Selalu yang kita lihat, yang rajin mengambil gambar ni isteri, ke sana ke mari dia akan sentiasa  mengabdikan momen indah bersama. Lelaki ini kongsi, kenapa suami perlu sama-sama mengabdikan kenangan untuk masa depan.

Wahai para lelaki…
Perasan tak…
Bila kita membuka lembaran album foto-foto lama.
Dari nenek moyang kita sendiri misalnya.
Kita akan perasan satu perkara…

Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sikit-sikit snap.
Sikit-sikit snap.

Percayalah,
tak ramai suami yang tergerak hatinya
ingin memfoto wajah isterinya.
Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG.

Aku sendiri mengaku,
sering begini. Kita serupa.

Perasan tak,
betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini?

IKLAN

Sedangkan,
dia sendiri terlupa,
wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.

Satu hari nanti,
apa yang paling kita kecewakan,
album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu,
tentang siapakah seorang wanita,
yang berada di belakang kamera.

Ambillah fotonya.
Biarlah betapa malunya dia,
asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.

Wahai para suami,
Ada seorang wanita,
yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia.
Dialah ibunda kepada anak-anak kita.

IKLAN

Tetaplah terus menyimpan wajah itu.
Biarkan rambut berserabut,
tidak bersolek,
atau dengan T-shirt buruknya itu,
sebab…
itu semua tidak penting bagi anak-anak kita saat ketiadaannya kelak.

Apa yang lebih bernilai,
wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai,
lebih berbaloi untuk ditatap,
disimpan,
diawetkan ke dalam memori.

Memori,
mengajar kita tentang jerih-perih.
Tentang doa,
dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan.

IKLAN

Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.

Berbanggalah,
kerana punyai seorang isteri
yang sering di belakang kamera keluargamu.

Maka
di situlah tugasmu, para suami.
Snap wajahnya.
Kegembiraan.
Kesengsaraan.
Ketabahan.

sebelum punyai anak,
atau selepasnya.

sebelum di hujung nafas
yang entah bila kita dipisahkan-Nya.

T_T
.
.
.
Al Irfan Jani

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI