Tak Payah Membazir, Tauhu Boleh Tahan Lama Dengan Cara Ini

Share

Kalau kita terlupa nak masak, 2-3 hari pun boleh rosak dan berkulat. Jadi apa kata kita cuba tips simpan tauhu tahan lama oleh Teratak Hijab Labuh ni. Lebih seminggu pun masih elok tau!

TIPS SIMPAN TAUHU TAHAN LAMA. LEPAS SEMINGGU PUN MASIH ELOK!
Mak saya ajar jika nak tauhu dapat disimpan dengan lebih lama, boleh ikut petua ni.

1. REBUS
Mula-mula kita rebus dulu tauhu tu.

2. BIARKAN SEJUK
Bila dah siap rebus, angkat / toskan biarkan sejuk dulu.

3. SIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Tak perlu rendam dalam air pun.
Bila buat macam ni, tauhu boleh tahan sampai seminggu lebih dalam peti sejuk.

MUDAH KAN?
Bukan apa, saya ni selalu je terlupa nak masak tauhu awal-awal. Bila nak masak, tengok-tengok je dah busuk.Jadi lepas ni bolehlah kita cuba petua simpan tauhu tahan lama ni. Mungkin ramai lagi yang belum tahu dan mengalami masalah yang sama dengan saya.

Insha Allah dengan cara ini, dapatlah elak daripada membazir.

IKLAN