Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.
Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.
Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan
Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.
Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.
Jaga Bab Komunikasi Dengan Pasangan
Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.
Ads
Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.
Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.
Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.
Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.
Ads
Jangan Dicari Kesempurnaan Orang Luar
Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.
Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.
Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.
Ads
Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.
Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.
Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.
Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.
Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.
Di pasaran ada tiga jenis bedak asas iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat. Bedak asas cecair adalah paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering.
Setiap individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza. Penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menyembunyikan segala kesan cela pada kulit wajah. Pilihan penggunaan bedak asas cecair atau foundation yang betul akan menjadikan wajah anda seperti sebutir mutiara yang licin, lembut dan bersinar.
Berikut pilihan bedak asas seperti yang dikongsikan oleh Fadilah FS
TUJUH JENIS BEDAK ASAS/FOUNDATION TERBAIK
Kadang kadang rimas bila pakai foundation sebab tekstur tak best atau rasa heavy dan tebal. Pastu kalau formulation foundation tu tak kena mesti makeup jadi bercapuk dan berminyak
Berikut dikongsikan tujuh jenis foundation terbaik yang di review oleh seorang beauty influencer dari Indonesia. Sesuai dengan cuaca dan kulit kita orang Asia. Boleh dapatkan di drugstores terdekat.
ESTEE LAUDER (DOUBLE WEAR)
MAC STUDIO FLUID SPF 15
WET AND WILD FOUNDATION MATTE
LOREAL SATIN SMOOTH LIQUID FOUNDATION
MAYBELLINE MATTE PORELESS
TOO FACED FOUNDATION
Ini antara pilihan bedak asas yang mempunyai litupan solekan yang ‘kemas’ apabila diaplikasikan pada kulit wajah.
Semoga tip ini dapat membantu anda yang berhajat untuk merias sendiri wajah untuk majlis merisik dan bertunang yang lebih ringkas.
Untuk majlis nikah dan majlis resepsi, laburkan sedikit wang untuk mendapatkan solekan yang lebih cantik.
Mungkin sudah ada yang mula puasa enam. Puasa enam antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam bulan Syawal.
Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang Muslim, maka puasa enam boleh dianggap sebagai antara kayu pengukur tahap ketakwaan selepas berjaya melaksanakan sebulan puasa.
Nabi SAW bersabda: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)
Namun jangan pula abaikan soal kesihatan. Amat penting untuk kita menjaga soal pemakanan ketika berpuasa agar tubuh kekal cergas dan bertenaga.
Dengan cara ini amal ibadah kita akan berjalan dengan lancar. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
TUJUH SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA ENAM
Untuk puasa enam ini teruskan ambil protein ya. Protein penting untuk tubuh. Tiap-tiap menu ambil. Sumber terbaik daripada tumbuh-tumbuhan.
Protein penting sebab:
1. Bolehkan kita bergerak.
2. Sokongan kepada struktur sel.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
Ringkasnya ambil sahaja protein setiap hari. Kurang protein memberi impak buruk kepada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah daripada diet kurang protein.
Tular beberapa hari lepas di media sosial apabila seorang lelaki bentang banner untuk mencari jodoh. Bukan sahaja banner malah pemuda itu turut memberikan risalah kepada orang ramai agar niatnya itu mendapat ‘perhatian’ ramai.
Instagram:@ariffpeterInstagram: @ariffpeter
Siapa yang ada keberanian untuk buat macam ni dan sanggup tebal muka untuk mencari jodoh? Menggunakan nama Ariff Peter di media sosial, pemuda berusia 26 tahun ini turut menawarkan elaun sebanyak RM10,000 kepada wanita yang berjaya menjadi suri hatinya.
Instagram:@ariffpeter
Melalui temubual yang diadakan dengan beberapa stesen radio, Ariff menyatakan hasratnya untuk mencari kekasih selepas terlalu banyak kali dikecewakan. Meletakkan beberapa ciri-ciri tertentu untuk bakal isteri, Ariff akui tidak terlalu memilih.
Menyinggah di laman Instagramnya, Ariff merupakan sudah lama kehilangan ibu tersayang. Jika orang lain mempunyai ibu untuk mencarikan jodoh, namun Ariff perlu berusaha sendiri untuk mencari teman hidup. Dan ini cara terakhir untuk memastikan hasratnya tercapai.
TIP CARI JODOH
1. Bila umur dah cecah 24 tahun ke atas, bila niat nak cari pasangan hidup. Kena serius merancang dan memilih. Takde masa nak kenal main-main.
2. Jangan buang masa bermain perasaan hidup dalam teka teki. Dilema, dia ni dah berpunya ke belum. Dia ni suka aku ke tidak. Dia ni serius ke tidak.
3. Kalau dah berkenan, berani dan yakin dengan diri sendiri. Approach sendiri. Pergi tanya sendiri dekat dia. PM FB / INSTA / WHATSAPP dia. Dunia teknologi dah sekarang. Dia dah berpunya ke belum.
Kalau dia single, kau cakap ja kau nak berkenalan dengan secara serius. Kalau dia okay, okay cun ON ! Kalau dia banyak tapi tapi, tak sedia MOVE ON ! Kalau dia dah berpunya, MOVE ON ! Takpayah panjangkan drama sailang awek orang.
4. Kalau dah berkenan, tapi tak berani. Mintak tolong orang lain yang kau percaya. Tanyakan soalan yang sama macam dalam nombor 3.
5. Cuma nak cakap, orang perempuan lagi suka kalau kita cakap sendiri. Lebih macho gitu ( betul kee ? )
6. Bila dah ada peluang berkenalan, manfaatkan sebaiknya. Jangan kau buat rosak anak dara orang, lepas tu kau blah. Nak bercinta ni bukan main celup-celup. Hukum hakam agama jangan dilupakan. Kalau dah yakin dia jodoh kau. Solat istikharah. Tanya mak bapak kau.
Jumpa mak bapak dia. Kalau dua dua setuju pandai pandai lah kau nak handle macam mane. Kalau tak setuju, aku tak dapat nak share tips. Sebab pak mak mertua aku green light terus ( gitu. Konfiden sungguh). Kalau depa tak setuju, cuba convince depa. Kalau depa tak convinced juga, MOVE ON LA !
7. Kalau perempuan start dulu nak kenal, pelik tak ? Tak pelik. Sebab isteri aku pun dulu, acah-acah pm aku tanya pasal iphone murah yang aku jual. Last-last aku pulak tersangkut. Alhamdulillah sangkut- sangkut aku sampai ke jinjang pelamin. Orang Perempuan kena bijak, lelaki harus terbuka.
8. Kau rasa hidup ni mana yang lebih pahit ? Cinta tak kesampaian sebab kau tak sampaikan perasaan tu. Atau cinta tak kesampaian sebab kau kena reject. Kalau aku, aku lebih rela kena reject, at least aku boleh move on & cari yang lebih baik, berbanding perasaan cinta terpendam sampai ke akhir hayat.
9. Bab cinta ni kena setel dengan cepat bila kau dah ready. Bukan desperate, tapi sebab nak jimat masa. Kau banyak bnda lagi nak buat dekat atas muka bumi ini dari sibuk menanam perasaan cinta yang tak berbunga-bunga.
Sekian saja coretan hati aku bagi mereka yang masih mencari jodoh. Saya bukan doktor cinta atau doktor hati, saya hanya doktor gigi yang pernah jadi mangsa cinta tak kesampaian.
Dalam urusan memilih pasangan hidup, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Janagn pernah putus asa. Gagal dalam percintaan bukan bermakna gagal dalam kehidupan. Usaha sampai jumpa PASANGAN yang sesuai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!