Tidur lewat sering dikaitkan dengan peningkatan berat badan atau obesiti tetapi tahukah anda, makan lewat turut menjadi faktor yang menyumbang kepada obesiti. Satu kajian yang akan dibentangkan di ENDO 2019, perjumpaan tahunan Endocrine Society yang diadakan di New Orleans, Los Angeles menyatakan bahawa obesiti boleh berlaku apabila sering makan lewat atau menangguhkan waktu makan.

Peringatan Buat Bakal Pengantin, Jangan Lewat Makan Siang, Potensi Gemuk Sangatlah Tinggi

Menurut penyelidik utama kajian tersebut, Adnin Zaman daripada University of Colorado in Denver, kajian lalu telah menyatakan lewat makan dan tidur sering dikaitkan dengan obesiti, walaubagaimanapun, beberapa kajian telah menilai kedua-dua masa makan dan tidur dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai obesiti, dan ianya tidak jelas samada lewat makan di siang hari berkaitan dengan tempoh masa tidur yang lebih pendek atau lemak badan yang lebih tinggi.

Kajian ini menggunapakai tiga jenis teknologi yang berbeza untuk merekodkan waktu tidur, aktiviti fizikal dan corak pemakanan peserta. Kajian menggunakan satu set kaedah baru untuk pengukuran serentak tidur harian, aktiviti fizikal, dan pola waktu makan yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang berisiko untuk meningkatkan berat badan. Kajian yang berlangsung selama satu minggu ini telah melibatkan 31 individu dewasa yang obes dan memiliki berat badan berlebihan yang puratanya berumur 36 tahun dengan 90% daripada mereka adalah wanita. Mereka didaftarkan dalam percubaan penurunan berat badan yang berterusan yang membandingkan sekatan kalori harian kepada pemberian makanan yang terhad, yang bermakna mereka hanya boleh makan pada waktu tertentu sahaja. Peserta memakai peranti elektronik activPAL di bahagian paha mereka. Peranti ini mengukur berapa banyak masa mereka dihabiskan dalam aktiviti fizikal dan semasa mereka tidak aktif. Mereka juga memakai Actiwatch, yang menilai corak tidur / bangun. Peserta diminta untuk menggunakan aplikasi telefon yang dipanggil MealLogger untuk memotret dan merekodkan kesemua pengambilan makanan dan makanan ringan sepanjang hari.

IKLAN

Peringatan Buat Bakal Pengantin, Jangan Lewat Makan Siang, Potensi Gemuk Sangatlah Tinggi

Para penyelidik mendapati bahawa secara purata peserta mengambil makanan sepanjang tempoh 11 jam pada siang hari dan tidur selama 7 jam setiap malam. Individu yang makan lewat pada siang hari, juga lewat dalam waktu tidur, tetapi mereka tidur dengan jumlah masa yang sama seperti mereka yang telah selesai makan lebih awal. Waktu makan yang lewat dikaitkan dengan indeks jisim badan yang lebih tinggi serta lemak badan yang lebih tinggi.

IKLAN

Memandangkan pemantau aktiviti yang boleh dipakai terus dan telefon pintar kini berada di mana-mana dalam kalangan masyarakat moden, ianya tidak lama lagi boleh digunakan untuk memantau tingkah laku selama 24 jam berkenaan bagaimana untuk kita menyediakan pendekatan pencegahan dan rawatan terhadap obesiti.

IKLAN

 

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)

OLEH : MUHAMMAD WA’IZ

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI