SEBAMED Oily Hair Shampoo (400ml)
Diformulasi khas untuk menghalang rambut berminyak serta memanjangkannya.
Dicipta khas untuk mereka yang mempunyai masalah rambut berminyak secara berlebihan dan menghalang penghasilan sebum pada kulit kepala. Jenama produk dari Sebamed ini bertindak membersih dan menjaga rambut serta kulit kepala anda.
Tindakan pembersihan lembut menjadikan kelemumur hilang dengan berkesan serta menjadikannya lebih sihat, lembut, berkilat dan mudah diurus. Apabila masalah minyak berlebihan dapat diseimbangkan, kulit kepala terasa sihat dan mampu untuk menjana pertumbuhan rambut agar lebih sihat dan panjang.
Ads
Ryo Jayang Yunmo Anti-hair Loss Shampoo
Baik untuk menghalang rambut dari keguguran dengan lebih teruk
Dilengkapi dengan evolusi teknologi, syampu untuk penjagaan rambut ini sangat khusus buat rambut gugur. Syampu ini dapat merawat masalah yang dialami oleh anda dengan berkesan pada kulit kepala tanpa menyebabkan iritasi atau merengsa. Bebas dari bahan kimia merbahaya dan dijamin keselamatan pengunaannya.
Ianya mampu memberi pengalaman baru kepada pengguna syampu ini. Keberkesanannya mampu dilihat dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Kadar pertumbuhan rambut anda juga dapat panjang dengan cepat jika menggunakannya secara konsisten.
Ads
BOTANICALS by L’OREAL PARIS Coriander Strength Cure Shampoo
Sesuai untuk membaikpulih rambut rosak dan memanjangkannya
Produk dari jenama ini dicipta khas untuk rambut rapuh dan cepat rosak. Hasil gabungan 3 jenis minyak botani semulajadi iaitu minyak ketumbar, soya dan kelapa bagi membantu untuk menguatkan serta menghidupkan semula rambut yang lemah dan nipis. Bertekstur ringan, rambut anda akan kembali bermaya serta beraroma segar.
Ads
Bahan yang terkandung dalam syampu ini adalah daripada organik iaitu sumber semulajadi untuk membuat rambut anda berasa lebih kuat sehingga ke akar umbi. Rambut anda juga tidak akan mudah putus atau gugur.
INNISFREE My Hair Anti-Dandruff Shampoo (330ml)
Syampu sesuai untuk memanjangkan rambut – berkesan menghapus kelemumur
Syampu anti kelemumur yang mengandungi ekstrak Jeju Pines, Cedar dan Cypress ini, berfungsi melegakan tekanan kulit kepala dari kelemumur untuk menjadikannya lebih sihat. Selain itu, kandungan ekstrak dari kelapa sawit pula bertindak untuk menghapuskan kelemumur pada kulit kepala. Bahan lain seperti Lavender dan Pennywort dapat melindungi kulit kepala daripada masalah yang boleh menjejaskan kadar pertumbuhan rambut dengan sempurna.
Protein semulajadi daripada soya dapat menjaga secara intensif serta memulihkan rambut rosak akibat pewarna rambut, perming atau faktor tekanan lain. Rambut anda akan panjang lebih cepat dengan penggunaan yang betul. productnation
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bertungkus lumus merancang majlis hari bahagia, pastinya anda dan pasangan mengharapkan agar segala persiapan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Bagi memastikan majlis yang diraikan ini meninggalkan momen paling bahagia dalam hidup anda berdua, SBXS Pantai Timur kongsikan 25 perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan anda menjalani majlis dengan penuh gembira.
**************************************
1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokan harinya.
2. Bangun awal solat Subuh
Bangunlah awal solat Subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.
3. Jangan lupa makan sarapan pagi
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.
4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelam kabut
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktunya. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan lain-lain.
5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap poket. Jadi, lantik seorang bestman untuk bantu mengingatkan anda perkara-perkara sebegini.
6. Ketika makeup, pakai t-shirt
Ketika memakai makeup, pakai t-shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkena bahan-bahan makeup. Akan tetapi janganlah memakai t-shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. Tidak manislah jika kelihatan t-shirt tidur yang berlubang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.
7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet daripada bakal suami atau isteri pada pagi hari nikah.
8. Adakan meeting sesama dulang boys
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk membincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal prank ke pasangan pengantin.
9. Selesakan kasut baharu
Jika anda menempah kasut baharu, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukanlah satu perkara yang best.
10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi janganlah pula menyembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botol minyak wangi supaya jika baunya hampir pudar boleh menyemburnya kembali.
11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda ialah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.
12. Jangan lupa bawa bersama survival kit anda
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam survival kit. Jangan lupa survival kit yang amat penting dan berguna itu.
13. Ambil selfie
Ambil beberapa keping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.
14. Letak phone jauh-jauh
Selain mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls. Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya fokus, bersiap-sedia untuk berkahwin!
