
Jadi ketua keluarga ni, kena tahu membahagi kewangan dengan baik, jangan pernah kedekut pada anak bini nanti rezeki akan disekat. Macam kita kedekut pada mak dan ayah kita, begitulah juga jika kita kalau berkira sangat dengan anak isteri. Ini perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai rezeki yang dilimpahkan apabila kita selalu menggembirakan anak dan isteri kita.
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yg dia teringin, yg dia nak, bgtau ja kat saya, saya akan usahakan utk beli…tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain…
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…
Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?
Sama ja pun…duit habis mcm tu jgak…lagi teruk, tak nampak apa2 hasil tapi duit dh habis…
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yg baru2 utk diri sendiri, boleh pulak…?
Suami jenis yg mcm mna kita ni…
Jangan terlalu berkira dgn anak isteri…apa yg kita dapat pada hari ini sgt berkait rapat dgn mereka…boleh jadi kita ni yg menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah utk tunaikan apa yg anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yg kita keluarkan…
Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna drpd ada duit byk, tp dgn anak isteri sendiri pun BERKIRA.
Sumber : Firdaus Shakirin
” Adakalanya Jodoh Tak Sampai Lagi Sebab Tuhan Nak Kau Baiki Diri Sendiri Dulu.”

Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Tapi mungkin kita belum nampak hikmahnya lagi. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi tuhan belum temukan jodoh untuk kita lagi mungkin kena DIA mahu kita baiki diri sendiri.
Adakalanya jodoh tak sampai lagi sebab Tuhan nak kau baiki diri sendiri dulu. Kalau kau asyik komplain itu ini, maki sana sini, orang pun takut nak dekat. Nak buat suami lagi lah takut.
Contohnya, lepas kahwin isteri lambat masak, isteri kena marah kaw-kaw. Tak sempat dia nak masak kau dah start enjin pergi kedai makan. Padahal isteri kau tengah sakit kepala.
Kesian isteri nanti. Ada je salah dia. Kau nampak kau je betul. Tu la kau duk maki orang je sebab kau tak nak faham situasi orang.
Kalau isteri tanya sikit mula nak tengking. Bila isteri mengadu kau rasa nak marah-marah. Kalau bukan kau yang jadi pendengar untuk isteri, siapa lagi? Kalau isteri kuat membebel itu perkara biasa. Kalau dia tak membebel kau patut risau. Mesti ada yang tak kena.
Jadi, jangan mudah nak marah-marah, maki-maki bagai. Perangai tu kasi elok sikit. Kesian anak orang. Ayah dia pun tak pernah marah dia. Dapat kat kau, salah sikit pun nak marah.
Dah kahwin nanti, kau kena jaga hati isteri kau. Kau kena lebih sensitif terhadap dia. Kalau kau asyik marah dia je, emosi dia akan terjejas. Banyak air mata dia mengalir sebab kau. Mana kebahagiaan yang kau janjikan saat kau bercinta dengan dia?
Yang perempuan pun, baikilah diri sendiri. Ubahlah sikap tu. Jangan mudah nak emo bagai. Pakwe bluetick WhatsApp sikit pun nak bising. Bangun pun dekat pukul 11 pagi, pinggan sendiri pun malas nak basuh pun payah jugak.
***
Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Allah nak bagi kau peluang berbakti untuk mak dan ayah. Peluang untuk kau baiki diri supaya bila kahwin nanti kau telah bersedia sepenuhnya. Mungkin juga hakikatnya kau belum bersedia meskipun kau rasa kau dah cukup bersedia. Hanya Allah tahu segala-galanya. Kau kena fikir secara positif.
Jangan duk susah hati, sedih fikir kenapa kau belum kahwin. Sedangkan kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah anak empat. Jalan cerita hidup kita tidak pernah sama.
Jalanilah hidup seperti sedia kala. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada saat ini. Teruskan usaha dan berdoa. InshaAllah suatu hari nanti kau pasti akan bertemu dengan jodoh yang kau nantikan selama ini. Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu yang terbaik.
Jangan malu kahwin lambat asalkan tidak tersalah pilih pasangan hidup. Lambat atau cepat bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Sabar dan rilek je. Masanya akan tiba. Yakin dan percaya.
Kesimpulannya, buka mata, buka hati. Tengok diri kita sendiri. Muhasabah diri. Berubahlah ke arah kebaikan. Baikilah mana yang kurang. Takde manusia yang sempurna. Nak kahwin ni banyak tanggungjawab yang kau perlu galas. Kah!
