
Memang selalunya kita beli siap-siap makanan ringan seperti nugget untuk dijadikan hidangan simple untuk anak-anak di rumah. Tapi tidak salah sebagai seorang suri rumah anda cuba membuatnya sendiri. Selain dapat mengurangkan bajet bulanan, malah hasilnya juga lebih banyak dan tanpa bahan awet. Ini resepi perkongsian Noor Liyana semoga mampu beri manfaat kepada semua.
Tempura Nugget Homemade..

Asalnye nk buat sausage.. tp xde plastik aiskrim tu, jd terjadi lah nugget ni.. hehe.. lembut, xde lemak atau keraguan sbb totally isi aym bhgian dada yg digunakan.. senang nk buat tp leceh sikit part nk ptg aym kecik2 sbb sy blend guna blender biase je..
bahan2:

1. isi ayam (sy pakai bhgian dada dipotong kecil2) dlm 700gm
2. telur 2 biji
3. bawang putih 5 ulas
4. bawang merah 2 biji (saiz sedang)
5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nk byk mana
6. tepung ubi kayu 3 sudu
7. garam dan perasa (ikut suka)
8. tepung goreng serbaguna (sy guna brand aroma. sdp sbb die ade rse pds2 sikit. brand aji pun sdp.)
9. sedikit butter
cara2 membuat:

1. blend semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau x, boleh guna blender. tp blend perlahan2 sbb tkut blender rosak.

2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, sy ade sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan)

3. kemudian, potong nugget cake mengikut saiz n bentuk yg kite suka.
4. bancuh tepung serbaguna dengan air. jgn pekat sgt n jgn cair sgt supaya nugget tersalut dengan sekata.
5.celupkan nugget dalam tepung serbaguna, n goreng sehingga garing.

kalau nk rasa lebih sihat, boleh juga grill nugget cake tu..
selamat mencuba..
Jodoh, Zuriat Merupakan Perancangan Allah Yang Diatur Sebaiknya Untuk Hambanya

Bila sahabat minta tolong doakan minta dipercepatkan jodoh, minta tolong doakan biar cepat hamil, saya selalu bisik dalam hati, insyaAllah Allah akan Beri, apabila sampai waktunya nanti. Kalian hambaNya yang baik, pasti Allah bungkus cantik-cantik sebelum ‘hadiah’ itu diberikan kepada kalian nanti.
Boleh jadi Allah tidak beri sekarang kerana Allah ingin mempersiapkan kita dari segi emosi, fizikal, ilmu & amalan agar apabila direzekikan jodoh & zuriat kelak, kita mampu menggalas amanah sebagai pasangan & ibubapa yang berilmu & beriman.
Ramai orang kahwin, tapi tak semua dapat meningkatkan keimanan dengan perkahwinannya.
Ramai orang beranak, tapi tak semua mampu mendidik anak dengan ilmu, akhlak & kefahaman agama.
Ramai orang kaya, tapi tak semua mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat, bangsa, agama & negara.
Ramai orang berilmu, tapi tidak bermanfaat untuk sesiapapun termasuklah dirinya.
Maka, mintalah kepada Allah apabila Dia Beri, berilah kepada kita dengan keadaan Dia redha & kita juga diberikan kefahaman agama.
Waktu itu kita akhirnya faham, bahawa pasangan & zuriat itu adalah amanah yang sangat besar. Waktu itu kita akan faham mengapa Allah Beri sekarang, kenapa tidak semalam. Kita akan faham, kenapa Allah tidak berikan setahun yang lepas.
Kadang kita rasa lelah, memberontak, dah hilang sabar apabila segala perancangan kita tak mengikut kehendak kita.
Dicari-cari, tak jumpa juga apakah hikmahnya. Susahnya untuk memujuk diri.
1) Mungkin sekiranya kita tak diuji dengan rasa penatnya hidup di dunia, kita akan terus mencintai dunia & bertambah tamak untuk mengejarnya.
Mungkin kerana itu Allah uji ketahanan kita, uji kesabaran kita. Sampai satu tahap, kita rasa seperti dah tak mampu, namun Allah tetap izinkan untuk kita melepasi detik sukar itu.
Rupanya, Allah mahu kita capai redha dulu barulah Dia beri. Dengan cara yang paling baik, pada masa yang terbaik. Subhanallah.
2) Sedangkan hendak minta daun kari dengan jiran sebelah rumah pun kita perlu usaha untuk keluar rumah, ketuk pintu jiran & minta keizinan. Inikan pula hendak meminta pertolongan dari Tuhan yang Menciptakan kita.
Tentu Allah nak lihat bagaimana santun akhlak & kerasnya usaha kita kembali kepada Dia. Mohon pertolonganNya. Merasakan kita ini hambaNya yang lemah & sentiasa memerlukanNya.
Bersangka baiklah pada Allah. Walau payah, walau beratnya Allah sahaja yang Tahu. Allah takkan pernah menzalimi hambaNya.
3) When Allah says ‘Yes’, no matter how we feel, even we think that it is impossible, everything will still be & if Allah says ‘No’, or ‘Not Yet”, no matter what we do, no one could help us.
Everything happens by the will of Allah. Whatever He wills happens, and whatever he does not will does not happen.
Jika Dia Beri, itulah yang terbaik.
Jika Dia belum Beri, itulah juga yang terbaik.
Kita kena yakin bahawa pemberian Allah itu sentiasa tepat pada masanya.
Kita kena yakin bahawa Allah Lebih Mengetahui segala-galanya kerana pengetahuan kita tersangatlah terhad.
All things belongs to Allah, forever & ever. We ourselves are too powerless over things that are beyond our control.
4) Ask Allah to grant us to be patient with a beautiful patient.
Tidak kira apa ujian yang sedang kita lalui, apa keadaan yang sedang kita depani, kadang rasa dah tak boleh move on, kadang rasa dah tiada siapa yang menyokong & faham. Percayalah… this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed.
Pada saat kita dah tak mampu nak bersuara apa, hanya air mata sahaja yang jatuh membasahi tempat sujud, waktu itulah Allah paling dekat.
Allah Heard the most in our weakest condition.
Call on Allah. He will surely answer you.
.
“They plan, and Allah plans. Surely, Allah is the Best of planners.” (Quran 8:30)
After all, just trust in the beautiful plannings of Allah. Indeed, He knows best for us. InsyaAllah.
Have faith.
Allah loves you.
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
SUMBER : Intan Dzulkefli
Jika Ada 7 Tanda Ini, Menunjukkan Suami Anda Bahagia Dalam Perkahwinannya

