Zaman sekarang suami isteri sama-sama kerja, jadi mestilah masing-masing penat. Walau ada wanita yang suri rumah, tetap pandai buat duit di rumah. Bisnes online, penat juga!
Itulah kata, bila dah kahwin suami kena ambil peduli. Kena tahu tanggung jawab rumah tangga, perlu dikongsi. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian saudara Shamsul Faizal ini. Barulah harmoni perkahwinan kalian.
Suami Isteri Sama-sama Kerja
Dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak dan buka, terus ke dapur. Ambil beras masukkan dlm rice cooker.
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Ads
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya. Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Orang Rumah Bukan ROBOT!
Hello guys, isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Ads
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya. Punya baloq liat!
Sampah kat dapur pun hangpa tak bleh nak tolong buang. Bila bising, hangpa kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Ads
Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan,
Jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa tu kita akan menyesal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti kita rasa tak selesa kan dalam tengah sedap dibuai mimpi tiba-tiba ada nyamuk datang kacau ‘mood’ tidur. Lagi pula zaman sekarang ni bermacam-macam penyakit yang boleh didapati dari seekor nyamuk.
Jadi, sebelum anda dan ahli keluarga anda dijangkiti penyakit-penyakit yang bahaya ini, anda boleh cuba menggunakan tips ini untuk menggelakkan dari gigitan nyamuk. Selamat mencuba!
Dalam Teknik Mengawal Nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan. Ia adalah murah dan tidak toksik seperti kebanyakkan semburan nyamuk yang lain.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini :
Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening . Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat . Lepas tu letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah.
Ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu. Cubalah, ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekirar rumah anda terutamanya tempat2 ada wabak Denggi atau Zika atau lain-lain virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Oleh sebab itulah, toleransi dan saling memahami perlu ada dalam diri setiap pasangan agar rasa cinta itu sentiasa ada. Pasangan perlu belajar dan fahami diri pasangan terlebih dahulu dalam memastikan hubungan sentiasa terjaga.
Namun, pergaduhan sering terjadi dalam hubungan. Mungkin ia dianggap biasa tetapi jika ia terus dibiarkan, ia boleh merosakkan rumah tangga sekali gus menyebabkan penceraian.
Jom Pesona Pengantin kongsikan tip untuk mengekalkan rasa cinta antara pasangan hingga ke akhir hayat. Resipinya cukup mudah seperti berikut!
Setiap kali sebelum tidur, apabila pasangan bercerita kisah di tempat kerja, cubalah dengar walaupun anda tidak faham apa yang cuba suami ceritakan. cuba selami isi hatinya dan cuba fahami apa yang dia ceritakan. Mungkin itu boleh meredakan masalahnya.
Apabila bercakap, jagalah pertuturan anda. Adakalanya pertuturan anda biasa sahaja namun nada suara tinggi perlu dielakkan. Jaga percakapan dan jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
Ia bermaksud dengan menjadikan sebahagian perjalanan hidup pasangan sebagai pengalaman anda juga. Misalnya, mengenali rakan-rakan pasangan anda. Sesekali anda boleh melepak bersama rakan suami atau isteri sambil minum kopi. Hal ini dapat membantu anda untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
Anda perlu faham apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan. Jika anda tidak suka sekalipun, usah menghalang dia melakukan hobi itu. Cuba faham minatnya dan dia pasti cuba fahami minat anda.
Bukan hanya untuk pasangan muda, pasangan berusia 40-an ke atas juga perlu mengambil barat akan hal ini. hubungan ini penting, kerana ia dapat meningkat ketenangan dan menaikkan perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. Apa yang penting ialah, anda perlu terus semai rasa cinta untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga hingga akhir hayat.
Ada pasangan yang tidak kisah mendapat hadiah atau tidak. Namun jika anda mendapat pasangan yang sudah biasa diberi hadiah tatkala tiba tarikh bermakna seperti itu, maka anda haruslah ambil berat perkara ini. Rasulullah SAW juga menyatakan memberi hadiah kepada orang lain dapat menambah kasih sayang.
Jangan serabutkan kepala pasangan anda dengan rumah bersepah, pinggan tidak dicuci atau rumput panjang di halaman. Suami perlulah memberi kejutan dengan membantu isteri dalam menguruskan hal rumah. Luangkan masa hujung minggu mengemas rumah bersama-sama.
Tidak semestinya diluahkan, cukup dengan hanya ciuman atau bahasa tubuh anda. Cuba tunjukkan tanda ‘bagus’ ketika isteri memakai pakaian baharu. Elakkan mengutuk tetapi lebihkan memuji isteri anda.
