Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Ads
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya.
Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik.
Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
Ads
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran.
Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian?
Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula?
Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain.
Dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesarialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata.
Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dia pilih ibu bapa dia, kita nak kata dia isteri yg derhaka? Kalau dia pilih kita, ibubapa dia akan anggap dia anak yg derhaka…?
Best ke dpt title “derhaka”?
Tak kisah la anak derhaka ke, isteri derhaka ke…tetap derhaka…kita yg jadi suami ni, tak dapat title tu? Kita tak menderhaka kepada sesiapa?
Suami derhaka mgkin jarang kita dengar sebab derhaka si suami bukanlah pd isteri, tapi pada Allah…suami yg menzalimi isteri dgn perbuatannya, suami yg tak menunaikan hak2 isteri, suami yg tak bertolak ansur kpd isteri, suami yg tak bertanggungjawab, suami yg tak menjalankan tugas sebagai menantu, suami yg pukul isteri dan sebagainya ni, dia menderhaka kepada Allah…
Sebab isteri itu amanah dari Allah…utk dia jaga…utk dia pelihara…utk dia berasa tenang dan gembira…
Derhaka kpd manusia, apa manusia bleh buat? Tapi kalau derhaka kpd Allah, apa yg Allah boleh buat? Hidup tak tenang, rezeki sempit, selalu sakit, asyik serba tak kena ja urusan harian…ada saja perkara2 yg terjadi kpd kita…
Semua tu bertujuan utk apa?
Utk mengingatkan kita…utk menyedarkan kita…Allah tegur kita dgn cara menguji kita…selagi kita tak sedar akan salah kita, selagi kita xkembali ke pangkal jalan dan selagi kita tak memperbetulkan dan memperbaiki diri kita, selagi itulah kita akan diuji…
Jadi suami ni, tak perlu smpai tahap pentingkan diri sendiri, nak hak2 suami tu dipenuhi isteri, nak dilayan seperti maharaja, nak isteri tunduk sujud kat kita…nope, tak perlu smpai tahap mcm tu…
Jadi suami, perlu jadi manusia jugak…kena ada sifat tolak ansur, budi bicara, faham memahami, saling melengkapi…perlu guna logik akal, perlu waras, perlu bijak dan perlu pkir tentang perasaan org lain sebelum bercakap dan membuat sesuatu keputusan…
Kalau selalu rasa diri tu btol je, selalu pakai agama utk nk menundukkan isteri, then tanya diri sendiri, agama larang ke seorang anak berbuat baik kpd org tuanya walaupun dia bergelar isteri? Then agama suruh kita yg jadi menantu ni anggap mertua tu sebagai ibubapa sendiri…
Nak ke tinggal “ibubapa sendiri” xde org jaga, hidup sorang2, sakit demam diorang tanggung sendiri?
Suami sebagai pinjaman, anggapan ini buat anda lebih bersedia jika berlaku sesuatu yang tak diingini dalm rumah tangga.
Anggap Suami Sebagai Pinjaman
Menurut pandangan pelakon dan penyanyi, Amy Mastura, jika seorang isteri menganggap suami hanyalah pinjaman sementara, situasinya akan jadi lebih mudah. Boleh reda.
Baginya mudah, segala yang hidup di dunia ini adalah milik tuhan. Jadi kita boleh terima sesuatu ujian yang paling ditakuti iaitu kehilangan pasangan.
“Ya, bukan mudah untuk kita rasa macam itu. Tapi realitinya begitu. Tiada apa yang dalam dunia ini kita punya.
“Kita kena rasa suami ini bukan kita punya sebab nanti mereka akan tinggalkan kita. Sama ada orang ketiga ataupun tuhan sendiri yang akan ambil.
“Kalau kita rasa suami itu kita punya, kita susah untuk melepaskan,” kata Amy Mastura.
Jangan Sorok Kalau Nak Berpoligami
Haaa… cuma jangan sesekali sorok jika berniat mahu berpoligami. Boleh berbincang dengan elok dan buat keputusan terbaik untuk kedua belah pihak.
“Para-para suami, saya rasa adalah lebih baik jangan buat sorok-sorok. Sebab bila suami buat secara sembunyi itu yang jadi kemarahan,” luahnya lagi.
Jadi buat golongan suami yang rasa mahu buka ‘cawangan’ baru boleh berbincang elok-elok sebelum kepercayaan seorang isteri hilang. Fikir sebaiknya demi anak-anak tersayang. Jika sebulat suara, anda akan mampu bina sebuah keluarga bahagia walau pun dalam suasana ‘berkongsi’ kasih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa saya melancong di Mesir dulu, alahai rendah dan kecil diri sangat dengan wanita-wanita di sana sebab badan mereka besar-besar dan gemuk-gemuk.
Kata kawan saya, adat mereka, suami memang suka kalau isteri mereka gemuk tandanya mereka dah beri makan yang cukup kepada isteri. Berbeza dengan keadaan di Malaysia, isteri-isteri yang pandai dan rajin masak untuk ‘membesarkan’ suami.
Rata-rata lelaki yang sudah kahwin, mesti perut pergi depan lebih dulu berbanding isterinya. Lepas itu, tidak tahu datang mazhab dari mana yang mengatakan suami boroi petanda senang hati, rumah tangga bahagia, isteri pandai masak. Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan, boroi itu seksi dan lain-lain.
Kalau sayangkan suami, tolonglah dia untuk kurangkan keboroian mereka itu. Memanglah boroi itu seksi dan comel. Akan tetapi kalau isteri sayangkan suaminya, tidak usah dibiarkan lagi dia dalam keadaan macam tu, kerana boroi merupakan salah satu petanda sindrom metabolik atau sindrom X.
Apa pula sindrom X tu? Sindrom songsang ke?
Sindrom X ini merupakan kumpulan penyakit-penyakit yang mempunyai punca yang sama iaitu ‘kerintangan insulin’ dalam badan atau dalam English insulin resistance. Boroi adalah salah satu penyakit dalam sindrom X ini, iaitu obesiti.
Sindrom ini sangat berkaitan dengan pemakanan harian kita. Diet orang Asia terutamanya Malaysia mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi. Akibatnya lebih banyak insulin yang diperlukan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Proses ini berterusan dan berulang, lama-kelamaan badan akan menjadi kurang sensitif kepada insulin. Maksudnya walaupun paras insulin tinggi dalam darah, tapi tindak balas dengan sel kurang baik dan gula tak dapat dikurangkan.
Gula tu satu hal. Masalah dengan sindrom X ini ialah paras insulin yang tinggi yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain, seperti:-
Keradangan dan kerosakan pada saluran darah atau arteri —> meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Perubahan keupayaan ginjal untuk menyingkirkan bahan kumuh —> tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang.
Lemak triglyceride dan LDL (kolesterol jahat) meningkat, HDL (kolesterol baik) berkurang —> meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
Darah lebih pekat dan cenderung untuk membeku —> Menyumbat saluran darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Menganggu rembesan dan fungsi insulin —> Risiko kencing manis jenis 2.