
Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.
Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :
.
” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )
.
1. Jangan terburu-buru
Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan. Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.
2. Menahan diri
Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan. Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.
3. Rakan-rakan
Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan. Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.
4. Berpisah sementara
Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.
5. Mengenal keluarga
Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.
.
6. Pergaduhan
Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.
7. Masalah kewangan
Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.
8. Menerima keburukan
Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.
gambar hiasan : Tangkap Picture
Isteri Patut Tahu Cara Jadikan Suami PENGHUNI SYURGA. Baca Perkongsian Ini!

Untuk menjadikan suami penghuni syurga, salah satunya adalah dengan memberi nafkah pada isteri. Suami kena tahu apa yang wajib dilakukan lebih-lebih lagi soal tanggungjawab. Sudah tentunya isteri perlu meminta-minta pada suami.
Perkongsian mengenai persoalan seorang isteri yang diajukan kepada Zirwah al-Idrus ni sangat menarik. Bila berbincang tentang nafkah, ada isteri yang boleh jadi keliru dan tidak tahu.
“Puan, saya ni bukan taknak suami masuk syurga. Tapi saya tak tahu nak minta apa.. Ajarla saya cara nak jadi materialistik sikit supaya suami saya masuk syurga”
Aku gelak. Bukan gelak kecil, tapi tergelak besar pulak.
Naifnya isteri ini. Untung suaminya dapat isteri begini.
Bukanlah bererti meminta minta tu sampai perlu pergi mall nak tengok barang apa lagi tak beli. Takklah bukan macamtu.
Ada 5 benda yang kita WAJIB minta minta dari suami, tetapi mengikut kemampuan suami masing masing.
- Makanan 2 kali kenyang setiap hari
- pakaian
Pakaian yang macamana?
Ada 3 jenis pakaian yang perlu kita ada. Perlu bukan semestinya wajib- tapi bergantung pada keadaan poket dan kebijaksanaan masing masing..
Boleh la singgah rujukan sini:
https://www.facebook.com/100000883190875/posts/5338399309532789/?d=n
- Tempat tinggal Syarie
Tempat tinggal yang khas untuk isteri, paling lekeh mesti ada tandas, ruang dapur dan bilik tidur khas untuk ruang privasi suami isteri..
- Perubatan
Bab ni, bersyukurlah kita jadi rakyat Malaysia. Pergi government hospital bayar RM1 je. Kalau masuk hospital kerajaan pun harga mampu milik. Kalau kat luar negara, emm minta maaflah. Jadi bersyukur para suami ya, bab ni kerajaan dah bantu banyak..
5. Pendidikan
Merangkumi pendidikan agama dan adab, termasuk untuk pendidikan anak anak..
5 perkara ni asas dan wajib kita minta mengikut kesesuaian poket masing masing.. Ikutlah kemampuan suami macamana. Ada lebih invest lebih haa macamtu.
Kalau kelima benda ni suami dah sediakan sempurna, suami juga berhak untuk mendapatkan isteri yang solehah yang baik. Isteri perlu dan kenalah pula jadi isteri yang baik baik, macam sambungan ayat AlQuran yang lepas.. surah Annisa’ ayat 34:
فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ ۚ
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Suami perlukan rasa gah dan kemuliaan.. Itu nature suami. Sebab tu jangan pelik kalau suami kita ego, mahu dimuliakan dan mahu suaranya didengar sebab dia diciptakan sebegitu. Itulah dia Qawwam..
Cuba kita tengok bodyguard orang besar besar. Mesti kita akan nampak sifat bodyguard ni badan tough, selalu alert dengan tuan dan keadaan semasa. Cuba bayangkan kalau bodyguard tu lembik dan takde ego, agak agak ada tak yang nak hire dia? Lagi tough someone, lagi mahal hargakan.. haa.. begitulah suami. Sifat bodyguard tu memang wujud pada diri dia dan mana mana lelaki. Kita sebagai perempuan dan isterilah yang kena asah sifat tu keluar. Jangan kita biarkan terpendam.. rugi mattt..
