Suami kuat merokok mesti isteri tak selesa bukan? Ya, merokok ni bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya malah ia juga boleh membuatkan gigi kekuningan. Kepada para suami, takkan ta malu nak tayang gigi kuning anda dekat orang?

Walaupun dah gosok banyak kali tapi still tak putih? Ini 3 cara yang boleh digunakan untuk putihkan semula gigi dan dapatkan senyuman yang cantik. Cara ini sekaligus dapatkan tingkatkan keyakinan diri dan saham anda.

Suami Kuat Merokok, Ini 3 Cara Nak Putihkan Gigi Kuning Walaupun Masih Merokok!

Di sini kami nak kongsi pada anda 3 cara yang saya guna untuk putihkan gigi dan buang karat pada gigi.

Tapi sebelum tu, kami nak cerita dulu punca sebenar kenapa gigi perokok still kuning & berkarat walaupun dah gosok banyak kali.

Ini sebabnya :

Sewaktu menghisap rokok, sebenarnya perokok bukan hanya sedut asap sahaja, tetapi mereka telah sedut lebih 30 bahan kimia panas ke dalam tubuh, antaranya nikotin, tar & ammonia.

Apabila bahan seperti nikotin & tar disedut, sekaligus ia akan menyebabkan zat-zat bahan kimia yang panas tadi melekat pada gigi anda.

Bila dah melekat, memang susah nak tanggal dengan hanya memberus gigi sahaja.

Sebenarnya nikotin tidak berwarna, tapi oleh kerana pertembungan nikotin & oksigen yang kerap menyebabkan gigi berubah warna kepada kuning.

IKLAN

Orang yang mempunyai gigi kuning juga selalu dianggap PENGOTOR & mempunyai nafas yang BERBAU.

Mungkin anda dah cuba pelbagai cara untuk putihkan gigi tapi TAK BERJAYA. Nak pergi ke klinik gigi tapi malu sebab gigi terlampau kuning. Kadang-kadang sampai takut nanti doktor cabut gigi yang berkarat tu.

Soda Berkabonat

Suami Kuat Merokok, Ini 3 Cara Nak Putihkan Gigi Kuning Walaupun Masih Merokok!

Biasa soda berkabonat digunakan dalam masakan, namun ia boleh dijadikan sebagai satu ikhtiar untuk merawat masalah gigi kuning dan membuatkan gigi anda putih dan cantik.

Caranya cukup mudah. Hanya taburkan sedikit soda berkabonat pada berus gigi & basahkan dengan air sedikit. Gosok secara perlahan pada belah malam. Kemudian bilas seperti biasa.

Menggunakan Lemon Dan Garam

Suami Kuat Merokok, Ini 3 Cara Nak Putihkan Gigi Kuning Walaupun Masih Merokok!

Lemon mempunyai sifat untuk menghilang kuning & karat pada gigi.

Caranyanya dengan ambil perahan buah lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sehingga betul-betul sebati, gosok gigi secara perlahan-lahan dan bilas dengan air suam. Lakukan dalam dua kali seminggu.

IKLAN

Menggunakan Arang

Suami Kuat Merokok, Ini 3 Cara Nak Putihkan Gigi Kuning Walaupun Masih Merokok!

Bunyinya agak sedikit pelik. Guna arang? Boleh ke putihkan gigi sebab warna arangkan hitam. Yup, boleh dan ini adalah petua turun temurun yang sangat berkesan. Cuma jangan pakai secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan pada gigi.

Caranya amat mudah, hanya bakar arang tersebut dan tumbuk sehingga halus. Kemudian gosok gigi seperti biasa.

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Iv t bright

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI