Ads

Suami Miang Dan Gatal, Hubungan Lagi Kekal Lama

 

Percaya atau tidak, suami miang akan menjadikan rumah tangga lebih bahagia. Perbuatan suka berjenaka, gemar mengenyit mata, memberi flying kiss dan sebagainya itu apabila hanya dilakukan kepada isteri tercinta akan membuatkan hubungan suami isteri lebih menarik dan tidak hambar.

Suami Miang Dan Gatal, Hubungan Lagi Kekal Lama

Kehidupan berumah tangga sangat memerlukan gurau senda dan tawa. Suami isteri perlu bijak menangani situasi dan keadaan agar suasana tidak menjadi suram dan membosankan.

 

Ads

Kaum isteri sinonim dengan sifatnya yang mudah marah kerana perkara-perkara kecil yang berlaku di dalam rumah tangga, namun tidak ramai para suami yang tahu, dengan sifat miang inilah mereka boleh memujuk isteri.

 

Ads

Sebagai contoh ketika si dia sedang bermasam muka, cuba peluknya dari belakang dan bisikkan kepadanya ‘Abang minta maaf jika ada buat salah’ dan perhatikan reaksi positifnya. Allah telah cipta satu hormon yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam darah dengan cepat iaitu hormon oxytocin untuk bagi seseorang tenang apabila dipeluk.

 

Ads

Hormon oxytocin berfungsi sebagai neurotransmitter yang memberi tindakbalas yang cepat apabila dipeluk dengan erat dan ikhlas. Sesekali, kirimkan teks miang kepada isteri. Siapa tahu anda akan mendapat kejutan istimewa apabila pulang dari kerja nanti.

 

Seorang suami sememangnya sebagai pemimpin keluarga, namun kunci sebuah kebahagiaan terletak kepada kebahagiaan isteri. Isteri yang bahagia akan memberi layanan baik kepada suami dan mengasuh anak dengan penuh kasih sayang. Rumah tangga akan tenang tanpa pertengkaran.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...