Sebuah perkahwinan yang bahagia ialah apabila suami dan isteri saling berkongsi rasa kasih sayang mereka dalam rumah tangga. Sama ada ia diucapkan dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan . Ia jelas menunjukkan betapa pentingnya si dia dalam hidup anda. Inilah tujuh tanda yang menunjukkan bahawa suami anda bahagia.
1.Sering menghubungi
Bila dia keluar untuk urusan perniagaan, dia akan menelefon setiap hari untuk menyatakan kerinduannya kepada anda. Seorang suami yang bahagia dalam perkahwinannya benar-benar merasa kehilangan isterinya bila dia berjauhan. Dia ingin berada dekat dengan anda. Dia tak sabar untuk pulang dan bertemu anda lagi. Dia mengucapkan kata-kata penuh sayang di telefon dengan tulus. Dia 100 peratus setia kepada anda.
2.”Aku sayang kamu”
Setiap hari dia mengucapkan “aku sayang kamu,” begitu juga anda. Anda berdua tidak pernah bosan menyatakannya. Dia tidak seperti suami lain yang isterinya mengeluh sesudah berkahwin beberapa tahun, “ Awak tidak pernah sebut cintakan saya,” lalu si suami menjawab, “Kan sudah saya katakan semasa kita menikah, jika keadaan berubah, saya akan memberitahu awak.” Ini bukan caranya seorang suami yang bahagia. Dia menyatakan cintanya kerana ingin anda tahu hal ini setiap hari. Dia mengatakannya kerana dia merasakannya dalam lubuk hatinya. Dan dia tahu anda ingin mendengar dia mengucapkan perasaan cintanya.
3.Dia suka melihat anda pulang kerja
Dia senang melihat anda pulang ke rumah dan menyatakan itu dengan ciuman, pelukan atau sekadar percakapan yang menunjukkan perhatiannya.
4. Suka membantu
Dia ringan tulang untuk membantu kerja rumah. Dia ingin meringankan beban anda dan melakukan tugasnya, bahkan lebih dari itu jika anda kurang sihat. Dia rela buat semuanya untuk membuat rumah selesa. Dia memahami bahawa membesarkan anak bukan hanya tugas anda saja; ini tanggung jawab bersama. Dan dia tidak keberatan kerana dia mencintai anda serta anak-anak. Dengan kata lain, dia ringan tulang dalam membuat rumah menyenangkan bagi keluarganya.
5.Pujian
Dia memuji anda. Dia memandang anda dan melihat apa yang anda lakukan. Dia menaruh perhatian. Anda sering melihat dia memerhatikan anda. Dia terpesona dengan anda dan tidak pernah bosan memandang anda. Dia menganggap anda cantik, tidak peduli walaupun tubuh anda sudah berubah. Dia tidak melihat kekurangan kerana dibutakan oleh cintanya.
6.Menghibur
Dia memeluk anda bila anda menangis. Bila sakit hati dan rasa kecewa membuat air mata anda menitis, dia akan bersedia menjadi tempat curahan hati. Dia akan berusaha sebaik mungkin memahami apa yang anda alami. Dia tidak akan selalu sempurna dalam hal ini, namun dia berusaha menghibur anda pada masa yang sukar.
7.Saling terbuka
Dia akan berkongsi apa jua cerita sama ada suka dan duka bersama Anda. Bila dia bersedia membuka hatinya dan memberi tahu anda tentang perancangan serta harapan bagi kariernya, dia tahu bahawa anda peduli dan mendengarnya baik-baik. Dia tahu anda akan selalu memberinya dorongan. Dia juga tahu cintanya terhadap anda cukup dalam sehingga anda akan faham dan ingin tahu tentang kekecewaannya. Seorang lelaki yang bahagia dalam perkahwinan akan memiliki keyakinan tentang ini.
Untuk suami yang membaca artikel ini, buatlah catatan. Jika anda belum melakukan hal-hal di atas, bertindaklah segera dengan menjadikan isteri anda sebagai keutamaan. Belum terlambat untuk memupuk kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Buat isteri pula, nikmatilah kebaikan yang dilimpahkan oleh suami anda. Juga jadikanlah dia yang utama. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama anda berdua.
Sumber : 7 signs your husband is happily married tulisan Gary dan Joy Lundberg.
Kreatif Sungguh Pelamin Ala Yuna Ini. Hanya Berlatarkan Kebun Pisang Ayah.

