Bila isteri keluar bekerja, isteri sebenarnya sedang cuba untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Tapi ada juga isteri yang mencari nafkah untuk keluarga kerana si sumai memilih atau terpaksa memilih untuk menjadi house husband. Tentunya, bila jadi house husband, isteri akan cuba sedaya upaya ‘bekalkan’ senarai ‘to-do-list’ untuk diselesaikan.
Antara sebabnya, isteri lebih cenderung untuk menguruskan hal rumahtangga. Jadi apabila tugasan bertukar tangan, semestinya terdapat banyak perkara yang perlu disampaikan kepada suami supaya semua urusan rumah dapat diselesaikan dengan baik.
Seperti penulisan Puan Suffiyah Ramadhani di Facebook, tanggungjawab menjadi house husband bukan mudah. Begitu juga menjadi house wife…
Bila perempuan kerja, dan lelaki jadi house husband – ramai pakat2 sokong yg suami mesti dikenakan syarat yakni wajib uruskan semua. Barulah adil macamtu, sebab isteri dah cari nafkah, kata tuan puan. Isteri dah letih, katanya lah. Balik rumah nak rehat2 sebab dah uruskan banyak hal di luar.
Tp bila isteri jadi surirumah sepenuh masa, dan suami pula yang keluar bekerja, malah suami pulun buat 2-3 kerja. Masih juga kaum perempuan ramai2 pakat menyeru yg tgjwb membersihkan rumah, membasuh dan mengemas serta menyusukan anak dan menjaganya ialah tugas seorang suami. Persoalannya, suami puan2 tak letih ke skrg ni?
Di saat seorang perempuan itu terpaksa menukar peranan, bekerja dan tanggung keluarga barulah mereka nampak beratnya tugas seorang suami dan segala amanah yg terpikul di bahunya. Barulah mereka tahu, betapa letihnya bila bekerja dan betapa saratnya beban masalah nak membayar dan menanggung segala bil urusan rumah. Letih fizikal + letih mental. Balik kerja konfem dah tak larat nak pulun buat kerja rumah. Jadi mereka berharap semua dah diuruskan suami.
Begitulah puan2, buat para suami yg jujur dan rajin mencari nafkah, juga sebenarnya berharap isteri dah banyak membantu uruskan kerja2 di rumah. Membantu ya, kerana mereka dah susah payah mencari nafkah. Tapi macam biasalah, perempuan2 mahukan keadilan! Mana pernah kalah! Kalau mereka buat kerja rumah, suami lagi lah kena buat. Kerja buat, kerja rumah pun kena buat.
Tapi puan2 lain la. Bkn puan2 dalam frenlist saya ni kan.
Puan2, bila suami kita berusaha bersungguh2 mencari nafkah, hargailah. Jangan dibentak atau dipaksa2 sekiranya mereka tak dpt banyak membantu kerja² di rumah. Mereka dah letih bekerja di luar. Faham tgjwb masing2 dan usah banyak berkira. Kita penat, mereka pun penat juga sebenarnya. Wallahualam
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI