Ada orang sanggup menjatuhkan orang lain semata2 nakkan manfaat dan kepentingan diri sendiri. Memang kalau diikutkan kata hati, nak saja menyumpah seranah individu yang sebegini. Tapi sebagai umat Islam, tidak baik kita mendoakan keburukan walau dalam apa jua situasinya.
Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.
sekadar gambar hiasan
Jika menghadapi situasi begini, apa agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain.
Selalu dalam drama yang kita tonton, doa orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya “semoga dia mati dilanggar lori” atau “semoga keturunannya terseksa” dan macam2 lagi.
Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar…
Pertama, kita boleh memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.
” Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ”
Ads
Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.
” Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. ”
Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Pernah menonton ceramah dato’ siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma:
Ads
“jika kita ada berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi, dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu.”
Jadi dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi, janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari azab di akhirat kelak.
Perkahwinan bukan sekadar membuka rezeki buat kedua-dua pasangan tetapi ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi. Sebenarnya, pahala lebih mudah untuk kita miliki selepas berkahwin. Walaupun sekadar membuat pasangan kita tersenyum, itu sudah boleh menambah pahala kita.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan contoh. Baginda merupakan seorang suami yang sentiasa menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang kebaikan baginda sebagai seorang suami.
Ini antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah yang boleh dijadikan contoh kepada para suami di luar sana. Semoga bermanfaat!
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Baginda berlumba lari dengan Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang. (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy)
Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, menjemur baju, sapu sampah, basuh pinggan) ketika baginda berada di rumah. (HR Bukhari)
Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab baginda, “Bapanya”. (HR Bukhari)
Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya. (HR Muslim)
Melayani isteri ketika sakit malah baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis. (HR Nasaa’iyy) Adakalanya baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat. (HR Muslim)
Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu. (HR Bukhari)
Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik. (HR Muslim)
Apa itu musibah? Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Sesuatu yang biasanya tidak disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita.
Tapi apa yang pasti, semua orang akan mengalami musibah, tetapi dalam bentuk yang berbeza dan sesuai dengan kekuatan diri masing-masing. Allah menyebut di dalam surah Al Baqarah: ayat 286 yang antaranya bermaksud ” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”
Jadi, perkara pertama yang perlu kita letakkan dalam kotak minda kita apabila ditimpa musibah adalah ianya datang daripada Allah dan pasti kita akan dapat menghadapinya.
Sebelum Musibah
Musibah sememangnya tidak dapat diduga oleh manusia. Ianya boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan sekiranya musibah datang melanda diri kita. Antara perkara yang perlu sentiasa kila lakukan untuk memberikan kita kekuatan sebelum menerima musibah adalah:
Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.
Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.
Selepas Musibah
Apabila musibah melanda, itu adalah menjadi tanda kepada 2 perkara. Sama ada musibah yang melanda adalah merupakan satu ujian atau merupakan satu penghapusan dosa. Oleh itu apabila berlaku musibah, ini adalah perkara yang boleh kita lakukan.
Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahi-wa-inna-ilaihi-rojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah.
Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa?
Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan Allah.
Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih sayang seorang suami kepada isteri sebenarnya akan mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakitkatnya itu adalah benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumah tangga itu bahagia dan saling melengkapi.
Ini antara 4 perkara seorang suami harus tahu dan ambil peduli agar lebih mencintai isterinya supaya rezeki mengalir macam air!
1) Melahirkan tanggungjawab untuk mencari rezeki
Bila kita jatuh cinta dengan seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya. Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya kerana bekerja keras akan membuatkan isterinya merasa bahagia.
2) Allah sayang
Sudah tentunya Allah lah yang memberikan rezeki apa yang kita ada pada hari ini. Tanpa redha Allah, kita tidak akan peroleh apa yang ada pada hari ini. Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencinta suami sepenuhnya, itu akan mendatangkan rahmat Allah.
3) Mendapat ketenangan dalam rumahtangga
Bila si suami pergi bekerja mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Cuba bayangkan konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Senang sahaja nak dapatkan ketenangan ini. Apabila suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan.
4) Merasa cukup
Ini adalah antara benda paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki anda. Walaupun rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup. Bila seseorang suami benar-benar menyanyangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...