Barang hantaran merupakan tradisi orang melayu yang sering ada ketika majlis perkahwinan. Ianya tidaklah wajib hanya sebagai adat turun-menurun.
Pemilihan barang hantaran, warna hantaran dan juga hiasan menjadi perkara yang penting agar ianya kelihatan menarik.
Di sini kami ingin kongsikan tips memilih barang untuk hantaran. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda.
1. Melihat Bajet Kewangan
Perkara utama sekali dalam pemilihan barang hantaran ialah dengan melihat kepada bajet kewangan anda. Pilihlah barang yang akan memberi manfaat kepada pasangan untuk digunakan selepas kahwin.
Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah. Janganlah berhabis wang semata-mata untuk beli barang yang berjenama. Anda perlu bijak memilih barang bergantung kepada budget yang telah anda tetapkan.
2. Melakukan Perbincangan dengan Pasangan
Ads
Perbincangan bersama pasangan amatlah penting untuk mengetahui barang apa yang perlu disediakan dan untuk memastikan barang tersebut sesuai untuk diletakkan di atas dulang.Dengan adanya perbincangan ini, ianya dapat mengenal pasti jumlah dulang kedua-dua belah pihak yang akan dibawa pada majlis nanti.
Ini dapat mengelakkan membawa jumlah dulang hantaran yang sama. Bilangan barang hantaran adalah ganjil. Pihak perempuan perlu lebihkan dua dulang dari pihak lelaki. Sebagai contoh jika lelaki membawa 5 dulang hantaran, pihak perempuan haruslah membalas 7 dulang hantaran.
3. Senarai Barang Hantaran
Perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan ataupun buah tangan. Sebagai contoh hantaran dari pihak perempuan ialah sirih junjung,kemeja/seluar,beg duit/tali pinggang,al-quran biasa/digital,sejadah,jam tangan,set minyak wangi/barangan mandi,kasut,buah-buahan,kek/kek cawan,coklat,gajet.
Ads
Untuk barang hantaran dari pihak lelaki ialah mas kahwin/duit hantaran,cincin/barangan kemas,tepak sirih,al-quran biasa/digital,sejadah,bunga rampai,jam tangan,kasut,telekung,beg tangan,set wangian/barang makeup,buah-buahan,kek/kek cawan.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh mengantikannya dengan tepak sireh. Bagi hantaran perkahwinan, sireh junjung bukan lagi perkara penting yang perlu ada, ianya bergantung kepada anda.
Ads
Sumber : Stella doorgift
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustaz Jaafar ada bercerita kepada saya tentang rakannya yang diberikan rezeki tak disangka-sangka. Kawan ustaz tu sentiasa mengamalkan ‘doa pembuka’ sebelum dia mohon doa-doa lain pada setiap kali beramal.
Waktu solat, atau asal dia teringat je, pasti dia akan amalkan doa ini.
Dan suatu hari, di saat kawan ustaz tu agak ‘memerlukan’ rezeki lebih, Allah telah permudahkan urusannya. Allahuakhbar ! … Ini cerita ustaz mengenai kawannya tu …
Ini cerita ustaz tu …
Kisah rakan sekerja yang diberi rezeki tak disangka
Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada sahabat saya disaat dia menghadapi kesukaran kewangan dalam hidupnya. Inilah bukti-Nya. Allah sentiasa bersama dia kerana pada masa begini tiba-tiba kawan saya ni teringat, semasa memandu dia kereta, ada ceramah di radio yang disampaikan oleh seorang ustazah mengenai amalan membaca ‘Doa Pembuka’ ini, jadi dia pun terus amalkan doa tu setiap hari sampai sekarang …
Begini ceritanya …
Awal tahun saya yang penuh ‘sesak’, dipermudahkan Allah dengan rezeki tak disangka.
