Dalam merealisasikan sebuah majlis perkahwinan bakal pengantin perlulah mempunyai perancangan yang sempurna agar majlis dikenang sampai bila-bila. Andai melantik perancang perkahwinan untuk menyiapkan majlis perkahwinan anda , berbincanglah dengan terbuka tentang bajet, tema dan sebagainya. Jangan pula berselindung tentang bajet kerana di akhirnya anda bakal menanggung hutang.
Bagi majlis perkahwinan Amir Syafiq Dato’ Hj Noordin dan Nur Amirah Dato Hj. Mazlan, mereka melantik pereka Adli Afandi untuk merealisasikan tema yang diinginikan. Konsep fairytale mewarnai majlis perkahwinan kedua pengantin. Menurut perekanya idea datang dari menonton cerita-cerita fairytale yang berlatar belakang elemen ala-ala istana dan sedikit suntikan ukiran dari timur tengah.
Ruang dewan tampil berseri dengan rona warna berasaskan warna krim dan diserikan dengan gabungan bunga-bunga dari warna merah jambu dan ungu. Penggunaan bunga mawar, hydrangea, orkid, white peacock dan casablanca menyerlahkan dekorasi majlis perkahwinan.
Nasihat Adli buat bakal pengantin pilih tema terlebih dahulu. Selepas itu pilih baju yang bersesuaian dengan tema. Semasa memilih baju perlu lihat juga pada potongan badan terlebih dahulu. Jika nak pilih design baju jangan terlalu yakin dengan menunjukkan gambar model yang sudah sedia cantik sedangkan potongan badan sendiri jauh berbeza dengan model di dalam gambar tersebut. Serahkan pada yang pakar untuk design mengikut kehendak dan perbincangan.
Ads
Ads
Ads
Wedding planner: Juz Zarith Innovation
Wedding Deco: Adli Afandi
Catering : TE Catering
OP/OV: KarmaX
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona melihat hasil pasangan suami isteri ini make over rumah papan kampung miliknya. Terus jadi moden!
Suami Isteri Make Over Rumah Papan Kampung, Terus Jadi Gaya Moden
Berbekal minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka.
Make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
INI SEBELUM
SELEPAS
Ruang Dapur
Ruang tamu
Ruang solat
Ruang belajar anak
Haa… nampak luar biasa kan hasilnya? Betul-betul boleh buat perasaan seorang isteri ‘gemuk hati’ melihat setiap ruang di dalam rumahnya. Ini kalau suami jarang-jarang bawa pergi bercuti pun tak apa, sebab mata dah sedap memandang dalam rumah!
Jadi kalau anda nak ubah suasana dalam rumah papan tu, munkin boleh cedok idea dari sini. Selamat ‘mengubah’!
Di samping hiasan-hiasan dekorasi seperti lantera, sangkar burung dan sebagainya, selipan bunga-bungaan segar mahupun artifisial menaikkan seri seni hiasan dekorasi pelamin. Tambahkan pelbagai jenis bunga-bungaan bagi menyuntik warna-warni pada ruangan pelamin.
Pastinya kehebatan pelamin fairytale yang menjadi langkah permulaan kehidupan bersama pasangan raja dan ratu sehari akan terkenang-kenang buat selamanya.
Dikongsikan Lapan Tip Menghias Pelamin Fairytale
*Bunga-bunga segar yang disusun di dalam pasu besar manis sekali diletakkan di kiri dan kanan singgahsana.
*Penggunaan kerangka lampu lantera sebagai bekas hiasan bunga menyuntik elemen kreativiti yang tersendiri.
*Gabungan bunga mawar dan baby breath yang dililit sempurna antara idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan pelamin. Tambahan botol kecil pada lilitan bunga menjanjikan hasil yang lebih menarik.
*Bunga mawar putih ilham bentuk hati boleh juga digantung selain diletakkan di atas dulang berkaki tinggi.
*Pilihan lain untuk juntaian flora di pelaminan antaranya orkid dan juga cherry blossom.
*Suntikan bunga mawar di dalam kerangka kayu berbentuk permata ini mampu mencuit jiwa tetamu jemputan yang datang ke majlis meraikan pengantin.
*Sangkar burung yang mulanya polos akan lebih mencuri deria pandang tatkala dihias dengan bunga di dalam dan di atas sangkar.
*Untuk gaya yang lebih unik, susun sekuntum bunga mawar di dalam balang kaca kecil berantai. Selang-selikan peletakan kuntuman bunga mawar dengan kelopak-kelopak bunga mawar.
Waktu Persiapan
Waktu untuk membuat persiapan majlis resepsi dengan konsep unik ini sebaiknya dilakukan setahun sebelum atau minimum enam bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi kalau sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan, masih punya waktu untuk menyelesaikannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak pikat suami tersayang, sesekali isteri kena ubah suasana bilik. Jangan pandang remeh, ini pun salah satu cara buat pasangan rasa tenang dan rasa relaks bila balik rumah untuk berehat.
Jadi kalau anda nak dapatkan bilik tidur yang cantik, boleh guna idea yang dikongsikan Puan Nur Diyana ini.
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Warna sama 10 tahun
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Beza kan lepas ubah suai!
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Siap ada ruang menonton ya!
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil dah berusia 20 tahun
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Ada tempat khas untuk solat
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Tak guna almari, pakai rak saja
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Tak beli barang mahal
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Wainscoting buat sendiri
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Total bajet lebih kurang RM600
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!