Ramai pasangan yang tak dapat restu dalam hubungan akhirnya memilih untuk bernikah di selatan Thailand.
Namun, kebanyakan mereka berdepan masalah apabila pernikahan itu tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Tak Dapat Restu Dalam Hubungan
Di TikTok, tular kisah pasangan tempatan yang berdepan masalah gara-gara gagal mendaftarkan pernikahan selepas 28 tahun mereka disatukan. Sepatutnya mereka yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan pernikahan selepas kembali ke Malaysia.
“Bahananya nikah Siam tak daftar. Nangis tak berlagu. Lepas 28 tahun baru rasa nak daftar di Malaysia.
“Tu pun sebab anak nak nikah. Sekali proses, nikah tak sah. Sijil nikah pun palsu.
Sebab tu penting daftar nikah di Malaysia selepas nikah di Thailand” demikian tulisan di akaun TikTok itu.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah mereka yang pernah berkahwin di selatan Thai.
Ads
“Saya tak bangga bercerita kisah ini. Cuma nak tolong mereka yang pilih jalan salah macam saya.”
Tak Boleh Tuntut Wang Selepas Kematian Suami
Menurut seorang lagi wanita, dia dan suaminya tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Kedegilan itu akhirnya membawa padah apabila wanita itu berdepan kesukaran untuk membuat tuntutan wang selepas kematian suami.
“Saya salah seorang yang kahwin di Narathiwat. Kahwin sampai 15 tahun, tak pernah daftar di Malaysia. Alhamdulillah, anak semua ada surat beranak.
Ads
“Tapi bila arwah suami meninggal, saya tak dapat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah. Saya kena pergi Narathiwat untuk dapatkan surat nikah.
“Saya juga kena ke Songkhla untuk dapatkan pengesahan nikah. Saya pergi uruskan seorang diri. Dalam masa dua minggu, dua kali saya keluar masuk Thailand,” kongsi wanita itu pula.
Selepas pulang ke Malaysia, wanita itu berkata dia sekali lagi perlu menunggu untuk menjalani proses mahkamah sebelum masalahnya dapat diselesaikan.
“Kos saya ke Thailand RM1,200. Kemudian ada denda rayuan. Masa depan hakim, saya mengaku salah dan janji tak akan ulangi lagi.”
Kena Denda Duit
Ads
Perkahwinan yang tidak didaftarkan mengikut undang-undang akan membawa masalah di kemudian hari.
“Tuan hakim memang akan marah masa tu. Bising sikit mulutnya. Saya tak bangga bercerita kisah ini. Cuma nak tolong mereka yang pilih jalan salah macam saya.
“Kahwin sana memang mudah, tapi menyesal kemudian hari. Nak uruskan hal ini perlu pakai banyak duit. Tak tahu berapa ribu kena bayar denda. Tiada istilah bangga nikah sana,” jelas wanita itu.
Seorang lagi individu pula berkongsi kisahnya yang terpaksa menunda majlis perkahwinan gara-gara kedua-dua ibu bapanya tidak pernah mendaftarkan pernikahan di Malaysia.
“Masa saya nak nikah dulu macam itu la. Dah siap nak hantar borang kat pejabat agama. Sekali mereka cakap pernikahan ibu ayah tak didaftarkan di Malaysia.
“Kena pergi mahkamah untuk daftarkan. Berbulan-bulan tunda kahwin. Nasib sijil nikah ibu ayah sah, cuma tak daftar di Malaysia,” tulis individu itu.
Jadi sebelum anda membuat keputusan nak kahwin di Siam, elok lah berfikir sebaiknya sebelum datang masalah lebih besar di kemudian hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semenjak awal kejadian manusia di atas muka bumi ini, hubungan manusia dan sihir sudah pun terbentuk. Ia lazimnya berpunca kerana dengki, cemburu, cinta atau sebagainya dengan bantuan perantara iaitu jin. Meskipun kita hidup dalam zaman yang serba moden, tidak bermakna akan terlepas daripada menjadi mangsa sihir akibat perbuatan hasad orang lain.
Malah kadangkala, kita tak sangka ‘disihir’ pun hinggalah berlaku perkara-perkara ganjil atau penyakit misteri yang tak diketahui puncanya.
Tanda-Tanda Disihir
Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
Mimpi yang menakutkan.
Sakit dada dan resah menjelang senja.
Sakit di dalam perut bagaikan dipulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai ditusuk di perut.
Mula nampak alam ghaib.
Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
Menghidapi penyakit yang tidak diketahui puncanya oleh doktor.
Terdengar suara-suara yang memanggil namanya.
Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
Jika mengalami tanda-tanda di atas, apa yang akan anda lakukan? Jangan putus asa berikhtiar. Selain berubat dengan kaedah perawatan Islam, sebenarnya ada beberapa petua yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Perkongsian daripada Datin Amie Dato’ Radzuan sewaktu menghadiri Kelas Tafsir Al-Quran oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahraa ini baik untuk diamalkan bagi merawat penyakit akibat hasad mata, disihir, gangguan serta apa-apa penyakit yang sukar dirawat atau tiada penawarnya.