Ustaz …
Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu ustaz… Umur saya ni dah hampir separuh abad, tapi baru sekarang saya tahu tentang kelebihan doa ini …
Kata kawan ustaz tu lagi …
Saya rasa kan ustaz, mana-mana ibu bapa yang masih mempunyai anak bersekolah, tentunya akan merasai sedikit tekanan perbelanjaan untuk menyediakan persiapan sekolah anak-anak. Pakaian, baju, seluar, buku, peralatan sekolah, yuran antara komitmen yang perlu dia diselesaikan apabila bermula sesi persekolahan baharu.
Kalau tak sdia awal dengan menabung wang gaji, memanglah perit. Tambahan pula, baru-baru ni kan cuti sekolah, lepas cuti lama, bawa anak berjalan-jalan pun memerlukan kos yang agak besar. Setahun sekali bawa anak-anak berjalan kan … sambal-sambil, kita pun boleh release daripada kerja kan ?
Namun, saya syukur ustaz, walaupun taklah begitu berat sangat masalah ni, sebab saya dan isteri ada juga simpanan sedikit, tetapi perbelanjaan menjadi agak terhad la kan ….
Masa cuti yang lalu, anak-anak saya minta nak berjalan-jalan, jadi plan ngan isteri nak bawa mereka ke PD. Cuti sekolah, mestilah harga hotel mahal-mahal kan ?
Saya teringat ada sorang kawan yang pandai cari hotel harga murah, saya kata nak stay 3 hari 2 malam dan nak cari apartment. Saya pun tahu, harga musim cuti tentulah 3-4 ratus satu malam kan? Jadi saya dan isteri dah standby la duit paling kurang RM800.00 utk hotel je.
Nak jadi rezeki, kawan saya kata, ada yang murah bila check dalam Apps. Wah ! berapa tu ? Kawan saya kata kan ustaz, RM199.00 satu malam untuk apartment 2 bilik siap dengan sarapan.
Ya Allah, kalau 2 hari maknanya tak sampai la RM400 kan ? Dah boleh jimat hampir separuh dari peruntukan untuk menginap di hotel.
Jadi pergilah kami sekeluarga, saya dan isteri bersama 7 orang anak. Bercuti di Port Dickson selama 3 hari dengan kos yang dapat paling minimum untuk sekeluarga kami 9 orang.
Selepas pulang kan ustaz,
Kami memang dah bercadang nak mengkhatankan anak. Jadi kami teruskan dengan khatankan anak lelaki seperti yang dirancang sebelum cuti sekolah lagi.
Biasa orang buat majlis, tapi kami tak buat la majlis besar ustaz. Bukan sebab kedekut, tapi kami memang nak buat sederhana je …
Pakat dengan isteri, kami hanya jemput jemaah masjid datang rumah selepas subuh. Tahlil, doa selamat dan jamuan.
Selepas Subuh ?
Di tempat kami memang biasa buat kenduri lepas subuh ustaz. Dah jadi amalan jugak la… Best kan? Kenduri lepas Subuh.
Mungkin ramai yang jarang dengar orang buat kenduri Subuh. Tapi biasa di tempat kami. Kebetulan jemaah subuh di tempat saya memang ramai hari tu, lebih daripada 3 saff. Ramailah… makanan pun cukup untuk semua jemputan.
Alhamdulillah …
Keesokan hari, lepas pulang solat subuh di masjid,
Mcm biasala ustaz, saya sembang-sembang dengan isteri sebelum keluar mencari sarapan dan beli ikan di market.
Sembang-sembang, pasal nak tengok budget belanja sekolah anak-anak. Macam banyak je nak belanja… fikir-fikir, kalau tak cukup mcm kena juga cari la loan-loan koperasi ke, Bank Rakyat ke … heeheh … kan ustaz ?
Sambil tu saja je cuba buka CIMB Clicks. Nak tengok baki yang tak berapa ada tu.
Bila check … Subhanallah !!!
Ada duit masuk lebih RM13,000.00.
Dari mana duit ni?
Bila saya semak transaksi kan ustaz, rupanya ada langganan insurans anak dan family yang dah matang.
