
Pemilihan baju untuk majlis kahwin kebiasaanya menjadi perkara yang amat merumitkan. Lagi-lagi zaman kini, rekaan baju kahwin kesemuanya cantik dan menjadi idaman bakal pengantin. Admin bagi saranan buat mereka yang tak tahu nak pilih baju konsep mana majlis sanding nanti.
Soalan:
Saya sebenarnya masih keliru dan runsing tentang busana akan digayakan di majlis persandingan nanti. Sama ada rekaan moden atau songket traditional. Saya bakal melansungkan majlis perkahwinan di rumah. Apakah yang boleh admin sarankan kepada saya.
Jawapan:
Hai cik. Membuat keputusan untuk memilih busana perkahwinan kadang kala menjadi semakin rumit. Lebih-lebih lagi apabila bercampur idea serta pendapat dari rakan dan keluarga . Apa yang boleh admin kongsikan, baju songket dalam suasana kenduri rumah bakal memberi sedikit tekanan. Anda harus fikir, anda bakal memakainya seharian . Fabrik jenis songket ini tebal dan bakal menimbulkan kegatalan jika anda berpeluh. Mungkin anda boleh cuba rekaan tradisional kontemporari. Penggunaan fabrik yang menyerap air amat diperlukan.
Top 10 Design Kasut Pengantin Meletop 2019 !

Kasut kahwin sememangnya penting untuk semua pasangan yang bakal berkahwin lenih-lebih lagi wanita kerana kasut wanita boleh didapati dalam pelbagai corak dan rupa. Ia membuatkan mereka sukar untuk membuat pilihan.
Anda di nasihatkan agar tidak memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk berjalan. Jadi kami ada pilihan untuk anda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi pada majlis perkahwinan anda.


Ada yang kadang kala memilih kasut kahwin yang cantik tetapi tidak kena dengan tema. Jika sebegini kemungkinan ia sedikit sebanyak akan mencacatkan majlis anda.








Tip Pilih Kasut Pengantin Supaya Selesa Masa Bersanding Nanti, Nak Pakai Sneakers Pun Boleh

Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting kerana korang akan memakainya sepanjang majlis bersanding berlangsung. Kasut yang tidak selesa akan memberikan impak yang negatif seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya.
Maka sebab itulah kita harus memilih kasut untuk majlis perkahwinan dengan teliti untuk di pakai di hari bahagia nanti.

Berikut dikongsikan tip penting memilih kasut untuk majlis perkahwinan. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
1. KESELESAAN
Ini adalah point nombor satu yang perlu korang titik beratkan. Pada hari perkahwinan korang nanti, korang akan banyak berdiri dan bergerak. Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki korang melecet.
2. KETINGGIAN DAN TUMIT
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika korang tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika korang masih ingin memakainya, mungkin korang boleh berlatih ‘catwalk’ dan membiasakan diri terlebih dahulu.

3. FABRIK
Sebagai pasangan raja sehari, pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika korang memilih busana tradisional, fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. STAIL
Walaupun ia adalah dari pilihan korang, pilihlah kasut mengikut citarasa dan gaya korang. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian korang pada hari tersebut. Korang berhak memilih untuk memakai apa yang korang mahukan.
5. CUBA SEBELUM BELI
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus diingatkan agar korang mencuba dulu kasut yang ingin dibeli. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin korang. Jika tidak sesuai dengan busana, korang masih sempat untuk membeli kasut yang lain.
JENIS-JENIS KASUT PENGANTIN:
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi dan warna putih sahaja, pengantin alaf ini punya lebih banyak pilihan. Berikut Wanista kongsikan beberapa koleksi kasut pengantin yang mungkin boleh dijadikan inspirasi semua bakal-bakal ratu sehari.
1.Stiletto
2.Wedges
3.Tumit Sederhana Tinggi

4.Kasut terbuka/bertali

5.Sneakers
Jika anda gemarkan gaya yang lebih santai, anda dan pasangan bolehlah menggayakan sneakers di hari bahagia nanti. Bagaimanapun pastikan sesuai dengan busana yang digayakan ya!

KOLEKSI TERBAHARU LARRIE BERTEMAKAN MILANO FLAIR
LARRIE telah memperkenalkan koleksi baharu bertemakan Milano Flair bersempena dengan Aidilfitri 2023. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni. Manakala koleksi untuk lelaki pula, LARRIE membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Kredit foto (top image): Pexels
5 Seleksi Anting-anting On Point Digayakan Di Hari Bahagia.

Subang atau lebih dikenali sebagai anting-anting merupakan pelengkap yang penting dalam dunia perkahwinan.
Pemakaian anting-anting melengkapkan aksesori pengantin perempuan yang tidak mengenakan hijab. Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya penampilan anda lebih menyerlah dan tampak elegan.
Edisi kali ini, Pesona Pengantin menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis meraikan cinta. Perlu diingat, pemilihan anting-anting yang bersesuaian dengan bentuk wajah juga memainkan peranan menyerikan lagi penampilan si raja sehari.
.
1.Teardrops
Drop earring atau anting yang memanjang ke bawah amat sesuai dijadikan pilihan bagi pengantin yang punya raut wajah bulat. Anting-anting jenis ini membuat wajah terlihat lebih lonjong. Hindari anting-anting yang terlalu sarat kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih padat. Anting-anting ini juga sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.
.
2.Cluster
Anting-anting jenis ini kelihatan seperti Stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.
.
3.Huggies
Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.
.
4.Dangle
Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.
5.Chandelier
Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah bentu hatii atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan raja sehari. Kebiasaannya,rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.
Jadi, bakal pengantin, ketahui bentuk wajah terlebih dahulu agar pemilihan anting-anting yang bersesuaian digayakan di hari istimewa.Elak jadi mangsa fesyen ok!