Suntikan Melayu-Bali Tradisional Diangkat Sebagai Tema Cetus Kelainan Pada Majlis Kahwin

Share

Tema perkahwinan yang pelbagai menjadi tarikan di majlis perkahwinan masa kini. Ada yang memilih tema Inggeris, Moroccon dan sebagainya. Terpulang kepada pengantin tema yang menjadi pilihan semestinya bertepatan dengan cita rasa pengantin. Buat pasangan Muna dan Zharif mengangkat tema Melayu-Bali Tradisional bagi mewarnai majlis perkahwinan mereka. Tema tradisional ini lebih menyerlah apabila busana yang dikenakan pada hari itu ialah songket dan batik dari pengantin sehingga lah kepada saudara.Antara acara menarik juga adalah tarian klasik dan silat. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana dihias penuh indah oleh perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings.

  • Majlis resepsi tampil mewah dengan penataan tema warna emas, putih dan hijau yang mendominasi ruang.

  • Bunga yang digunakan untuk majlis ini  kebanyakannya bunga hydrangea dan rose (mawar) putih dan diselangi dengan kehijauan pokok keladi bagi menambahkan seri terutamanya di pelamin.

 

  • Di meja beradap pula, di letakkan bunga harum sundal malam bagi menampakkan sedikit klasik dan ala bali.

 

 

  • Aksesori yang paling menarik dalam majlis ini adalah payung BALI yang ditempah khas dan di terbangkan dari BALI. Dengan adanya payung ni, lebih elemen klasik terus dapat dilihat dan bertepatan dengan tema ini.

 

  • Payung BALI ini juga di letakkan di pelamin, meja beradab dan juga pintu gerbang.
  • Manakala di bahagian walkway, diserikan dengan aksesori hiasan seperti tempayan dan buluh, untuk memperkuatkan lagi tema yang dipilih.

 

FOTO : MEGAT IZUZUDDIN SHAH ( m.izzuddin.co) DEKORASI : MAHLIGAI CREATIVE WEDDINGS TERIMA KASIH PENGANTIN : MUNA & ZHARIF

IKLAN