
Tema berkonsepkan pampas memang jarang sekali kita dengar dan lihat. Pampas atau lalang ini digunakan sebagai hiasan dekorasi di pelamin perkahwinan. Ia adalah lalang yang telah dikeringkan kemudian dijadikan sebagai hiasan.
Namun, pemilihan pampas ini bukan mudah kerana perancang perkahwinan perlu memilih lalang yang betul-betul sesuai untuk diletakkan. Kebiasaannya mereka akan pilih yang gebu dan tebal untuk menghias.
Tips Pemilihan Pampas
1. Pampas kebiasaannya digandingkan dengan unsur hijau ataupun daun-daun mati.
2. Pilih lalang yang gebu dan tebal daripada yang nipis. Biasanya boleh dapatkan pada florist.
3. Seeloknya keringkan lalang terlebih dahulu untuk mendapatkan bentuk yang lebih gebu dan hasil hiasan lebih cantik.
4. Jangan letak bunga berwarna-warni kerana ia tidak sesuai dipadankan bersama lalang.
5. Padankan bersama bunga segar atau tiruan yang berwarna putih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tema ini jangan lupa menonton Pesona Pengantin musim ke-3 bersama hos Uyaina Arshad. Setiap hari isnin jam 12.30 tengah hari di astro prima ok!
Pesan Lelaki Ini, Masa Bercinta Tolong Elakkan Buat 10 Perkara! Kalau Dah Tunang, Lain Cerita

Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, masa bercinta cuba elakkan buat perkara ini pada pasangan. Terutama sekali bab kewangan! Kalau dah tunang tu lain cerita. Memang niat kita ingin membantu tetapi kita tidak tahu sejauh mana hubungan itu mampu pergi.
Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Bercinta
**********************************************
Edisi Pengurusan Kewangan
Jika kau masih muda dan sedang bercinta, sila bercinta secara bersederhana. Jangan terlampau menyayanginya.
Mungkin kau duk jaga jodoh orang. Kalau putus di tengah jalan, karang susah nak move on. Memang dia paling kau cinta tetapi biar berpada-pada.Masa bercinta jangan lebih-lebih serupa kau dah berstatus suami isteri.聽
.
Jangan lakukan ini jika kau belum sah lagi berkahwin dengan si dia :
- Jangan beritahu jumlah wang simpanan kau. Karang asyik nak pinjam je kerjanya.
- Jangan kongsi duit beli kereta. Kau sayang dia setinggi langit pun, jangan tolong bayar deposit kereta dia. Karang kau tahu dia ada orang lain, mula la nak meroyan.
- Jangan kongsi duit untuk bayar deposit rumah. Kongsi untuk belanja kahwin takpe.
- Jangan kongsi beli rumah pertama. Lepastu letak nama dia. Last sekali kau yang merana.
- Jangan berhutang untuk makwe/pakwe. Kau sayang dia pun, tak payah sampai sanggup berhutang untuk dia.聽
. - Jangan bagi pinjam wang lagi jika hutang pertama dia masih belum langsai.
- Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kenduri kahwin. Nanti anak dah masuk tadika pun belum habis bayar lagi.
- Jangan jadi penjamin pada hutangnya. Tapayana tunjuk pengorbanan kau sangatlah masa bercinta ni.
- Jangan terima cintanya jika hutangnya bersepah. Jangan bangga sangat kalau pakwe kau ada tiga kad kredit. Entah-entah tunggakan kad kredit dah lebih RM20K.
- Jangan suka sangat pakwe kau ada kereta import mewah, bayaran dia belum tentu cantik setiap bulan.
***
Masa bercinta kau tak perlu jadi lilin. Sanggup berhutang sana sini untuk tengok pasangan kau berjaya.
Dah tunang boleh la kau nak tolong sekadar yang mampu. Ini tidak, bercinta baru sebulan tetapi dia dah minta tolong macam-macam.
Setiap bulan dia pinjam duit kau. Macam-macam alasan dia bagi. Mak cik sepupu dia meninggal lah, adik kawan Wechat dia masuk hospital lah.
Karang kena tipu karang mula la duk cakap lelaki semua sama. Padahal kau mudah tertipu dan ditipu. Pujuk rayu sikit dah goyang. Kah!
Share jika bermanfaat | Tag BFF perempuan kau聽馃槉
[ASY]
Naikkan Seri Wajah Pengantin Dengan 6 Tip Mudah Ini! Paling Penting, Buat Sebelum Nak Kahwin