Apa lagi, terus saya dan isteri sujud syukur.
Mana nak sangka, dengan keperluan yuran anak di universiti, nak sedia anak sekolah, dan macam-macam lagi belanja akhir tahun, Allah permudahkan rezeki saya sekeluarga …
Jadi ustaz, saya rasa, ini ke keberkatan saya amal doa pembuka setiap hari ustaz ? Kalau ianya menjadi asbab, saya nak kongsi la dengan semua.
Selain daripada amalan wajib yang saya buat sebagai orang islam, mungkin amalan doa pembuka ni jadi asbab kepada pertolongan Allah yang tak pernah disangka-sangka yang memang saya sertakan sebelum saya baca dengan doa-doa yang lain.
Wallahualam …
Dan ustaz cakap pada kawan dia tu … mungkinlah, itulah tanda Allah makbulkan doa yang kawan dia minta …
Subhanallah …
Itulah cerita yang disampaikan semula oleh Ustaz Jaafar kepada saya …
Amalan doa pembuka
Setiap doa memiliki keistimewaan tersendiri. Salah satunya adalah doa yang dapat menjadi pembuka ke atas dikabulkan doa-doa lain yang diharapkan oleh seorang hamba-Nya. Berikut ini adalah doa salah seorang sahabat yang diakui sebagai amalan doa pembuka yang baik oleh Rasulullah SAW.
Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.
Ertinya :
“Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.”
Doa ini diambil oleh Imam An-Nawawi dari Sunan Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Buraidah RA yang selengkapnya dapat dilihat pada hadits berikut ini:
وروينا في سنن أبي داود والترمذي والنسائي وابن ماجه
Ertinya, “Kami diriwayatkan di Sunan Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Buraidah RA bahwa seuatu ketika Rasulullah mendengar salah seorang sahabatnya berdoa dengan lafal, ‘Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.’ Rasulullah SAW lalu menyambutnya, ‘Kau telah memohon kepada Allah dengan nama (agung) yang mana Dia akan memberikan karunia-Nya bila diminta dengan nama tersebut, dan Dia akan mengijabah seseorang yang berdoa memanggil-Nya dengan nama tersebut,’” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 336).
Dengan doa ini, moga kita yakin dan tawakkal akan menjadi kalimat kunci atas doa-doa lain yang kita minta kepada Allah.
Wallahu a‘lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya!
Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang.
Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.
1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut
Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.
Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.
“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”
2. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
3. Buatkan wajah sentiasa hangat
Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal hangat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.
4. Beri perlindungan daripada sinaran ultra violet
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
5. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
6. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
7. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
8. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
9. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
10. Galak kesuburan wanita
Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.
11. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
12. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai yang nak kahwin tapi bila fikir masalah duit itu adalah punca utama untuk meneruskan niat tersebut. Dengan ekonomi zaman sekarang, pastinya semua benda memerlukan duit. Kelengkapan perkahwinan juga bukan murah.
Ikuti perkongsian facebook ini bagaimana beliau dan suami berbelanja mengikut bajet untuk perkahwinan mereka. Semoga bermanfaat buat bakal pengantin diluar sana!
Nak kahwin ni senang jaa . jangan fikir pasal sangat duit . in sha Allah jika niat kita baik , Allah akan tolong . meh saya kongsi bajet kahwin saya . tak lebih 5k pun ! tu pun sebab ramai sangat yang tolong . alhamdulillah . saya dan suami rancang untuk kahwin bulan 1 2016 , bulan 5 kita orang kahwin .
