
Setiap orang akan mengalami stress, tekanan perasaan yang akan sesekali singgah dan pergi. Namun sejauh mana kita mampu mengawal stress dan sudah pasti setiap orang tidak mengalami tekanan yang sama.
Ada sesetengah orang mengalami tekanan yang biasa-biasa sahaja, namun ada yang mengalami tekanan yang sangat teruk sehinga memudaratkan diri sendiri.

Kajian telah dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.
Ini kerana, mereka yang tengah mengalami stress akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.
Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.
Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.G
“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.
Orang Tidur Awal Dikatakan Lebih Bahagia

Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari.
Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia.
Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,
Turun Berat Badan
Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan.
Mudah rasa tertekan
Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Susah Tidur
Kosongkan fikiran
Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur.
Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang
Beristirehat waktu malam
Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda.
Elakkan minum air berkafein
Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur.
Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur.
Elakkan Dari Bunyi Bising
Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising.
Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.
Riadah waktu petang
Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga.
Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata.
Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa
Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur.
Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur.
Baca Doa Sebelum Tidur
Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t.
Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang.
Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda. Sekian petikan dari Myinfoharian.com
Ikut Petua Mudah Dengan 2 Bahan Ini, Boleh Singkirkan Lemak & Buat Perut Kenyang Berpanjangan!

Berat badan yang susah nak turun memang boleh memberi tekanan tak kira pada wanita atau lelaki. Tambah merunsingkan kalau dah macam-macam usaha dibuat namun kesannya tetap tak berhasil.
Jangan bimbang kerana perkongsian daripada Zamira Mohammad Ali ini sedikit sebanyak boleh membantu anda menyingkirkan lemak-lemak degil yang lama bertapak dalam badan anda tu, selain dijadikan detox, buat anda kenyang berpanjangan dan memberi kesan lawas ibarat anda memakan 10 biji betik.
Nak kulit wajah glowing dan sentiasa tampak muda jelita pun boleh dengan mengamalkan petua ini. Menurut Zamira atau mesra dipanggil Kak Migha, dia mengamalkannya sebagai suplemen tambahan untuk ibu-ibu mengandung.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya kerana ia cukup mudah untuk didapati dan kosnya murah.
~ Nak rasa kenyang berpanjangan?
~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh try resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu bekfes pun hokkay 😉
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
CHIA SEED (superfood) + KURMA
Resepi ni buat malam taw. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Cara buat ada kat setiap gambor k.






Elak 3 Cara Salah Pakai Maskara Kalau Nak Mata Cantik

Pemakaian maskara bukan sekadar menyikat bulu mata untuk tampak cantik, melentik, panjang dan memukau.
SEKIRANYA ANDA MEMAKAI MASKARA DENGAN CARA YANG SALAH AKAN MEMBUATKAN PENAMPILAN WAJAH KELIHATAN TUA DAN MATANG.
Oleh itu semak tiga tip ini agar anda tidak mengulangi kesalahan yang sama.
1. Tidak Mengoles Maskara Hingga Ke Akar
Ada sebahagian wanita yang mengoles maskara hanya pada hujung bulu mata ataupun bahagian paling tengah sahaja. Cara yang betul, bulu mata harus dioles dengan maskara dari pangkal akar bulu mata hingga ke hujung bagi mengelakkan ia bergumpal di bahagian tengah.
2. Oles Maskara Pada Bulu Mata Yang Pendek
Bagi yang memiliki bulu mata di bahagian bawah yang agak pendek, jangan sesekali memaksa diri untuk mengoles maskara. Sekiranya anda berdegil, sapuan maskara itu boleh terkena kulit di bawah mata sekali gus mencomotkan penampilan kerana kantung mata anda akan tampak gelap seperi mata panda.
3. Tunggu Sehingga Kering Sebelum Ulang Sapuan
Setelah mengoles maskara pada bulu mata, tunggu sehingga ia kering terlebih dahulu sebelum mengoleskannya semula. Jangan oles berkali-kali sebelum ia betul-betul kering bagi mengelakkan ia bergumpal ataupun bulu mata anda melekat antara satu sama lain.