Akhirnya tamat sudah spekulasi tentang bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal selepas tular gambar nikahnya dengan pasangan pilihannya semalam.
Syasya Dah Kahwin
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.
“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.
“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.
Ads
“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya.
Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.
Ads
“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.
Aktif Dengan Dolla
Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.
Ads
Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.
Apa pun, didoakan moga Syasya bahagia bersama pilihan hidupnya sehingga ke syurga. Sekadar rekod, Syasya merupakan cucu kepada pelakon veteran, Rozie Othman.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 17 tahun hidup solo, pelakon dan pengacara, Raja Azura kongsi video kahwin dengan seseorang memakai busana warna ungu gelap.
Raja Azura Kongsi Video Kahwin
Sejauh mana berita ini benar atau sekadar gurauan, masih menjadi tanya orang ramai. Raja Azura yang berusia 51 tahun, masih tidak sahkan butiran video yang dikongsi, cuma kapsyen yang ditulis mengundang kepada majlis perkahwinan.
Malahan Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat tidak membalas komen rakan artis dan netizen pada video tersebut.
Namun, identiti jejaka yang ada di sebelahnya dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.
“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Undang Perhatian Netizen
Hantaran dimuat naik ibu kepada tiga cahaya mata itu, malam tadi mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan perkahwinan keduanya bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Sekadar info, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.
Majlis resepsi merupakan kemuncak majlis perkahwinan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh setiap mempelai. Usai majlis wajib iaitu pernikahan yang kebiasaannya hanya di hadiri oleh kaum keluarga terdekat, kini tibalah masanya untuk mengundang kaum keluarga serta sahabat handai sama-sama meraikan hari bahagia di majlis resepsi atau persandingan. Namun bagi Meor Izz Rasydan Darsani, majlis persandingan yang di rancang bersama isteri tersayang, Fazliana Sjafni berlangsung dalam suasana yang berbeza dan diluar kawalannya.
"Perasaan sangat sebak apabila terpaksa berjalan dan duduk di atas pelamin sendirian ketika majlis resepsi tanpa diiringi isteri walhal ia adalah hari penting buat kami berdua," kata Meor Izz Rasydan Darsani. Bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin, Meor Izz Rasydan bersanding tanpa ditemani isteri tersayang yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @kakleeha itu turut kelihatan pengantin perempuan lengkap dengan busana songket biru sedondon, namun hanya mampu berada di skrin komputer riba disebabkan sedang menjalani kuarantin kendiri.
Menurut Meor, dia dan isteri tersayang sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah dewan di Jalan Ampang, di sini, hampir setahun lalu. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 22 Februari lalu.
Ketika ditanya perasannya ketika majlis tersebut, Meor Izz Rasydan sememangnya tidak dapat menyembunyikan rasa sebaik dan sedih di atas apa yang berlaku tetapi tetap reda dengan ketentuan Illahi.
"Rasa sebak dan sedih tetapi saya akur, reda atas ketentuan Ilahi jika ini qada dan qadar Allah yang sudah tertulis," katanya.lagi.
Tambah Meor Izz Rasydan lagi, isteri tersayang disahkan positif Covid-19 sehari sebelum majlis resepsi iaitu pada 27 Februari lalu selepas melakukan ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction).. Secara kebetulan, selepas bernikah mereka tinggal berasingan dan disebabkan itu Meor tidak bergejala dan keputusan ujian Covid-19 juga menunjukkan negatif.
"Bagi mengatasi situasi tidak terduga ini, saya bersama adik ipar dan keluarga suami cuba sedaya upaya mencari jalan dengan cara mengadakan persandingan secara virtual iaitu melalui panggilan video. Sebagai satu alternatif, majlis persandingan tetap diadakan dengan meletakkan komputer riba di pelamin dan saya pula di rumah hanya mampu membuat panggilan video dengan sepersalinan songket yang sepatutnya kami idamkan untuk dipakai bersama pada majlis resepsi," katanya yang masih menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Ketika ditanya mengapa masih meneruskan majis persandingan,pasangan raja sehari sepakat mengadakan majlis persandingan walaupun secara virtual kerana kebanyakan tetamu jemputan sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal.
"Bukan disebabkan kos, tetapi sebaliknya undangan jauh dari Perak, Perlis dan Sabah sudah tiba sehari awal. Alhamdulillah, majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun tanpa pengantin perempuan bersanding sama," katanya yang reda dengan ujian yang menimpanya.
Sumber: Harian Metro & Meor Izz Rasydan Darsani.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!