Kita sering mendengar luahan seseorang yang sering sahaja mengadu akibat ditanyakan soalan-soalan berkaitan jodoh. Lagi pening kalau masa berkumpul bersama sanak-saudara, pasti ada sahaja yang menanyakan kepada anda.
Namun, tahukah anda sebenarnya kelewatan berjumpa dengan jodoh adalah berpunca daripada diri anda sendiri? ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan puncanya datang daripada diri anda sendiri. Cuba lihat ini.
1. Tidak pandai bergaul
Kurangnya pergaulan adalah penyebab utama seseorang itu sukar mendapat jodoh dalam hidupnya. Dengan pergaulan ia akan membuatkan anda bergaul dengan orang lain dan secara tidak langsung mungkin telah jatuh cinta dengan seseorang itu.
2. Terlalu memilih
Ads
Segelintir wanita mahupun lelaki, mereka terlalu mencari calon yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup. Malah, ada yang telah menetapkan ciri-ciri yang diidamkan dalam pemilihan pasangan.
3. Tidak yakin pada diri sendiri
Ads
Individu seperti ini mereka berpendapat setiap perbuatan yang dilakukan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepadanya lebih-lebih lagi dalam soal percintaan. Mereka tidak yakin dan mudah mengalah.
4. Terlalu sibuk bekerja
Ads
Kalau ye pun sibuk bekerja biarlah berpada. Jangan sampai sebab terlalu mengejar karier, perkara yang lain pun dilupakan. Sebaiknya, cari lah sedikit ruang dan masa untuk diri sendiri agar mudah bertemu dengan jodoh.
5. Merasa diri tidak romantik
Tak semestinya tidak romantik tu tak boleh bertemu jodoh. Sebaiknya lebih elok jika anda menjadi diri anda sendiri. Tak perlu berlakon romantik, ungkapkan kata-kata manis sebab nak memiliki si dia. Jangan jadi ‘fake’ ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Jom Hijrah
kredit: pesan bonda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
TERDAPAT banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Walaupun dalam keadaan sarat, ibu digalakkan bergerak aktif supaya tubuh sentiasa dalam keadaan cergas, kuat dan bertenaga.
Selain mengerjakan rutin di rumah, senaman ringan yang boleh mengeluarkan sedikit peluh juga boleh dilakukan ketika lapang. Ajak suami atau teman untuk ikut serta jika beriadah di taman.
Penting diingatkan supaya ibu tidak bersenam secara berlebihan dan minum air secukupnya. Berhentilah sekiranya tubuh berasa penat, tidak selesa atau berlaku pendarahan.
Berikut lima jenis senaman yang boleh lakukan di rumah atau di taman. Gerakan yang dikongsikan my.theasianparent.com ini antara yang bagus untuk memudahkan proses bersalin.
1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar pinggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah. Gerakan ini boleh dilakukan sambil berbaring. Lakukan selama tiga ke 10 minit. Ulang empat kali sehari.
2. Berjalan
Ini senaman paling mudah. Ramai pakar menyarankan supaya ibu lebih kerap berjalan kaki apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga. Senaman ini dipercayai membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat, sekali gus menjadikan proses bersalin lebih mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini sekerap mungkin kerana ia mampu membantu bayi masuk ke laluan keluar atau ke pintu servik.
3. Duduk mencangkung
Dalam keadaan tubuh yang relaks, berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Pastikan punggung diluruskan dan turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam kedudukan mencangkung.
Kemudian, tahan kira-kira 10 saat dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini untuk membantu menguatkan otot paha dan pinggul.
4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah seterusnya, ibu boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Latihan ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang, terutama ketika kandungan sudah mencapai trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan. Senaman ini boleh dilakukan secara santai dan diulangi beberapa kali.
5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pastikan ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain kerana bimbang terlalu penat sehingga mendatangkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur lewat sering dikaitkan dengan peningkatan berat badan atau obesiti tetapi tahukah anda, makan lewat turut menjadi faktor yang menyumbang kepada obesiti. Satu kajian yang akan dibentangkan di ENDO 2019, perjumpaan tahunan Endocrine Society yang diadakan di New Orleans, Los Angeles menyatakan bahawa obesiti boleh berlaku apabila sering makan lewat atau menangguhkan waktu makan.
Menurut penyelidik utama kajian tersebut, Adnin Zaman daripada University of Colorado in Denver, kajian lalu telah menyatakan lewat makan dan tidur sering dikaitkan dengan obesiti, walaubagaimanapun, beberapa kajian telah menilai kedua-dua masa makan dan tidur dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai obesiti, dan ianya tidak jelas samada lewat makan di siang hari berkaitan dengan tempoh masa tidur yang lebih pendek atau lemak badan yang lebih tinggi.
Kajian ini menggunapakai tiga jenis teknologi yang berbeza untuk merekodkan waktu tidur, aktiviti fizikal dan corak pemakanan peserta. Kajian menggunakan satu set kaedah baru untuk pengukuran serentak tidur harian, aktiviti fizikal, dan pola waktu makan yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang berisiko untuk meningkatkan berat badan. Kajian yang berlangsung selama satu minggu ini telah melibatkan 31 individu dewasa yang obes dan memiliki berat badan berlebihan yang puratanya berumur 36 tahun dengan 90% daripada mereka adalah wanita. Mereka didaftarkan dalam percubaan penurunan berat badan yang berterusan yang membandingkan sekatan kalori harian kepada pemberian makanan yang terhad, yang bermakna mereka hanya boleh makan pada waktu tertentu sahaja. Peserta memakai peranti elektronik activPAL di bahagian paha mereka. Peranti ini mengukur berapa banyak masa mereka dihabiskan dalam aktiviti fizikal dan semasa mereka tidak aktif. Mereka juga memakai Actiwatch, yang menilai corak tidur / bangun. Peserta diminta untuk menggunakan aplikasi telefon yang dipanggil MealLogger untuk memotret dan merekodkan kesemua pengambilan makanan dan makanan ringan sepanjang hari.
Para penyelidik mendapati bahawa secara purata peserta mengambil makanan sepanjang tempoh 11 jam pada siang hari dan tidur selama 7 jam setiap malam. Individu yang makan lewat pada siang hari, juga lewat dalam waktu tidur, tetapi mereka tidur dengan jumlah masa yang sama seperti mereka yang telah selesai makan lebih awal. Waktu makan yang lewat dikaitkan dengan indeks jisim badan yang lebih tinggi serta lemak badan yang lebih tinggi.
Memandangkan pemantau aktiviti yang boleh dipakai terus dan telefon pintar kini berada di mana-mana dalam kalangan masyarakat moden, ianya tidak lama lagi boleh digunakan untuk memantau tingkah laku selama 24 jam berkenaan bagaimana untuk kita menyediakan pendekatan pencegahan dan rawatan terhadap obesiti.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...