Cara-cara Merawat Sakit Hasad Dengki atau Disihir:
(a) Ambil sebekas air zamzam atau air biasa, isikan dalam satu jag besar dan bacakan ayat-ayat di bawah:
(b) Baca semua ayat di atas, tiup ke dalam air dan minum sedikit. Selebihnya curah ditubuh seperti mandi
(c) Amalkan pada waktu Subuh, Zohor dan Maghrib selama tiga hari berturut-turut. Bacaan ayat-ayat hendaklah dibuat pada setiap waktu yang disebutkan di atas.
(d) Tuan empunya badan mesti buat untuk diri sendiri dan dalam keadaan suci daripada hadas.
(e) Untuk anak kecil/bayi atau yang hilang ingatan, paling baik kalau dibuat oleh ibunya sendiri untuk mereka.
Ulang rawatan hingga sembuh dari disihir dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah berdoa dan berikhtiarlah agar mendapat kesembuhan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan lelaki yang bertanggungjawab, jujur dan baik hati. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Lelaki yang baik akan sentiasa membimbing pasangannya ke arah kebaikan tanpa meminta sebarang balasan.
Namun, ada beberapa jenis sikap lelaki yang wanita takuti dan tidak sekali untuk dekati. Mungkin kerana personaliti dan tabiat mereka yang menyakitkan hati dan cukup menjengkelkan. Bagi wanita, jenis lelaki seperti ini perlu dijauhi kerana bakal membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan merimaskan.
Nak tahu apa kriteria-kriteria lelaki tersebut? Jom kita lihat!
1. TERLALU EGO DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.
2. JENIS MEMINTA-MINTA
Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.
3. PERASAN BAGUS
Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.
4. MATA KERANJANG
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?
5. KAKI GADUH
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.
6. KEDEKUT
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.
7. PEMBENCI WANITA
Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh tetamu VIP merupakan suatu kehormatan tinggi bagi anda sebagai tuan rumah yang menyelenggarakan majlis perkahwinan tersebut. Jika biasanya tetamu undangan di dominasi oleh keluarga besar dan sahabat handai, maka ketika hari bahagia anda kedatangan tetamu VIP tentu pasti anda perlu merainya dengan baik. Sebagai tanda penghargaan terhadap kesudian mereka untuk datang, keselesaan mereka sepanjang berada di majlis tersebut haruslah dijaga. Tempatkanlah mereka secara khusus dan eksklusif. Bagaimana caranya agar tetamu VIP ini selesa? Usah panik, ikut langkah berikut agar majlis berlangsung dengan sukses.
Berikan tempat duduk khas
Jika majlis perkahwinan dihadiri oleh tetamu VIP dengan konsep standing parti maka berilah ruang atau tempat khusus secara terpisah untuk menjamu tetamu VIP agar keselesaan mereka terjamin. Jangan lupa untuk membuat sitting table yang telah didekorasi semanis mungkin, sehingga tetamu VIP dapat duduk santai menikmati majlis perkahwinan anda. Jumlah undangan VIP biasanya terbatas, maka dari itu kerusi yang diperlukan pun juga sedikit dan tidak memakan ruang yang terlalu luas.
Bezakan kad undangan VIP dengan tetamu lain
Sebagai bentuk penghormatan, maka bezakanlah antara undangan untuk tetamu umum dengan kad undangan untuk VIP. Desain undangan harus dibuat tersendiri dan berbeza bagi tetamu VIP tersebut secara detail. Bila perlu buatlah undangan yang agak mahal agar dilihat bahawa anda sangat menghormati mereka dan mengharapkan kehadirannya.
Berikan cenderahati khusus
Seperti undangan, cenderahati juga lebih afdal bila dibezakan khusus untuk tetamu VIP. Tak ada salahnya anda menaikkan standard cenderahati daripada tetamu undangan lain. Ini sebagai tanda anda menghormati mereka yang telah hadir di majlis perkahwinan anda.
Siapkan katering di ruang VIP
Kerana ditempatkan di ruang khusus, untuk memudahkan mobilisasi dan efisiensi keadaan maka katering juga perlu ditempatkan dekat ruang perkahwinan dihadiri oleh tamu VIP. Tidak perlu merasa rugi, kerana dapat dipastikan bahawa makanan yang berada dalam bufet tersebut pun tidak akan habis oleh para tetamu VIP. Nantinya makanan tersebut pun boleh dimakan oleh anda setelah selesai majlis perkahwinan.
Siapkan pelayan khusus di ruang VIP
Jangan lupa pula untuk menempatkan pelayan yang bertugas sebagai pemantau makanan untuk melayan tetamu VIP anda. Pelayan yang satu ini akan bertugas menyiapkan keperluan tetamu-tetamu VVIP dan melakukan refill atau isi ulang makanan yang telah habis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!