Bukan semua lelaki berani meluahkan perasaannya kepada pasangan. Sesetengahnya malu nak luahkan, malah sanggup menunggu pasangannya meluahkan isi hati dahulu kerana bimbang cintanya akan ditolak.
Zaman moden hari ini, tiada lagi istilah perigi mencari timba. Antara anda ingin hubungan itu diteruskan ke peringkat seterusnya ataupun dibiarkan begitu sahaja tanpa kesudahan.
Amir Syahir mewakili golongan lelaki berkongsi cara-cara bagaimana wanita boleh luahkan hasratnya kepada pasangan untuk ke next level. Ini cara-caranya.
Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu untuk menikah maka hendaknya ia menikah. Kerana menikah dapat lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan.
“AWAK SAYANG SAYA TAK? KALAU SAYANG MASUK LAH MEMINANG SAYA YE. JUMPA MAK AYAH SAYA”
“AWAK DAH SUDAH BERPUNYA?”
“AWAK, KITA DAH LAMA BERKAWAN, SELALU LUANG MASA BERSAMA, AWAK TAK NAK JADIKAN SAYA YANG HALAL UNTUK AWAK KE?”
SALAHKAH PERIGI CARI TIMBA?
Ada lelaki memang suka “simpan” perasaannya dan menunggu perempuan tanya soalan macam tu. Dia risau dirinya tidak padan dengan diri kau. Jika kau suka dan selesa dengan dia, kau tanya la terus.
Ada lelaki malu untuk meluahkan rasa cinta pada perempuan. Ada je lelaki macam tu. Jadi, perempuan boleh memulakan langkah.
Hati perempuan ni kalau kau selalu caring dia, selalu kata rindu kat dia tapi kau langsung tak kata apa-apa mesti dia terdetik;
“dia ni nak jadikan aku isteri ataupun hanya sekadar kawan baik?”
Dalam dunia dan zaman yang serba mencabar ini, tidak dinafikan ramai wanita yang masih belum mendirikan rumah tangga. Tambahan apabila sudah menjangkau usia hampir 30-an, para wanita pasti runsing memikirkan siapa jodohnya.
Ads
Wanita lebih rela menunggu daripada cuba meluahkan hasrat hati kepada lelaki yang mereka suka. Kerana kebanyakan masyarakat kita berpendapat jika wanita dahulu yang meluahkan hasrat hati seolah-olah wanita itu tiada maruah diri dan menyalahi adat.
Untuk mengelakkan persepsi sebegitu, perlu ada caranya. Tetapi jangan meluahkan rasa hati tu kepada suami orang pula. Itu mencari nahas namanya.
Lelaki memang bersepah. Tetapi nak cari yang bertanggungjawab, beriman dan penyayang agak susah. Cinta memerlukan keberanian. Keberanian di sini maksudnya sanggup, sedia, rela dan berterus terang.
Risiko yang perlu ditanggung hanya dua iaitu diterima atau ditolak. Jika jawapan si dia seperti yang kau harapkan, syukurlah. Tapi jika ditolak, ia bukan sesuatu yang memalukan ataupun sesuatu yang hina. Anggap sahaja dia bukan jodoh yang terbaik untuk kau.
Kau tengok dulu dia macam mana. Jika kau serasi dengan dia. Kau rasa dia mampu jadi suami dan ayah yang baik apa salahnya kan. Kalau dia caring tu, selalu mesej mesti dia ada hati juga dekat kau. Tapi kena reject okay la daripada duk menanti sebuah jawapan yang tak sudah.
Jika wanita mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baik budi pekertinya, perlu ada caranya. Antaranya :
Ads
Jika wanita mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baik budi pekertinya, perlu ada caranya. Antaranya:
1. Ikhtiar & Usaha
Untuk mendapatkan sesuatu perlu ada usaha. Jika kau menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki, gunakan orang tengah yang boleh dipercayai untuk menyampaikan hasrat tersebut. Misalnya seperti ahli keluarga ataupun kawan baik.
2. Bersedia Mental & Fizikal
Kau kena bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Hidup kau tak akan sama masa kau bujang dah. Kau juga perlu mencari ilmu rumah tangga.
3. Berdoa
Usaha mesti diiringi dengan doa. Berdoalah sentiasa agar Allah mempermudahkan urusan kau dan membuka hati si dia buat kau. Mintalah yang terbaik daripada Allah.
4. Mengharapkan Redha Allah
Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Jadi, sebelum membuat pilihan bagi tahu dulu dengan ibu dan bapa. Jika mereka redha dan merestui, InshaAllah jalan yang kau lalui juga akan lebih mudah dan diredhai Allah. Niatlah di dalam hati bahawa rumah tangga yang ingin dibina hanyalah semata-mata kerana ingin mendapat keredhaan Allah.
