Kalau nak tahu, masker kentang pun salah satu cara untuk naikkan seri pengantin. Boleh membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit.
Disebabkan itu, ramai yang mencuba masker kentang ini sendiri di rumah. Kos pun jimat. Jom ikut cara menyediakan masker kentang yang dikongsikan oleh Anis Roduan di facebooknya.
Tepek Masker Kentang, Ini Cara Hilangkan Kedutan Dan Cerahkan Wajah
Jom tengok bahan-bahan dulu ya…
Ads
Bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah 1/4 cawan air kalau perlu)
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja
Cara pakai:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
Ads
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
Ads
3. Cuci dan bilas muka dengan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang
Ini antara kelebihan masker kentang untuk kulit wajah, mengatasi kulit kering dan membuang sel kulit mati/menggelupas. Selain itu membantu juga menghilangkan jerawat dan boleh mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
Kredit: Anis Roduan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang?
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu.
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Seorang lelaki yang telah berkahwin mempunyai peranan penting sebagai suami dan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sebagai ketua keluarga, ia amanah sangat besar kerana selain mencari kebahagiaan duniawi, mereka bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dunia dan kebahagiaan ukhrawi buat ahli keluarganya.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.” (Al-Tahrim: 6)
Lalu bagaimana pula jika si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami?
Tahukah anda bahawa seorang isteri sebenarnya boleh memohon perceraian daripada suami jika lelaki berkenaan menyebabkan berlaku mudarat kepada wanita tersebut.
Menurut hantaran infografik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) disiarkan menerusi laman sosialnya, ada empat situasi membolehkan si isteri itu berbuat demikian.
Antara kemudaratan tersebut ujar agensi berkenaan, ialah apabila suami itu gagal untuk menyediakan hak-hak ke atas isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
Mengulas lanjut, Jawi berkata, isteri turut boleh menuntut fasakh sekiranya suaminya didapati bermusafir terlalu lama seperti lebih enam bulan tanpa ada sebarang pun khabar berita.
“Situasi berkenaan disebabkan kebimbangan si isteri tersebut berasa takut bahawa dirinya pula tidak mungkin dapat mengawal fitnah iaitu keperluan syahwatnya,” jelas agensi itu.
Turut diharuskan ialah keadaan apabila suami itu bertindak menghina termasuk memukul tanpa sebab, melaknat atau memaki hamun pasangannya dengan bahasa yang kesat.
Jawi menerusi keterangan ringkasnya menyatakan bahawa empat situasi itu harus setelah suami tidak mahu melafazkan talak walhal isteri tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan.
Walau bagaimanapun, ia dibuat selepas segala usaha bagi menyelamatkan rumah tangga menemui jalan buntu dan perceraian diharapkan menjadi penamat daripada diteruskan.
Pada masa yang sama, Jawi turut menyarankan suami isteri agar sentiasa bersabar dan banyak bermuhasabah sesama sendiri supaya perkahwinan mereka terus lama berkekalan.
Ketahuilah penat isteri akan hilang bila dekat dengan alam, jadi sebaiknya bawalah pasangan anda keluar dari rumah bermain air pantai atau sungai.
Ini cara paling mudah untuk sembuhkan emosi si dia yang sedang kusut. Untuk ketahui lebih lagi, jemput baca perkongsian Dr Taufiq Razif, yang mana baginya, dekati alam adalah sebaik-baik terapi untuk jiwa yang kepenatan.
Ini gambar isteri saya tengah Grounding di tepi rumah. Memang saya perasan isteri saya jadi cepat moody sikit bila dah lama tak ‘connect’ dengan alam.
Sebab tu boleh kata setiap beberapa bulan sekali dia akan hiking. Kadang beberapa minggu sekali dia akan ajak pergi pantai, sungai ataupun jungle tracking.
Secara saintifik kajian tentang efek grounding pada kesihatan mental ni tak terlalu banyak lagi ada tapi bagi saya selagi ianya boleh baiki mood pasangan apa salahnya mencuba.
1. Cari tempat yang ada bunyi-bunyian alam.
2. Cari tempat yang kita boleh ‘direct contact’ dengan alam contohnya ada padang rumput yang luas, air sungai yang mengalir ataupun pasir pantai yang luas terbentang.
3. Buka selipar dan kasut.
4. Nikmati sentuhan direct kita dengan alam.
5. Sambil tengok dan nikmati bunyi-bunyian alam, cuba kira 10 perkara di situ yang kita boleh syukuri.
6. Efek syukur tersebut boleh dirasai dalam hanya beberapa saat sahaja selepas amalkan tips no 5 tadi
Jadi, kalau sudah tahu info ini, segera lah bertindak. Paling tidak pun keluar tidur hotel kejap atau ajak berkelah di tepi pantai hujung minggu. Suami mithali mesti akan buat punya. Jangan lupa buat, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...