Perkahwinan bukanlah untuk sebuah kemewahan semata-mata, perkahwinan adalah penyatuan antara dua cinta untuk bersatu. Sudah tentu, setiap pasangan mengimpikan perkahwinan impian masing-masing. Namun, adakah berbaloi jika perkahwinan impian anda itu dihantui dengan ‘hutang’ semata untuk nampak kemewahan yang ada.
Bagi bakal pengantin, perkara ini adalah satu pembaziran yang tidak patut anda bebani untuk memasuki ke alam rumah tangga. Ikuti perkongsian daripada Puteri Kasim tentang bagaimana beliau menguruskan hal perbenlanjaan perkahwinannya.
gambar sekadar hiasan
Kakput just nak kongsikan apa yang kakput dah buat 3 tahun lepas dan kakput rasa berbaloi untuk kakput kongsi pada semua bakal mempelai yang nak mendirikan rumah tangga. Ramai sahabat yang terputus ditengah jalan tak sampai 5 tahun perkahwinan masih menanggung hutang kahwin yang menggunung. Nauzubillah minzalik…
1. Rancang betul-betul
Survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes. Selalunya last minit ni yang sauk je mana ada. End up over budget.
2. Buat ikut kemampuan
kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan baru sebagai suami isteri, banyak dugaan menanti kat depan. Takkkan anak da masuk tadika, hutang tak habis lagi bayar. Choose wisely. Ikut kemampuan bukan nafsu. say NO to loan.
3. Baju nikah RTW
Baju nikah beli kain and tempah je kat makcik tukang jahit asalkan cantik, sekarang butik btuik pun banyak jual baju RTW yang dah macam baju kahwin atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. lepas nie blh buat sewa untuk next bride pulak.
Ads
4. Hantaran dulang
Masa kakput dulu kakput tak buat dulang dulang ni. Kitorang terus beli barang rumah sebelum kahwin. Katil , peti ais, semua hantaran kakput buat beli barang rumah. Itu pun ambil yang biasa biasa je janji ada. Biasa masa tunang kita da berbalas dulang, nikah buat simple je. Ala lepas kahwin beli lah apa nak beli.
5. Pelamin
Pelamin ambil yang simple and nice, yang budget bawah RM1,000 pun ada. Ambil Pelamin biasa biasa je. kalau ada promotion lagi bagus. Khas untuk tangkap gambar kan?
6. Shoot and burn
Ads
Photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari hari pon, akhirnya berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !
7. Duduk berbincang dan fahamkan
Duduk dan bincang elok elok dgn family, nak buat yang wajib sahaja. Supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula mula mungkin tak faham, jika tak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mudah dan tak membebankan, my parent just nikah tanpa majlis gah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah. Jangan sebab hutang masa kahwin ni jejaskan hubungan kita suami isteri lepas kahwin.
8. Sama sama simpan duit
Please simpan duit, kalau korang suruh lelaki simpan RM10,000 utk hantaran, korang patut simpan RM10,000 juga untuk kenduri belah korang, supaya tak kering selepas kahwin, duit hantaran gunakan sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.
Ads
9. Jangan terlalu nak ikut trend dan angan-angan
Back to reality tak ade orang nak sponsor kau pon hahaha. yang mak mak jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jgn gunakan alasan sekali seumur hidup. Tak semua orang kahwin sekali ya, ingat tu.
10. Duit hantaran bukan hak milik keluarga
Jangan gunakan duit hantaran untuk majlis. duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin asyik bertengkar sebab duit.
11. Mak-mak jangan tekan anak sangat
Kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, ikut kemampuan je makcik. nie paksa anak mengalahkan anak gaji 5 angka . Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. Asalkan dah halal.
A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kajian yang dijalankan secara atas talian itu telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.
Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.
gambar sekadar hiasan
Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Wanita sebenarnya tak suka pun lelaki sado, lebih tertarik dengan lelaki macam ‘ayah-ayah’. Jadi korang lebih suka lelaki berbadan sado atau yang macam ayah-ayah? tak salah minat lelaki macam ayah-ayah asalkan bukan yang sudah berpunya ya!
Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu apa yang perlu anda lakukam sebelum, semasa dan selepas bernikah. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
SEBELUM AKAD NIKAH
Datang awal ke tempat akad nikah supaya anda lebih bersedia.
Pastikan bawa kad pengenalan dan mas kahwin.
Ambil wuduk.
Sagu hati kepada tok kadi dan saksi jangan lupa. Survey sekali berapa harganya.
Relaks, senyum, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
SEMASA AKAD NIKAH
Dengar dengan teliti khutbah nikah yang dibaca oleh tok kadi sebelum pernikahan bermula.
Saat paling mendebarkan bila upacara akad nikah bermula.
Bacaan taklik. Isteri perlu dengar betul-betul lafaz taklik ini dan suami perlu fahami apa yang dilafazkannya.
Jangan lupa berikan sagu hati kepada tok kadi dan 2 orang saksi tadi.
SELEPAS AKAD NIKAH
Solat sunat selepas nikah dahulu.
Penyerahan mas kahwin.
Upacara pembatalan air sembahyang – sarung cincin, gelang, rantai, atau barang-barang lain.
Bersalaman dan isteri mencium tangan suami.
Bersalaman dengan ahli keluarga lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila rumah tangga dah ‘berusia’, cinta pun makin suram. Akan ada cabaran dan ujian yang selama ini kita langsung tak sangka.
Nak-nak pula bila ada diuji dengan ‘orang ketiga’ yang muncul tanpa diundang. Masa ini, golongan isteri lah makn hati. Suami pula tiba-tiba jadi ‘tersuka’ tanpa sengaja.
Parah, akhirnya rumah tangga goyang! Haa… Sebab itulah pentingnya membelai cinta walau dah lama jadi suami isteri dan anak berderet. Cuba cedok ilmu rumahtangga daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini, mana tahu cinta yang suram makin meranum.
Rumah Tangga Dah ‘Berusia’
Suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu, hormon testosteron akan berkurangan dan menyebabkan sering berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropaus yang mengakibatkan kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah, cepat merajuk, mudah terasa tertekan dan mood yang berubah-ubah.
Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Mula Bosan Dengan Pasangan
Manakala dalam hal interpersonal pula, lelaki mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya yang semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya.
Malah, lebih menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalin hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” akan berlaku curang!
Fasa Menopaus
Bagi kaum wanita pula mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan. Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri.
Fokusnya lebih kepada ke“aku”annya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu, ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam ialah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga.
Selagi berpegang kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah, lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur.
Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu… maka kembalilah ke pangkal itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!