Ads
5. Berlapang Dada
Terimalah apa sahaja keputusan yang diperoleh dengan hati yang terbuka. Jangan nak marah-marah pula bila si dia menolak hasrat hati kau. Mungkin dia bukan jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz buat kau.
Jangan Tangkap Muat Je
Jangan tergesa-gesa hendak mendirikan rumah tangga hanya sebab melihat rakan-rakan sebaya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cerita hidup setiap insan berbeza. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
Kau jangan ingat berkahwin tu bahagia je sepanjang masa. Ada pasang surutnya. Jadi, carilah orang yang kau rasa betul-betul boleh hidup bersama dan mengharungi susah senang hingga ke akhir hayat. Jangan tangkap muat je.
Jodoh ini bukan soal siapa cepat dia dapat. Tetapi jodoh ini bila tiba masanya pasti akan dapat. Janji Allah itu pasti.
Gua tak suruh kaum makwe masuk meminang lelaki yang kau suka, hantar rombongan merisik ke, tapi cukuplah kau kata beritahu dia yang kau suka, sayang dia. Kau suruh lelaki yang kau sayang tu cepat-cepat masuk meminang kau. Biarlah ada ikatan yang sah.
Jadi, zaman sekarang ni mana ada perigi mencari timba lagi. Zaman sekarang kan orang dah pakai “shower”. Kah!
Kahwin bukan boleh main-main. Ia melibatkan hal tanggungjawab, maruah, harta, kehormatan, hubungan kekeluargaan dan hal dunia-akhirat. Ia bukan cinta semata-mata. Jangan tergesa dan jangan bertunda!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tengok tajuk, rasa geli pun ada tapi apa yang mungkin ramai tidak tahu mengenai kentut? Kentut adalah mekanisme tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Beberapa kajian juga mendapati bahawa kentut di hadapan pasangan akan membuatkan hubungan lebih tahan lama.
Mungkin tak ramai yang berani buat macam tu. Ada pasangan yang boleh menerimanya dan ada juga yang menganggap kentut dianggap perkara yang menjijikkan dan kurang sopan. Ini beberapa kajian yang menunjukkan mengapa kentut di hadapan pasangan membuatkan hubungan lebih bahagia dan bertahan lama.
Kentut membuktikan anda selesa dengan pasangan
Jika anda selesa untuk melepaskan kentut di hadapan pasangan ini bermakna anda tidak menyorokkan apa-apa atau berahsia dengan pasangan. Kita selalu nak nampak sempurna di hadapan pasangan tapi kita tak tahu yang sebenarnya dia juga perlu menerima kita keseluruhannya. Jadi apa salahnya kita uji mereka dengan cara ini sekali sekala kan?
Kentut menguji penerimaan pasangan
Penulis buku Psikologi Keluarga Leah DeCesare mengatakan bahawa hubungan yang sihat dalam keluarga merupakan satu ketulusan dan kepercayaan. Kenyataan yang dikutip dari Ozock ini menyatakan bahawa ketulusan itu dalam erti memahami apa-apa jua keadaan pasangan. Jadi, lepas ini kalau pasangan anda kentut di hadapan anda anggaplah ia sebagai satu lawak dan bahan jenaka. Terimalah setulus hati walaupun baunya kalau boleh nak lari keluar rumah!
Lebih selesa bersama pasangan
Leah Decesare mengatakan bahawa detik-detik pertama dalam perkahwina yang membuatkan suaminya rasa selesa adalah ketika kali pertama dia kentut di depan suaminya. Apabila anda bertindak sedemikian rupa, anda akan lebih rasa bebas untuk melakukan apa sahaja di hadapan pasangan anda.
Kentut adalah perkara semula jadi manusia
Perempuan selalu nak nampak cantik dan lelaki pula selalu nak kelihatan gentleman. Kentut sebenarnya tak mengubah keadaan menjadi sebaliknya. Kentut adalah perkara semula jadi seperti gelak, menangis dan makan. Harus diingatkan, kalau agak-agak anda rasa kentut anda bakal menggegarkan kawasan tersebut dengan baunya, at least, beritahu pasangan anda siap-siap. Mungkin dia boleh bersedia!
Lepas proses kentut selesai, meriahkan hubungan anda dengan ketawa bersama-sama. Mungkin ini boleh dimasukkan dalam memori manis anda berdua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia lepas kahwin tak akan sama dengan dunia bercinta. Walau cuma tentang tanya khabar, pasti akan berubah.