Bila suami dah sediakan secukupnya 5 kewajipan tadi, dia berhak pula dapat dua benda dari kita sebagi isteri yang baik baik:
- Qanitah – Taat dan Doa- Taat yang penuh cinta
Taat tu macamni, apa apa pun keputusan suami, jangan bangkang. Sebaiknya follow je. Biar dia yang buat keputusan.
Kalau rasa ada pendapat dia kita kurang setuju, cuba suarakan dan beritahu sebab dengan cara yang paling baik. Cara seorang queen cuba memberi pendapat kepada kingnya.. haa begitulah. Dan follow je keputusan dia, in sha Allah kita akan nampak perkembangan suami dengan cara yang menakjubkan..
Bukan taat je, tapi taat yang penuh cinta.. penuh kasih sayang, dan buat sepenuh hati. Beri dia sepenuh kasih sayang dengan setulusnya dan layan dia selayaknya seorang king sebab sememangnya dia layak sebab dia telah menjadikan kita seorang Queen..
- Jaga diri sebaiknya sewaktu ketiadaan suami. (Hafizatullil Ghaib)
Ada orang dah jaga diri sewaktu di rumah, tak benarlan lelaki luar mengganggu..
Tapi,
Tidak di pejabat.
Dia bebas bergurau sendiri dengan suami orang
Bercerita dengan lelaki orang
Sama juga tu..
Tak kiralah di luar atau dalam rumah, jaga diri sebaiknya. Jaga pergaulan dan jaga batas. Jaga maruah suami. Kita sebagai isterilah lambang kehormatan suami paling agung..
Suami mahu diangkat egonya dihormati dan dimuliakan, Islam dan panduan AlQuranlah yang mengangkatnya..
Isteri mahukan belaian, kasih sayang dan cinta suami, lalu agama jugalah yang memandu isteri cara mendapatkan cinta itu.
Indah bukan?
Barulah jelas. Semuanya bergantung kepada kemampuan suami juga. Elakkan dari membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Nanti jatuh dosa pula pada isteri.
Tip Supaya Duit Suami Sentiasa Terkawal, Isteri Kalau Selagi Boleh Jimat, Silalah Berjimat

Dengan keadaan ekonomi negara yang masih tidak menentu, rata-rata keluarga mengamalkan cara hidup berjimat-cermat. Terutama keluarga muda yang tinggal di bandar, kenaikan kos sara diri amat dirasai berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.
Di sini kami kongsikan tips terutamanya untuk ibu moden, bagaimana anda dapat membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga.
JANGAN BAZIRKAN SISA MAKANAN
Salah satu sikap rakyat Malaysia yang perlu diubah ialah melakukan pembaziran makanan. Kadang-kala apabila memasak, pasti ada lebihan makan yang tidak habis dimakan.
Apa kata lebihan makanan itu anda simpan. Sebagai contoh, anda masak kari ayam, lebihan ayam yang tidak dimakan janganlah dibuang. Anda boleh simpan ayam itu, untuk dijadikan rencah memasak nasi goreng atau mee goreng untuk sarapan pagi keluarga anda pada keesokkan harinya.
BANDINGKAN HARGA BARANGAN DAPUR SECARA ONLINE
Dengan ledakan teknologi, boleh dikatakan setiap individu memiliki telefon pintar sendiri. Daripada anda sibuk mencari gosip artis di internet, apa kata anda lakukan perbandingan harga barangan keperluan harian.
Sekarang, terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perbandingan harga barangan runcit setiap hari. Contohnya, satu aplikasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Paparan Harga.
Aplikasi ini memudahkan anda untuk membuat semakan harga bagi 446 barangan harian mengikut lokasi kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia. Anda dah tak perlu bersusah payah pergi ke setiap pasar raya untuk membandingkan harga. Mudah kan?
MENYEDIAKAN BEKALAN MAKANAN UNTUK KELUARGA
Daripada suami anda mengeluarkan duit untuk makan di luar setiap hari dan memberikan anak anda wang untuk berbelanja di sekolah, apa kata anda sediakan bekalan makanan dari rumah untuk mereka.
Nilai harga makanan yang mereka beli di luar lebih mahal daripada kos penyediaan makanan, jika anda memasak sendiri di rumah. Secara tidak langsung, anda dapat melakukan banyak penjimatan.
