Dirasakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ibaratnya sebuah perkahwinan. Kebahagiaan diidamkan sehingga ke akhir hayat, akhirnya kecundang. Biarpun di dalam Islam tidak mengharamkan perceraian namun ia dibenci Allah.
Islam memang mengizinkan perceraian, tapi Allah membenci perceraian itu. Itu artinya, bercerai adalah pilihan terakhir bagi pasangan suami istri ketika memang tidak ada lagi jalan keluar lainnya. Dalam surat al Baqarah ayat 227 disebutkan, “Dan jika mereka berketetapan hati hendak menceraikan, maka sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” Ayat tentang hukum perceraian ini berlanjut pada surat al Baqarah ayat 228 hingga ayat 232.
Fahmi Ramli, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL pernah berkongsi  kisah yang dialami seorang isteri yang telah diceraikan suami. Namun, bekas suami telah ‘merogol’ isteri sewaktu si isteri sedang dalam haid!
Ini kisahnya….
Suami nak rujuk, isteri tak mahu. Suami rogol isteri sewaktu haid sebagai tanda rujuk.
Baru-baru ini, saya ada satu kisah yang dikongsikan oleh seseorang wanita. Sangat tragis kisah hidupnya. Dia mintak pandangan sekaligus mintak kes dia ini jadi pengajaran kepada wanita yang lain.
Kisahnya, dia telah berkahwin dengan suaminya sudah lebih kurang 7 tahun. Mereka dikurniakan dua orang anak. Tapi, selepas anak kedua dilahirkan, dia sering dipukul dan dimaki berkali-kali.
Mereka kerap bergaduh hinggalah suaminya melafazkan lafaz cerai. Perceraian mereka disabitkan sah oleh Mahkamah dan dia bereddah dirumahnya bersama anak-anak. Suaminya pula tinggal berasingan.
Kemudian, dalam tempoh dia haid kali ketiga, suaminya datang ke rumah sewaktu anak-anak disekolah. Terkejut dia. Katanya nak ambil barang dalam bilik konon tertinggal. Dia benarkan untuk masuk, sebab itu suaminya.
Tiba-tiba, suaminya menutup pintu rumah dan menariknya masuk ke bilik tidur mereka, lalu mintak untuk bersetubuh sedangkan dia datang haid ketika itu. Isteri pun berkata dia tak mahu.
Si suami ni sudah tak tentu arah, terus tunaikan nafsu serakahnya tanpa mengira apa keadaan si isteri tersebut. Kejam. Kemudian, si suami keluar dari rumah dan berkata, “Kalau aku tak dapat, orang lain pun tak dapat”.
Menangis si isteri ini. Selesai saja tempoh eddahnya, selepas lebih kurang 3 bulan selepas suci yang ketiga, dia terkejut, dapat satu saman daripada Mahkamah, bahawa suaminya membuat Pengesahan Rujuk kononnya dia ada melafazkan lafaz rujuk.
Marah bercampur geram. Sedangkan dia tahu, niat sebenar bekas suaminya bukan mahukan dirinya tapi nak halang daripada dia menuntut tuntutan selepas perceraian.
Ada banyak kes yang saya pernah kendalikan yang mana, suami telah lafaz cerai. Kemudian, suami nak rujuk isteri kembali. Ada sesetengah pasangan mahu berbaik semula. Alhamdulillah.
Tapi, ada sesetengah isteri yang diceraikan tidak setuju untuk suaminya rujuk kembali. Ada macam-macam sebab. Tapi, yang paling pasti sebabnya sudah tidak ada hati dan perasaan pada suami.
Mesti ada dikalangan yang membaca ini, ada persoalan yang sama kan?
Anda sudah bercerai, tapi tiba-tiba suami rujuk semula anda. Sedangkan, anda mungkin tak mahu kembali bergelar isteri kepada perkahwinan tersebut.
Apa itu rujuk?
Rujuk adalah, mengembalikan seorang isteri yang telah ditalaj, selain talak Ba’in dengan cara yang khusus.
Dalam Mazhab Syafie, adalah wajib Rujuk itu melalui dengan Lafaz dan perkataan yang jelas. Seperti “Aku merujukmu” atau “Aku mengembalikanmu”. Boleh jadi juga jika lafaz rujuk tersebut berbentuk Kiasan tapj mesti disertai dengan niat.
Contohnya, “Aku mengembalikan yang halal”.
Lebih kurang sama dengan talak, rujuk mesti ada lafaz yang jelas. Kalau dibuat main-main pun tetap akan sabit rujuk. Jika lafaz kiasan, perlukan niat suami.
Jadi, rujuk melalui perbuatan bersetubuh adalah tidak diterima.
Bila boleh berlaku rujuk?
Lafaz rujuk hanya boleh dilakukan oleh suami jika telah disahkan berlaku lafaz cerai Rajie iaitu lafaz talak 1 & 2 sahaja.
Bagi isteri yang disahkan bercerai secara Talak Bain, iaitu Talak 3 atau secara Fasakh atau mungkin tebus talak, maka tiada lafaz rujuk boleh berlaku.
Kalau suami nak rujuk, tapi isteri tak mahu?
Ada dua keadaan :
1. Kalau suami lafaz rujuk dalam keadaan isteri sedang beriddah rajie, tetapi isteri mengingkarinya, maka perkataan yang diterima adalah perkataan suami kerana dia yang memiliki hak rujuk sebagaimana haknya untuk melafazkan talak.
2. Kalau suami berkata dia ada melafazkan lafaz rujuk kepada isteri sedangkan tempoh eddah telah tamat, maka, perkataan yang akan dipegang adalah keterangan isteri. Kalau isteri berkata tidak ada lafaz dan tiada saksi yang dengar, maka tidak wujud lafaz tersebut kerana ia sudah tidak lagi menjadi hak suami.
 Bagaimana sepatutnya nak Rujuk ikut undang-undang?
Selepas telah disahkan cerai oleh Mahkamah, sepatutnya proses untuk rujuk mestilah berlaku di Pejabat Agama kerana ini adalah kuasa Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk. Pasangan yang bersetuju sahaja, perlu melaporkan diri ke Pejabat Agama untuk memberitahu bahawa mereka hendak rujuk kembali.
Tapi, jika isteri enggan setuju untuk Rujuk, mengikut Seksyen 52(9) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008, kalau isteri ada sebab munasabah mengikut Hukum Syarak yang dia enggan untuk kembali kepada suaminya, maka Mahkamah akan perintahkan untuk dilantik satu Jawatankuasa Pendamai mengikut Seksyen 47.

Kesimpulan,
Ini bermakna, seorang isteri yang enggan atau tidak meredhai untuk Rujuk, maka tidaklah boleh diperintahkan atau dipaksa semula untuk kembali kepada isteri.
Sebaliknya, Mahkamah akan perintahkan untuk dibawa kepada proses Jawatankuasa Pendamai dan akan melalui proses Hakam. Jika, proses membaik pulih rumahtangga itu tak berjaya, maka, kekallah isteri yang ditalak itu dengan status cerainya.
So, faham ke tak? Boleh kot? Nak rujuk boleh, tapi kalau bekas isteri dah tak mahu, tak payah la kot nak marah bagai. Dia pun ada hati dan perasaan. Dia pun berhak untuk pilih bahagia dia.
Bila saya terang sebegini, barulah wanita itu faham dan merasa sedikit tenang dengan kerumitan situasi dirinya.
Siapa rasa jelas sekarang?
Fahmi Ramli
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI