Terbaiklah, Ini Rahsia Karipap Pusing Tak Mudah Pecah

Share

Musim PKP ini, ramai di kalangan kita mencari idea juga resepi best untuk dijadikan hidangan buat keluarga tersayang. Sama seperti perkongsian saudari ChaSya Aripin

dalam menghasilkan karipap pusing yang tidak mudah rapuh ketika dinikmati bersama tersayang. Semoga perkongsian ini dapat menjadikan hari-hari anda lebih bahagia bersama keluarga tercinta.

Now, everyone can cook tak gitu ibu²? Yang xpernah buat pun, berjaya buat musim PKP ni

Jom belajar buat karipap pusing rangup pulak nak? Sila duduk dan jangan lari. Cara buat ada di bawah, dan di gambar.. boleh scroll tgk gambar.

Karipap ni tak guna marjerin. Jadi bukan rapuh pecah berderai.

1.Doh minyak
————
2½cawan tepung gandum
Minyak

Uli 2 bhan ni aje, buh minyak sikit² smpai jd doh yg elok xmlekat di tangan

2. Doh Air
——-
3cawan tepung gandum
½ sdk garam + air, jadikan air garam
2 sdb minyak
Air secukupnya

Gaul semua bahan, tambah air sikit² smpai jd doh yg x melekat di tangan

* bulatkan kedua² doh sama byk bilangan bolanya

Cara-Cara
—–
1.Masukkan doh minyak dalam doh air
2.Canai nipis, gulung
3.Canai nipis lg skali doh yg digulung td, pastu gulung lg skali
4.Potong setebal 1cm

Ambil 1 yang dipotong td, hujung pusaran atau ekor dia tu, tarik ke bawah skit, sbagai lapisan bg lg kuat dia pegang pusar² tu, canai nipis.
Terbalikkn, bahagian bawah yg dicanai tu jadi duk bhgn dlm. Isi inti, kelim mcm biasa.

Boleh goreng dgn minyak panas, api sederhana.
Utk frozenkn, bleh goreng kjap atau bakar kjp.

Sy halalkn semuanya. Selamat mencuba.

IKLAN