Tak pelik bila ada suri rumah burnout akibat membuat rutin yang sama dalam rumahtangga. Bukan kerana tidak pandai bergaul, tetapi lebih kepada tiada kawan untuk dibuat sembang.
Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga suri rumah apabila dia sampai mencari ‘kawan upahan’ selepas mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan rumah tangga.
Suri Rumah Burnout Akibat Uruskan Rumahtangga
Kawan upahan tersebut hanya perlu datang ke rumahnya, bersembang, dan membuat kerja harian bersama-sama.
“Ada tak sesiapa di kawasan Melaka, sudi berkawan dengan saya. Datang rumah saya sembang-sembang, masak dan buat kerja rumah sama-sama, bayar pun tak apa asalkan saya ada kawan.
IKLAN
“Saya jadi suri rumah sepenuh masa dah tiga tahun tanpa cuti. Maksud saya memang tak ada ‘healing’, keluar dengan kawan, lepak ke, tak ada tu semua.
“Memang tiga tahun berturut-turut saya hadap kerja rumah, anak-anak, dinding, kipas,” kongsinya.
IKLAN
Wanita itu juga seolah-olah cemburu melihat suami yang berkesempatan untuk keluar dan melakukan hobinya, tidak seperti dirinya itu.
“Saya rindu nak ada kawan-kawan macam zaman kolej, zaman belum kahwin. Saya tak ada kawan, yang ada semua berhubung menerusi WhatsApp, Facebook dan Instagram sahaja.
IKLAN
“Saya bosan. Seronok tengok suami boleh keluar, buat hobi dia. Saya tak dapat tu semua, sampai tahap saya dengar anak panggil pun saya rasa penat.
Bukan Tak Bersyukur Tapi Nak Ada Kawan
“Tolong jangan salah faham, saya bukan tak bersyukur ada anak, suami ada rumah, tersangatlah bersyukur cuma perlu rehat sebentar tapi tak boleh. Saya cuma nak ada kawan,” luahnya.
Jadi suami, sesekali bila ada peluang, bawalah isteri keluar kejap. Walau cuma duduk dalam kereta dan pusing-pusing taman, itu lebih dari cukup sebenarnya.
Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’.
Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.
Izin dan kerelaan
Namun, jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya.
Firman ALLAH SWT:
‘Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.’ (Surah at-tahrim:6)
Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri.
Suami wajib beri nafkah
Hakikat yang sebenar, suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang kaya atau berkerjaya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’: 34)
Suami sepatutnya memberi nafkah kepada isteri. Dinyatakan apabila isteri yang menafkahkan kepada suami atau tidak diberi haknya, maka di situ berlaku qiwamah yang berpindah dari lelaki kepada isterinya.
Begitu juga, antara hikmah Allah memberi tanggungjawab kepada lelaki supaya memberi nafkah kepada isterinya adalah agar rasa kasih sayang, penghormatan dan cinta isteri menjadi subur sehingga melahirkan mahabbah, mawaddah dan sakinah dalam melayari bahtera kehidupan. Inilah yang kita dambakan.
Menjawab persoalan ini, tidak sewajarnya suami mengambil harta isteri tanpa izinnya. Walaupun begitu, binalah rumahtangga dengan sifat toleransi, kasih sayang dan tolong-menolong agar kebahagiaan sentiasa menyinari kehidupan rumahtangga.
Dah nama pun perempuan. Mesti suka untuk kelihatan cantik agar diri mereka tampil menawan. Ada yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik sebagai kepuasan diri sendiri.
Namun, ada pula yang mengeluh apabila sudah berumah tangga mereka tidak punya masa untuk menghias diri kerana sibuk menguruskan keluarga. Ingat bukan semua suami yang pandang pada kecantikan anda sahaja, malah hati anda juga.
Jadi, selain bercantik untuk suami tersayang anda juga boleh melakukan 5 perkara ini yang pasti nampak cantik dihadapan suami.
1. Senyum
Bila suami pulang dari pejabat, sambut suami dengan salam mesra dan senyuman dibibir. Suami yang tengah serabut tu boleh hilang rasa stress nya bila lihat anda senyum dan menyambutnya dengan baik.
2. Bercakap lembut
Wanita sinonim dengan sifat lemah-lembut jadi gunakan sifat ini untuk menarik perhatian suami anda. Suami mana sahaja yang tak suka bila isterinya cakap dengan penuh lemah lembut kan. Cair hatinya , kalau tengah marah tu boleh hilang rasa.