[ASY]
Kerap Baca Surah Yassin Setiap Malam. Ada Rezeki Menantimu

Membongkar Rahsia Surah Yasin
Sebahagian umat Islam di negara kita hari ini apabila membaca al-Quran, kebiasaannya mereka akan lebih sinonim, kenal dan rapat dengan surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Sehingga ada hari-hari khusus bagi membaca dan mengamalkan surah Yasin ini. Surah Yasin juga sinonim dengan malam Jumaat, sehingga dengannya diadakan majlis-majlis bacaan berjemaah dari rumah ke rumah dan kenduri makan-makan.
Persoalannya, kenapa tidak surah lain dan hanya surah Yasin? Kenapa tidak surah al-Baqarah, atau Ali ‘Imran, atau al-Mu’minuun, atau ar-Rahman, atau rangkaian surah-surah dalam Juz ‘Amma seperti an-Naba’, al-Fajr, atau al-Ikhlas misalnya?
Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai misteri lainnya. Seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan seumpamanya yang selainnya.
Malah surah Yasin turut dibukukan dan diterjemahkan secara berasingan menjadi buku-buku khusus seperti buku bersaiz poket, buku cenderamata, buku zikir dan turut dimasukkan ke dalam pakej tahlilan. Tidak pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya ketetapan bagi surah Yasin seperti ini? Dari al-Quran? Dari sunnah Rasulullah SAW, atau dari amalan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in?
Anjuran membaca al-Quran
Jika yang dimaksudkan adalah galakan dalam membaca al-Quran, maka di sana terdapat anjuran yang banyak tanpa ditentukan surah mana dan tidak juga dikhususkan dengan hari yang mana.
Antaranya sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi) Persoalannya, kenapa ramai yang mengkhususkan hanya surah Yasin dan tidak surah yang lain?
Fadilat Yasin
Sebenarnya surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat ALLAH sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Quran sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga. Tiada fadilat khusus bagi surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Para ulama hadis menjelaskan, hadis-hadis berkaitan fadilat Yasin tidak terlepas, sama ada dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu).
Maksudnya, tiada dalil yang sahih menetapkan fadilat surah Yasin secara khusus. Sebagai contoh, di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini ialah hadis Qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut, “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka ALLAH akan memberi pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi. Setelah Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) membawakan hadis ini, beliau pun berkata, “Hadis ini gharib (asing, tidak dikenali). Pada sanadnya terdapat Harun Abi Muhammad, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali). Juga diriwayatkan oleh ad-Darimi, dan pada sanadnya dhaif.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/121) Kalaupun sahih hadis ini, maka ia tetap bukan dalil untuk mengkhususkan surah Yasin dengan pengkhususan-pengkhususan tertentu seperti bacaan khas malam Jumaat, untuk menjampi air dan sebagainya.
Bukan untuk orang mati
Surah Yasin juga sering dikaitkan dengan kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa hadis dan ia tidak lepas daripada kelemahan atau kepalsuan (maudhu’). Di antara hadisnya adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu ‘Utsman, daripada ayahnya, daripada Ma’qil bin Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Bacakanlah ke atas mereka yang mati surah Yasin.” Atau, “Bacakanlah Yasin ke atas mereka yang mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim.
Lihat: Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, 2/244) Hadis ini lemah (dhaif) antaranya kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Utsman dan ayahnya yang merupakan seorang majhul (tidak dikenali). Hadis ini juga dikategorikan sebagai hadis mudhtharib, iaitu tidak kukuh sanadnya.
Di antara ulama hadis yang menegaskan kelemahan hadis ini ialah Imam ad-Daruquthni (Wafat: 285H), Abu Bakar Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H), an-Nawawi (Wafat: 676H), Ibnul Qaththan (Wafat: 813H), al-Hafiz Ibnu Hajar (Wafat: 852H), al-Albani dan ramai lagi selainnya. (lihat: Talkhis al-Habir, 2/244. al-Adzkar, m/s. 122. Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal-Maudhu’ah, 12/783) Imam ad-Daruquthni rahimahullah mengatakan, “Tiada satu hadis pun yang sahih dalam bab ini.”
Iaitu tiada hadis yang menganjurkan membaca Yasin kepada orang mati. Begitu juga dengan hadis, “… Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan ALLAH dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Al-Quran untuk yang hidup
Masyarakat Melayu terkenal membacakan Surah Yasin untuk orang mati atau yang sedang nazak menghadapi sakaratul maut. Tetapi ironinya, selama kita membaca atau menghafal surah Yasin, pernahkah kita memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam ayat-ayatnya? Bukankah dalam surah Yasin terdapat ayat: “Al-Quran itu tidak lain adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan.