1. Wang hantaran
Wang hantaran ni jangan laa mintak banyak2 , kesian kat lelaki . kita nak kahwin sehari je lepas kahwin banyak benda lagi nak guna . suami saya ni dia main ‘kutu’ dengan sedara dia . actually turn dia tahun depan . tapi disebabkan nak kahwin sangat tukar dengan sepupu dia .wang hantaran ni saya cuma minta 5k je . tak banyak pun . sebab saya tahu kalau minta banyak, lagi susah nak kahwin . huhu
2. Baju pengantin and pelamin
Okay , yang ni saya ambil pakej . baju 2x, mekap 1x, pelamin. total semua 1k . murah sangat . pelamin and baju pun cantik . huhu . satu baju untuk hantar menantu sekali dengan bersanding , satu lagi buat fotoshoot outdoor . thanks ZR Bridal. Untuk baju akad nikah perempuan , saya pinjam yang kawan sebab masih boleh guna lagi dan still cantik.Thanks Kak Atiq Haqita. Untuk baju yang lelaki plak , saya pinjm yang kawan jgk . diorang baru kahwin tahun lepas . So , baru pakai sekali jaa baju tu . huhu. thanks kak Nur Hafizza bagi pinjam baju abg Afiq.
3. Majlis kenduri
Majlis ni saya buat sekali jaa and sebelah pihak jaa . belah lelaki . lagi jimat ! huhu . saya akad nikah malam , lepas akad nikah tu buat makan untuk sedara terdekat and belah lelaki tak habis banyak pun . and paling penting disupport penuh oleh umie saya . thanks umie . loveyou ! Belah lelaki plak disupport penuh jugak oleh parents suami . daripada khemah, meja makan , doorgift semua umi support . bersyukur sangat . alhamdulillah . huhu
4. Doorgift
Doorgift ney memang laa mertua yang support tapi makanan jaa . saya plak tolong belikan paper bag . murah sangat . nak bagi yang cantik2 nanti orang buang jgk kan ? membazir jaa . yang ni saya cuma habis 100 lbih untuk 700 paper bag . jimatkan ? beli online ,thanks sis muza ishop.
5. Barang hantaran
Barang-barang hantaran ni saya dan suami cuma buat 5 berbalas 5 . banyak2 buat apa ? menghabiskan duit jgak . saja nak letak depan pelamin untuk ambil gambar. Belah saya , saya cuma bagi set wangian ( di support oleh sepupu suami , huhu), baju melayu (baju ni baju raya tahun lepas . tak sempat nak pakai sebab kerja . hihi), kek cheese (kek ni sruh kak Pija buat . saya beli dua . total rm40 jaa), tuala( umi bagi, huhu), last, buah( yg ni sy beli sendiri . rm30). Belah suami plak , set wangian dan mandian (disupport sepupu), pulut, kain telekung & sejadah , kain 2 pasang letak atas dulang berlainan . okay cukup.
6. Kad kahwin
Yang ni saya cuma print and fotostat sendiri jaa . sebab lagi murahkn . hehe . cukup2 jaa berapa orang nak ajak . under rm100 .
7. Make up
Okay . make up untuk akad nikah , saya minta tolong dengan kawan satu kerja . hihi . sama jgk dengan fotoshoot . thanks Kak Farah , Karimah Emah and sha semua puji cantik sangat.
8. Photographer
Yang ni saya suruh kawan ambilkan sebab dia memang photographer . Dapat murah laa . rm650 sahaja . cantik sangat . thanks Wan Izwan Aizan Aizawa and Firdausz Fir .
9. Lain-lain kelengkapan
Lain-lain ni saya berinai sendiri . habis dalam rm40 . beli shawl rm10 . fotostat apa2 yang patut untuk bagi kat tuk imam dalam rm10 gitu laa. hihi .
Okay , tu jela setakat ni . kalau saya ada tertinggal , maafkan saya . lupa . huhu . pape pun, kesimpulannya , saya kahwin ni memang ramai sangat yang tolong . really appreciate! satu lagi , dah nak kahwin tu , sama2 kongsi laa . sama2 tolong , baru senang . jangan harapkan lelaki jaa . kita perempuan pun kena tolong juga . okay , tu jelaa . thanks sudi baca karangan tak rasmi saya . once again, thanks semua yang tolong saya !
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...