3. Memakai wangian
Pakailah wangi-wangian untuk suami kamu barulah dia pun suka duduk dekat dan sekaligus menambah kemesraan.
4. Rambut sentiasa terurus
Mungkin kadang kala anda sibuk untuk menguruskan anak sampai tak sempat uruskan rambut. Taktik paling senang dengan anda ikat sahaja rambut. Baru nampak kemas sikit.
5. Pakaian
Siapa kata baju kelawar tak menarik? ia adalah klasik sebenarnya. Cuma anda pakailah dengan kemas barulah suami terpikat.
Kebahagiaan hidup berumah tangga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah buat mereka yang sudah berkahwin. Suasana mawaddah wa rahmah merupakan idaman bagi pasangan yang hidup bersama setelah akad nikah berlaku.
Diantara ciri terpenting dalam kebahagiaan dalam rumah tangga adalah si isteri. Sabda rasulullah,
“Hanyalah dunia ini semata kesenangan. Dan tidak ada kesenangan dunia yang lebih utama daripada seorang istri yang sholihah.” (HR. Ibnu Majah)
Dalam satu riwayat Nabi Daud pernah berkata seorang isteri yang buruk akhlak dan agamanya maka bagi suaminya merupakan satu bebanan berat yang dipikul, manakala isteri yang solehah pula ibaratnya seperti mahkota yang diperbuat daripada emas yang menyenangkan apabila dipandang.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, diceritakan oleh seorang sahabat Hushain bin Mihshan bahawa makciknya pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk suatu keperluan. Setelah urusannya selesai, Nabi pun bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai suami?” Dia menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi: “Bagaimanakah sikapmu terhadapnya?” Dia menjawab, “Saya tidak pernah mengabaikannya, kecuali terhadap sesuatu yang memang aku tidak sanggup.” Beliau bersabda:
“Perhatikanlah posisimu terhadapnya. Sesungguhnya yang menentukan syurga dan nerakamu terdapat pada (sikapmu terhadap) suamimu.” (HR. Ahmad: 18233)
Jika kita lihat pada hadis diatas, kita dapat memahami bahawa kedudukan syurga atau neraka bagi seorang isteri terletak pada suaminya. Jika seorang isteri taat pada suaminya maka Allah telah menjanjikan syurga baginya. Jika sang isteri derhaka pula pada suaminya maka kelak azab dan seksaan Allah menantinya di akhirat sana.
Jadi boleh kita katakan bahawa seorang isteri agak mudah bagi mereka untuk memasuki syurga dengan hanya menjadi isteri yang solehah dan taat pada suaminya (walaupun sebenarnya tak adalah senang sangat)
Dalam hadis yang lain oleh Ahmad, Rasulullah bersabda;
“Apabila seorang isteri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; ‘Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan’.”
Begitu agungnya hak seorang suami yang ada pada isterinya, sehingga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda;
“Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, maka akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. Sekiranya seorang suami memerintahkan isterinya untuk pindah dari gunung ahmar menuju gunjung aswad, atau dari gunung aswad menuju gunung ahmar, maka ia wajib untuk melakukannya.” (HR. Ibnu Majah)
Diantara hak suami yang perlu isteri pelihara adalah :
Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar agama.
Mentarbiah anak-anak.
Memastikan harta benda rumah dijaga sebaiknya.
Tidak mengizinkan orang lain masuk tanpa kebenaran suami.
Berhias dihadapan suami.
Rasulullah memberitakan siapa itu ahli syurga,
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian lelaki penghuni syurga? Para Nabi di syurga, orang-orang yang jujur di syurga, orang yang mati syahid di syurga, anak yang baru lahir dan meninggal di syurga, seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di belahan kota, yang dia mengunjunginya kerana Allah di Surga. Dan mahukah aku tunjukkan kepada kalian wanita ahli syurga? Yaitu setiap isteri yang penuh cinta kepada suami serta penyayang kepada anaknya, yang ketika suaminya marah kepadanya ia berkata, ‘inilah tanganku berada ditanganmu, aku tidak boleh tidur memejamkan mata sehingga engkau redha kepadaku.” (HR. Nasai)
Artikel ini jika dibaca oleh golongan yang masih belum berkahwin memang terkadang rasa cemburu seolah-oleh terlalu mudah bagi mereka yang bergelar isteri untuk masuk ke syurga. Tetapi hakikatnya mereka yang bergelar isteri ini lebih memahami tidak semudah yang disangka untuk mendapat redha sang suami.