiap kali terfiikir untuk mengungkapkan perkataan tersebut, cuba tarik nafas dalam-dalam. Bertenanglah. Ingatlah bahawa tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!