MELANGGAN PAKEJ MOVIE-STREAMING DARIPADA MENONTON WAYANG
Jika anda selalu keluar menonton wayang, anda pastinya perlu mengeluarkan wang untuk tiket wayang dan makanan ringan, kerana anak anda pastinya mahukan makanan yang dipaparkan di skrin tempat jualan sebelum masuk ke panggung wayang.
Untuk melakukan penjimatan apa kata anda langgan sahaja pakej movie streaming, dengan nilai kurang daripada RM 20 sebulan anda dapat menonton bersama-sama ahli keluarga yang ramai. Anda hanya perlu menahan keinginan. Tidak salah jika perlu menonton filem lewat sebulan daripada tarikh tayangan kan?

CARI RESTORAN YANG MENAWARKAN MAKANAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK
Setiap bulan, anda pasti inginkan masa untuk diluangkan bersama-sama keluarga. Anda sebagai isteri juga ingin berehat daripada melakukan kerja rumah kan?
Jika anda makan di luar, apa kata anda cari restoran yang menawarkan makanan kanak-kanak secara percuma. Banyak saja restoran yang buat tawaran begini. Bukan saja anda dapat berjimat, malah anda sekeluarga dapat meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan gembira.
JUAL PERMAINAN ANAK-ANAK YANG TIDAK DIGUNAKAN
Keterujaan menjadi ibu-bapa kadang-kala membuatkan anda tidak sedar yang anda dah berlebihan dalam berbelanja. Jika terdapat barang anak-anak yang tidak digunakan seperti baju dan permainan, apa kata anda jualkan secara online, dan jika anda ingin beli permainan yang baru untuk anak anda, beli sahaja yang second-hand. Lebih jimat dan menguntungkan anda.
GUNAKAN BARANGAN SEDIA ADA DI RUMAH UNTUK DIJADIKAN KUDAPAN
Untuk anda menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga juga, anda boleh menyediakan sendiri, kudapan buat suami dan anak-anak di rumah. Ini dapat mengelakkan anda mengeluarkan wang untuk minum petang di luar.
Sebagai contoh, kudapan yang mudah di sediakan ialah seperti pisang goreng, lempeng dan diminum bersama minuman panas atau ice-blended menggunakan bahan sedia ada dirumah. Jika di rumah anda ada pek produk Alicafe Tongkat Ali dengan Ginseng dan Per’l lagi mudah, kerana anda boleh terus membuat ice-blended coffee.
Ia lebih murah berbanding harga ice-blended yang anda beli di luar atau di kedai-kedai hipster. Rasanya juga lebih enak.
SUMBER : http://semuanyajdt.com
“Menantu & Anak Saya Baik, Tak Pernah GADUH.” Belum Sempat BERSANDING, Jasad Anak & Isteri Tinggal Kenangan.

Sayu dan hiba melihat kejadian yang menimpa seorang isteri dan anak yang baharu berusia dua bulan. Hayat mereka terlalu singkat apabila suami bertindak mengelar isteri dan anak berusia 44 hari. Menurut bapa, anak dan menantunya baik sehingga baru-baru ini menantu hilang pekerjaan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Kata ayah mangsa,
“Sejak berkahwin, mereka hidup bahagia. Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.”
Namun di sebalik ujian ini, bapa mangsa reda dengan apa yang berlaku. Pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan tahun lalu dijadualkan bersanding pada 24 Julai 2022 ini.
PENTINGNYA WANG SIMPANAN SEBELUM KAHWIN
Kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan bukan hanya bertunjangkan cinta dan sayang semata-mata. Baik lelaki mahupun wanita, kedudukan kewangan itu perlu stabil. Simpanan perlu padu supaya andainya satu hari nanti diuji dengan kehilangan pekerjaan, ujian kesihatan dan ujian lain, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.
TIP SIMPANAN ‘TERPAKSA’
1.Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
- Menabung bersama
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
- Penjimatan
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
- Jangan buat pinjaman
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
- Simpanan ‘terpaksa’
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Kredit foto: Instagram Zayan dan Ustazah Asma Harun