Kepada suami isteri, jaga penampilan tidak hanya ketika mahu keluar rumah kerana di rumah juga sama. In penting supaya pasangan anda tidak jemu memandang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
KETAHUI KEGUNAAN SEBENAR 6 JENIS UBAT KRIM DI PASARAN
Saya kongsikan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor atau pergi farmasi. Krim-krim ini pula sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan. Kita panggil ‘krim’, tapi ada beberapa persediaan krim ini, iaitu:
1. OINTMENT : Ianya oil-based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit, dan lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan ‘krim’ jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal dan kasar sebab kesan selalu garu dan bergesel (lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yang sudah lichenified.
2. CREAM : Ianya water-based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3. LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu , juga di kawasan lipatan (intertriginious area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus atau kemaluan, di bawah lipatan breast.
Jadi, bila dapat ‘krim’, tengok persediaannya, adakah ianya cream, ointment atau lotion.
1. Steriod Cream (Nama saintifik berakhir dengan ” SONE”)
Secara umumnya digunakan untuk merawat keradangan (inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal untuk merawat eczema. Bagaimana nak tahu steroid cream?
Perhatikan nama saintifik cream itu (bukan brand name). Nama saintifiknya berakhir dengan ” SONE”. Contoh: Hydrocortisone, Clobetasone, Mometasone, Fluticasone, Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelasnya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power (potent) lah ia. Rujuk gambar untuk kenali kelas-kelas krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.
Krim-krim steroid juga secara umumnya tak boleh disapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya lebih 2 minggu. Untuk kes-kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin mulakan rawatan steroid cream/ ointment guna kelas paling potent untuk 5 hari, kemudian diikuti dengan yang less potent untuk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama (prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak (atrophy), kulit hilang pigmen (hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yang disapu (allergic reaction), meninggikan risiko jangkitan (infection), dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu diserap dalam badan (systemic absorption).
2. Anti-fungal Cream (Nama saintifik berakhir dengan “ZOLE”)
Kita gunakan untuk rawat jangkitan fungus (kulat). Jangkitan kulat ni orang Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat. Bagaimana nak kenal anti fungal cream?
Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh: Miconazole, Clotrimazole, Econazole, Ketoconazole, Fluconazole.
Dan ada satu jenis anti-fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine (brand name Lamisil).
3. Antibiotic Cream (Nama saintifik kebanyakannya berakhir dengan “IN”)
Kita gunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biarlah kerja men’diagnosed’ itu doktor yang buat. Penat dia belajar, korang tak payah susah-payah main agak-agak tengok imej Google.
Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu dan latihan mata yang tajam. Doktor yang berpengalaman pun kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakannya berakhir dengan ” IN”. Contohnya: Gentamicin, Fucidin, Neomycin, Mupirocin.
4. Combination of cream
Krim dalam jenis keempat ini ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yang biasa kita jumpa:
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes ada yang 3 in 1 (kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal).
Rujuk gambar untuk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap (fungal infection). Kita garu dan garu, punya syok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini, kita guna krim anti-fungal + antibiotic/steroid.
Ataupun kita ada eczema yang kronik. Garu punya garu sampai luka lepas itu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5. Anti-virus Cream
Krim jenis ni untuk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti-virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini digunakan secara meluas (berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dengan lanjut tentang krim anti-virus ini.
6. Moisturising Cream
Okay, krim ini sangat-sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yang kering akan gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh disapu setiap hari untuk tempoh yg lama, Insya Allah no problem (tak macam krim steroid).
Kita sarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga dicampur dengan steroid cream dalam nisbah tertentu (50%-50%, 60%-40%, etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yang bagus antaranya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dalam bentuk mandian. Cakap pasal mandi, untuk orang yang kulitnya ada eczema/sensitive skin, hati-hati guna sabun mandi yang berubat. Contohnya Dettol atau Protex, sebab chemical dari sabun-sabun ini boleh membuang lapisan minyak dan lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So gunakan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil atau Dove.
Untuk kulit yang super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah-basah/kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan selepas itu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area terbabit.
So, please kenal krim yang anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya, ” Saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yang TIADA LABEL.
Zaman dulu ya doktor/farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman sekarang, make sure beli krim yang dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau re-pack sekalipun, anda berhak tahu kandungan krim itu (mesti ada label).
Jangan main hentam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu “serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap.
Again, jangan berguru dengan imej di Google semata-mata.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...