Kamar tidur merupakan sebuah bilik di mana biasanya kita menggunakan masa yang banyak di dalamnya. Buat pengantin baharu yang masih di alam bulan madu tentunya ruang ini menjadi sudut untuk memadu kasih selain merupakan ruang peribadi untuk kalian berdua menyalurkan rasa cinta.
Dalam masa yang sama juga selain untuk tidur, kamar utama juga merupakan tempat yang paling selesa daripada bilik rumah yang lain. Akan tetapi kebanyakan kamar tidur mempunyai saiz yang sangat terhad. Apabila penataan kamar tidur tidak sesuai ia akan memberi kesan kamar tidur terasa lebih sempit dan tidak selesa. Oleh itu, amat penting untuk menyusun atur semula bilik tidur anda agar ia mampu memberikan magis yang tersendiri.
Sebenarnya banyak cara menata kamar tidur secara sederhana bagi memberikan kelesaan kepada pemilik kamar. Berikut lima cara yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur semula bilik tidur agar menjadi lebih selesa semasa anda berada di dalamnya.
Ads
Pilih Kertas Dinding Berbanding Cat
Anda boleh menggunakan kertas dinding pada kamar tidur anda. Paling utama, buat pilihan yang tepat atau pilih kertas dinding sesuai dengan selera anda. Penggunaan kertas dinding sangat disarankan daripada menggunakan cat kerana harga kertas dinding jauh lebih murah jika dibandingkan dengan cat. Selain itu motif daripada kertas dinding saat ini juga sudah banyak dan pilihan warnanya pun berbeza-beza.
Langsir
Pilihlah langsir jendela yang sesuai dengan reka bentuk kamar tidur anda. Penggunaan langsir yang tidak sesuai akan memberi kesan yang tidak selesa, maka dari itu reka bentuk yang sesuai sangat diperlukan. Dengan reka bentuk dan juga warna yang sesuai akan memberikan kesan moden pada kamar tidur anda.
Ads
Bidai
Terdapat berbagai jenis bidai antaranya bidai gulung, bidai menegak, bidai kayu atau buluh, bidai aluminium dan langsir Roman Blind (langsir bidai). Anda boleh memilih bidai yang sesuai dengan citarasa anda. Paling penting, ia selesa dan sedap mata memandang.
Ads
Ubah Atau Perbaiki Perabot Sedia Ada
Ubah atau perbaiki perabot yang ada pada kamar tidur anda. Pilihlah perabot yang mempunyai ukuran sedikit lebih kecil agar kamar tidur anda mempunyai kesan yang lebih luas. Penataan perabot pada kamar tidur anda harus sesuai agar tidak mengganggu aktiviti anda. Penempatan yang baik juga boleh memberi kesan mewah pada kamar tidur anda.
Pindah Barang
Pindahkan barang yang tidak berguna dari kamar tidur. Apabila mempunyai kamar dengan saiz yang sedikit terhad, barangan yang terkumpul boleh membuatkan keadaan menjadi tidak selesa.
Inilah lima tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur kamar tidur anda agar menjadi lebih selesa walaupun mempunyai saiz keluasan yang terhad.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terujanya masuk rumah baru. Walaupun rumah bersaiz kecil tapi bila duduk rumah sendiri rasa lebih selesa dan tenang. Biasanya bila masuk rumah baru, ramai akan memikirkan dekorasi dan konsep kediaman yang diidamkan.
Cat rumah, sofa, meja makan dan peraltan lain diletakkan dalam list keutamaan sebelum menjejak kaki ke rumah baru. Tetapi, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi tip, apa sebenarnya yang perlu anda pertimbangkan sebelum masuk rumah baru.
PANDUAN RUANG DALAMAN FLAT, APARTMENT DAN KONDO BARU BELI
Saya dijemput melihat kediaman baru sahabat saya ditengah kota raya.
Pandangan saya sebelum membeli ;
1. Sebaiknya dapur tidak dihadapan pintu masuk. Budaya masak kita tidak seperti orang barat. Mereka tidak guna belacan waktu memasak.
2. Pastikan kedudukan siling melebihi 8 kaki. Tujuan pengudaraan yang baik dan pemasangan kipas. Jangan hilang tangan bila bukak baju bawah kipas.
3. Sebaiknya pintu bilik tidur tidak mengadap pintu masuk atau ruang tamu. Persoalan batas aurat penghuni nanti
4. Orentasi kiblat tidak menuju kebilik air. Pastinya kita tidak mahu sujud kearah tandas.
5. Sebaiknya unit jauh dari lift, tangga atau tempat pembuangan sampah.
6. Matahari lepas jam 2 tidak menghadap ‘balcony’, bilik tidur atau ruang tamu. Bahang panas akan terasa hingga malam. Isteri akan seksi sepanjang malam, itu rezeki.
7. Ruang letak kereta yang mencukupi. Jika dapat dua lebih diberkati.
8. Elak beli kediaman yang terlalu tinggi. Masalah tekanan air dan bumbung sebagai pendebat haba dan resapan hujan.
9. Jangan buat pengubahsuain sebelum masuk. Dah duduk baru kita tahu dimana tak selesanya.
10. Pastikan bilik air lebih dari satu.
11. Jika rumah untuk pelaburan, sebaiknya 3 bilik 2 bilik air sebagai permulaan.
12. Jangan beli yang terlalu besar jika baru hidup berdua. Cukuplah 3 bilik 2 bilik air.
13. Jangan beli perabot terlalu besar kerana sukar untuk dipindahkan. Skala apartment berbeza dengan skala rumah banglo.
14. Ada duit pasang kabinet dapur sebelum masuk agar ruang dapur lebih terjaga dan hati isteri gembira.
Moga lebih teliti dalam membeli. Ingat selepas keputusan berkahwin, keputusan untuk membeli kediaman antara keputusan terpenting kerana melibatkan hutang 20 hingga 35 tahun lamanya.
Semua ini dapat dilihat dari pelan kediaman sebelum kediaman disiapkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukulen merupakan sejenis tumbuhan yang secara aslinya tumbuh di kawasan yang kering seperti padang pasir dan kebiasaanya tidak tumbuh besar. Ia mampu menyimpan air dalam jangka masa yang cukup lama. Ia juga mempunyai bunga yang rata-ratanya berwarna cerah.
Dari sudut kreatif, tumbuhan sukulen ini boleh digunakan dalam perbagai cara samada dijadikan bunga tangan, dekorasi centrepiece, gubahan hantaran mahupun sebagai cenderhati buat tetamu untuk sesuatu majlis.
Sukulen pada bunga tanganSebagai dekorasi Centrepiece
Penyeri hantaran perkahwinanDekorasi pada kek perkahwinanDoorgift buat tetamuDijadikan boutonnieres atau korsaj
Padanan bunga dan dedaunan yang sepadan bersama tumbuhan sukulen boleh menghasilkan gubahan yang memukau. Apa yang anda perlukan hanyalah kreativiti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pelamin itu sangat lah memainkan peranan yang penting. Tambah pula dengan zaman sekarang yang boleh dilihat dengan pelbagai reka bentuk pelamin itu sendiri.
Tidak kita ketinggalan pelamin cucuk sanggul yang masih digunakan hingga ke hari ini. Walaupun sudah digunakan lama namun hari ini mereka datang dengan idea dan corak yang baru. Memang cantik dan meletop! Lihat saja ini.
Sumber : Rizal Hakim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!