Bukan sebab tak sayang tetapi cukup banyak lagi benda penting yang nak kena susun dan ambil peduli. Hal hubungi si dia itu cuma secebis berbanding urusan harian sebagai suami isteri.
Dunia Lepas Kahwin Tak Sama
Kurang jelas dan kenapa jadi begitu? Nah, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak. Pasti anda akan lebih berlapang dada tentang hubungan suami isteri.
Ada kawan tanya, tak wassup wife ke time kerja?
Saya jawab ada, pagi sekali, dan petang sekali.
Waktu pagi dia tanya nak makan apa balik kerja nanti, waktu petang dia tanya nak balik kerja pukul berapa.
2 kali itu saja lah wassup dia dalam sehari.
“Eh, tak apa ke camtu? Si dia ok ke…?”
Dia ada kerja dia, kita ada kerja kita. Masing-masing buatlah kerja masing-masing. Nak berwassup macam orang baru bercinta, memang tidak lah.
Seminit sekali tanya, seminit sekali kena reply. Lambat reply nak merajuk, nak tuduh ada perempuan lain.
Bukan cara dan style kami berdua. Balik kerja nanti, sembang bertentang mata, cakap apa yang nak cakap, luah apa yang nak luah, cerita apa yang nak cerita.
Itu lebih berkualiti daripada sembang maya.
Punya Komunikasi Berbeza
Apa pun, cara setiap pasangan berkomunikasi itu berbeza. Ada yang selesa berbalas wassup setiap minit, ada yang selesa tak buat macam tu tapi still contact each other walaupun satu dua kali.
Ok ke tak ok cara itu, tanya pasangan. Jangan tanya member, kesefahaman itu antara kita dan pasangan, bukan kita nak fahamkan member.
Begitulah cara untuk bahagia dalam rumah tangga, jangan bajet alam percintaan sama dengan dunia selepas kahwin ya! Banyak lagi tanggung jawab lain yang nak kena fikir. Bukan pasal ‘contact awak saya’ sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita nasihatkan perempuan je kalau bab cari calon suami kan? Kali ini lelaki bernama Azizul Azli Ahmad kongsi, kalau jumpa perempuan atau gadis yang ada calon-calon ini, tolong jangan lepaskan.
JANGAN LEPASKAN GADIS INI
Jangan lepaskan gadis yang gayanya sederhana menawan jiwa ini.
1. Tak kisah kita naik moto atau ada kereta tempatan saja. Dia tak malu dengan apa yang kita ada.
2. Minat menyimpan dan faham apa itu pembaziran. “Ish bukan mahal ker minum kat stakbak tu?” soal dia bila kita cakap nak belanja disitu.
Jika dia nak mengelak cara halus, dia akan tanya “Dah ada sijil halal ker sini”?
3. Impian kawinnya sederhana, kenduri kawin bukan macam dalam rancangan Nona atau Mahligai Impian. “Malulah bang, saya tak pandai bergaya macam Fazura”
4. Lebih suka cerita nak beli rumah dari beg tangan LV dan gucci yang kawan pejabatnya beli. Baginya, beg tak penting, isi dalam beg lagi penting!
5. Kadang kala belanja kita sebab dia tahu kita tengah perit himpun belanja hantarannya.
6. Makanan yang dia minta semua yang sederhana, bukan yang mahal hipster tetapi cuma rasa macam tayar kereta. Jika makan, pilihan lauknya sederhana bukan tenggiri 16 rasa.
7. Tiap kali hari jadi tak pernah mintak hadiah mahal, “u wish pun i dah bahagia rasanya”. Sambil dia lari sembungi bawah meja, malu katanya
8. Bila tahu gaji kita kecil dia beri sokongan, sambung belajar, berniaga online dan doa agar kita berjaya.
9. Impian cutinya dalam negeri sahaja, paling jauh nak buat umrah dulu baru nak jalan kemana mana.
10. Mereka tak kisah kita ada rumah kos rendah dulu, baru ada rumah mewah. Dia tahu rumah itu keperluan.
11. Masuk waktu solat dia ingatkan kita, dah sembahyang atau nak masuk neraka cepat! .
12. Dia tak kisah nak lahirkan anak di hospital kerajaan, janji anak kita bersama!
13. Bila tanya nak hadiah apa? dia jawab “Nak u jer dalam hidup i”. Cair beb… ?
Tolong bawak mak abah jumpa mak dia cepat cepat. Gadis begini laris dipasaran sekarang. Lelaki setan jer yang tinggalkan gadis sehebat ini.