Siapa sangka pelamin Yuna yang sangat mewah rekaan The Calla menjadi insprasi oleh banyak pengantin-pengantin baru. Mungkin tidak memiliki bajet sebanyak yang dikeluarkan Yuna, namun kreativiti perancang perkahwinan nyata memberikan kelainan terhadap majlis resepsi yang diadakan. Seperti yang kita tahu baru-baru ini tular tentang ramai yang mahukan pelamin ala-ala Yuna namun dengan permintaan bajet yang tidak munasabah serendah RM200. Nak beli bunga pun tak lepas tu!
Namun kini tular ‘Pelamin Yuna Tak Yuna Sangat’ yang dihasilkan secara kreatif oleh Butik Pengantin Setia. dalam status laman facebook mereka perancang perkahwinan butik ini berkata, “Selesai pelamin petang ini. Kerja saya adalah untuk merealisasikan impian pengantin. Lagipun ini kerja mulia, dapatlah buat pelamin Yuna Tak Yuna Sangat sesuai dengan harga bayaran. Mungkin kalau bajet lebih lagi saya dapat buat 90% sama. Lagipun artis banyak duit, kita pula buat cara duit tak banyak. Kami cuba buat mengikut barang yang sudah sedia ada dengan garapan idea sendiri berlatarkan pokok pisang dan pokok serai yang segar. Pengantin suka dan kita pun suka bila pengantin nampak gembira.”
Dalam satu temubual bersama laman sesawang mstar, perancang perkahwinan butik ini ada menyatakan yang menelan kos antara RM1000 ke 1500 bergantung kepada penggunaan bunga, kerusi serta kos pemasangan dan penghantaran. Dan pelamin yang diadakan berlatar belakang pokok pisang ini merupakan pelamin kedua yang digunakan untuk tujuan bergambar kerana pelamin utama berada di dalam rumah.
Kredit foto: Butik Pengantin Setia