15. Hilangkan cuak anda
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi pengantin lelaki perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.
16. Berhenti, tarik nafas panjang
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah, berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.
17. Rasa makanan yang dihidang
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradab.
18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.
19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumah tangga yang bakal anda bina.
20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda
Seperti yang telah disenaraikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.
21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah Inggeris “Beauty is Pain”. Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit akibat memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.
22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda daripada tetamu yang becok
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up”. Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang menyelamatkan anda daripada berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.
23. Luang masa dengan ibu bapa dan ibu bapa mertua
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baharu, mereka tetap diutamakan.
24. Jangan smash kek kahwin. Jangan!
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye!
25. Berikan senarai lagu yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, pas kan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.
Selamat Pengantin Baru! Moga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai kan. Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat dalam diri, tambah-tambah lagi bila bulan Ramadan ni. Ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Sifat malu adalah sebahagian daripada Iman
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim malah sifat malu juga sudah sebati dalam diri seorang wanita. Malu bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga berhak memiliki perasaan malu dalam diri mereka. Nabi Muhammad SAW juga merupakan insan yang pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi Muhammad SAW lebih malu sifatnya dari seorang gadis.
Letaklah perasaan malu di tempat yang sepatutnya
Tidak ada salahnya sekiranya perasaan malu itu wujud dalam diri, namun mestilah kena pada tempat yang sesuai. Malulah dalam kebanyakan perkara tetapi dalam bab ilmu, kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri anda.
“Saya ingin berumah tangga tetapi saya seorang yang sangat pemalu. Saya malu untuk memulakan bicara dengan orang terutama dengan kaum lelaki. Perkara ini membuatkan saya sukar didekati lelaki. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Perkara inilah yang membuatkan saya runsing dan tidak tahu bagaimana cara untuk mencari jalan penyelesaian..”
Pemalu kepada lawan jenis
Perkara ini adalah masalah biasa. Sesiapa sahaja pasti akan ada perasaan malu apabila berhadapan dengan lawan jenis. Perkara ini sering terjadi kepada kaum wanita yang sedang mencari cinta tetapi malu untuk berhadapan dengan si lelaki. Malah tidak lupa juga bagi kaum lelaki, masih ada sebilangan antara mereka yang mempunyai sifat ini terutama untuk mendekati kaum wanita. Kalau sekadar minat sahaja tetapi tanpa usaha sia-sia sahaja kan?
Malu tidak bertempat akan membawa kerugian
Sesungguhnya perasaan malu yang tidak bertempat mampu menyebabkan hidup anda kehilangan banyak kesempatan dan peluang. Malu juga boleh menyebabkan anda tidak dapat bergaul dengan orang lain dan tidak dapat meluahkan apa yang bermain di fikiran. Hanya sekadar menjadi pendengar sahaja.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Untuk melawan perasaan ini, anda boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh:
Kenali diri dan masalah yang dihadapi dengan mendalam. Tanya pada diri sendiri “kenapa aku malu sangat? Salah ke apa yang aku cuba lakukan?”
Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan diri – memohon agar Allah SWT memberi kekuatan dalam menghadapi apa jua keadaan
Belajar etika bergaul – sosialkan diri dengan bergaul dengan kawan-kawan (selagi ianya tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan)
Membentuk penampilan baru – boleh jadi disebabkan penampilan yang tidak terurus juga menyebabkan seseorang itu tidak yakin untuk bergaul.
Tidak ada sesiapa pun yang memerhatikan anda
Jangan beranggapan bahawa ada yang sedang memerhatikan anda. Sedangkan itu hanya kelemahan anda yang sering berfikiran bahawa anda sedang diperhatikan. Gara-gara pemikiran itulah membuatkan diri anda tidak yakin. Apa yang paling penting adalah usaha anda untuk memperbaiki kelemahan itu dengan tenang. Tidak perlu beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi cemuhan orang lain.
Cuba mesrakan diri untuk berkenalan
Tidak salah sekiranya anda terpaksa menjadi hipokrit. Ianya adalah untuk kebaikan anda juga. Hipokrit dengan cuba menjadi mesra dengan orang lain tidak akan membawa kerugian kepada anda. Malah ianya akan memberi keyakinan yang berganda kepada anda. Berkenalan dengan orang lain bukanlah sesuatu perkara yang susah. Mulakan sesuatu dengan perkenalan dengan niat yang jujur dan ikhlas, inshaAllah dipermudahkan.
Mindset perlu diubah
Apa yang paling penting adalah mindset anda. Anda perlu mengubahnya dari pemikiran negatif. Sebagai contoh:
“Aku tak cantik, sudi ke dia berkenalan dengan aku?”
Setiap manusia sudah dianugerahkan dengan keistimewaan tersendiri. Justeru itu, carilah keistimewaan yang ada pada diri anda yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!