Supaya ia menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70) Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Maksudnya supaya peringatan al-Quran ini menjadi bukti yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.”
Beliau juga mengatakan, “Orang yang dapat mengambil manfaat peringatan daripada al-Quran adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)
Ini menegaskan bahawa al-Quran ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang beriman dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang telah mati. Termasuklah surah Yasin, ia pelajaran untuk orang yang hidup. Sekiranya setiap surah atau ayat-ayat al-Quran tertentu itu mahu dikhususkan dengan kelebihan-kelebihan khusus, maka kita perlu mengkhususkannya berdasarkan dalil dan petunjuk Rasulullah SAW.
Kita tidak boleh menetapkan atau mengkhususkannya dengan akal, sangkaan, atau hawa nafsu. Agama kita ini tidak sampai kepada kita secara misteri, sebaliknya datang dengan hujah dan dalil yang jelas. Walaupun surah Yasin ini tiada dalil sahih tentang fadilatnya secara khusus, ini bukan bermakna ia tidak boleh dibaca pada hari Jumaat dan hari-hari lainnya.
Surah Yasin tetap dibaca sebagaimana surah-surah yang lain, cuma tidaklah perlu dikhususkan pada hari-hari tertentu atau dengan kaedah-kaedah khusus tertentu. Adapun bacaan surah secara khusus pada hari Jumaat yang padanya disebutkan kelebihannya dari sunnah adalah Surah al-Kahfi, namun ia sering dilupakan masyarakat kita. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan meneranginya daripada cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani) – Wallahualam.
Jaga Hati Isteri, InshaAllah Allah Akan Jaga Hati Kita

Bila isteri merajuk, jangan terus-terus menghukumnya dan jangan sesekali membiarkan dia merajuk lama. Bukan sengaja dia bertindak sebegitu, mungkin ada yang ingin diluahnya tapi tidak diambil peduli.
Para suami, rawatlah hatinya! Jangan dimaki atau diherdik. Dia mungkin perlukan perhatian darimu. Perkongsian Wan Kamarul Wan Salim ini seakan-akan memahami apa yang dirasai oleh para isteri.
“AWAK NI MEMANG SUKA MERAJUK, KAN? HAH, NAK MERAJUK SANGAT, PERGILAH AWAK MERAJUK SEORANG-SEORANG. MENYAMPAH…”
Kedengaran ayat seperti biasa, kan? Tetapi berhati-hati wahai lelaki yang bergelar suami. Ya, merajuk adalah perkara biasa, melayan orang merajuk buang masa. No… no… no…
Seingat kali pertama sewaktu isteri mengalami keguguran. Dengan darah yang membuak-buak keluar, hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa khalifah kecil Allah di muka bumi. Saat getir bertarung dengan maut, hanya doa si suami yang didambakan.
Tatkala isteri hampir meroyan kerana melihat janin yang hampir sempurna jasadnya, menambahkan lagi tekanan buat si isteri. Kita suami hanya mampu berkata, “Sabar sayang, Allah ingin menguji kita…” itu sahaja yang kita mampu buat. Hakikatnya hanya si isteri yang merasa segala keperitan dan kesusahan.
Jadi apalah sangat dengan merajuk. Bukan si isteri meminta dibelikan emas itu dan ini, mungkin isteri hanya sekadar meraih simpati si suami. Mungkin juga masa bersama isteri semakin terhad, sebaliknya masa banyak dihabiskan bersama teman-teman.
Usahlah dimaki, diherdik dengan kata-kata yang kasar kepada si isteri. Teringat juga kisah isteri membesarkan anak sulung hampir setahun. Tanpa ada kepandaian memandu kenderaan. Kadang-kadang makan dan minum mengharapkan tuah insan jiran rumah.
Tidur mandi dan rehat usah ditanya lagi. Waktu tidur yang tak sempurna seperti kebiasaaan orang lain. Hanya mereka yang pernah merasa situasi ini sahaja mampu merasai keperitan saat itu. Tak mungkin si bapa mampu menggalas tugas itu. Kita mungkin hanya pandai berkata, ‘itu dah memang lumrah wanita’.
Hiburkan si isteri dengan gelak dan tawa. Isteri merajuk dan tarik muka, usahlah suami berkecil hati kerana mereka mungkin kepenatan. Jangan berkira dengan isteri. Ya, syurga di bawah tapak kaki suami, tetapi memaafkan itu adalah lebih baik.
Sekadar berkongsi. Setiap orang pasti ada caranya tersendiri. Apa yang baik, kita manfaatkan. Jaga hati isteri, InsyaAllah Allah akan menjaga hati kita.