Hari perkahwinan merupakan momen yang cukup penting dalam seumur hidup. Detik inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang sedang hangat bercinta. Jadi, tidak hairanlah semua pasangan pengantin ingin tampil cantik dan sempurna sehingga ribuan mata tetamu terpegun melihatnya!
Sebagai bakal pengantin, ada beberapa petua perkahwinan yang perlu anda praktikkan jika mahu naikkan seri dan tampil penuh berkeyakinan di hari istimewa itu nanti. Jom lihat rahsia dan tip mudah ini.
1. PENJAGAAN WAJAH
Supaya wajah kelihatan lebih segar, sebaiknya lakukan perawatan wajah seperti facial sebulan atau tiga minggu sebelum majlis perkahwinan. Sebelum melakukanya, dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Apatah lagi, jika muka ada mempunyai masalah seperti jerawat, berminyak dan sebagainya. Kehadiran jerawat bukan sahaja boleh merosakkan penampilan, bahkan membuatkan anda hilang keyakinan diri pada hari perkahwinan. Walaupun boleh disembunyikan dengan mekap atau solekan, namun tidak sepenuhnya. Jika jerawat anda dalam keadaan parah, selain menjaga pemakanan anda juga perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kulit. Dengan nasihat, ubat-ubatan serta produk yang bertepatan, anda akan berjaya menyingkirkan jerawat sebelum hari perkahwinan anda.
2. MANTAPKAN HATI
Hindari stres dan jangan terlalu banyak berfikir. Stres akan mempengaruhi keadaan kulit, rambut dan juga suasana hati anda. Anda telah memilih si dia sebagai teman sehidup semati, jadi cuba mantapkan hati dengan sebaiknya. Ikhlaskan diri anda untuk terikat dalam sebuah perkahwinan. Jika anda masih ragu-ragu dengan perkahwinan ini, ia akan mempengaruhi aura anda di hari pernikahan nanti. Kecantikan anda tidak akan terpancar sepenuhnya walaupun anda telah didandan cantik.
3. MASALAH RAMBUT
Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Elakkan daripada memakai pengering rambut terlalu kerap dan tahan diri daripada menggunakan produk-produk styling rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya. Cubalah potong rambut anda setiap enam bulan untuk mencegah rambut daripada bercabang atau ‘pecah-pecah’. Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentunya tidak ingin penampilan di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia terjadi, lebih baik anda rawat dengan segera.
4. PEMERIKSAAN GIGI
Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari perkahwinan adalah gigi. Pada hari istimewa itu anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan oleh tetamu. Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari masih tidak mencukupi. Anda perlu berjumpa doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk.
5. PEDICURE & MANICURE
Kebanyakan wanita mengabaikan perawatan ini sedangkan tangan dan kaki penting kerana ia boleh merosakkan penampilan anda di hari bahagia. Sebelum hari perkahwinan, lakukan rawatan pedicure dan manicure agar kaki serta tangan anda kelihatan bersih, cantik dan rapi.
6. TUBUH FIT
Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh ideal di hari bahagia. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangkan rasa stres. Anda boleh pergi ke gim untuk bersenam dan mendapatkan bentuk badan yang menjadi idaman anda. Jika tidak pun, lakukan senaman di rumah seperti naik tangga, skipping, menari dan sebagainya. Dengan melakukan senaman, badan akan mantap dan tidak gelebeh apabila menyarungkan pakaian kahwin nanti.
Ini Rupanya Petua Nak Buat Teh Tarik Yang Sedap & Padu. Kalah Kedai Mamak!

Sebut sahaja tentang teh tarik, pasti anda terbayang aromanya yang memikat serta kemanisannya apabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu!
Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Buatlah berapa kali pun, tetap tidak akan sama rasanya. Seperti ada yang kurang.
Namun, mungkin selepas ini anda boleh kuasai cara untuk membuat teh tarik yang sedap berdasarkan resipi yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi menerusi laman Facebooknya. Posting ini telah meraih 4.7K perkongsian dan 1.4K likes.
Jom kita baca apakah rahsianya untuk buat teh tarik yang sedap & ‘kaw’ ala kedai mamak.
Dah 30 tahun hidup, saya masih tak pandai buat Teh Tarik. Itu hari saya balik Pahang, saya tengok Mak Ngah dan Mak We bancuh air teh susu. Pehh memang berebut orang minum. Saya tanya diaorang apa resepi kejayaan air teh panas yang sedap.
Nahh inilah hasilnya. Sedap bak hang. Sebijik macam ngeteh dekat kedai. Musim-musim PKP ni, eloklah kita kalau kita ngeteh di rumah saja. Sahut seruan TSMY #DudukRumahDiamDiam
Bahan-bahan:
- Teh serbuk
- Susu cair
- Susu pekat manis
- Air panas
Cara-caranya:
Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
Masukkan air panas hingga penuh.
Tunggu sekejap bagi kembang.
Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Kemudian, letak susu pekat. Saya letak 5 sudu susu pekat manis. Baru kaw.
Letak susu cair sikit. Jangan banyak sangat, nanti terlebih lemak tak sedap pula.
Kacau rata. Masa tengah kacau tu, selawatlah.
Nahh inilah kejadiannya Teh Tarik Cinta. Terima kasih Mak We dan Mak Ngah, kini saya dapat riak dan takbur berkongsi resepi di muka buku.
Selamat mencuba!
Sumber: Nazia Suhaimi