Hubungan

Terimalah Dan Sayang Isteri Seadanya, Walaupun Belum Ada Rezeki Menimang Anak Sendiri

Share

Bila berkahwin mulalah orang bertanya mengenai anak kan, tapi bila terlalu lama berkahwin, janganlah asyik salahkan isteri. Anda berdua perlu selesaikan perkara ini secara tenang tanpa ada gangguan orang luar. Ini perkongsian Firdaus Shakirin di Facebooknya mengenai isu ini.

Sekadar gambar hiasan

 

Bila xdpt anak, jgn salahkan isteri semata2…

Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita…tp Allah tak janji yg bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak…Allah tak janji…

Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dgn adanya anak, hidup kita lebih sempurna…tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia…

Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yg sgt menyentuh hati, dpt membuatkan mereka yg belum dpt anak lagi terasa bila diajukan soalan begini…namun, jgn slhkan isteri semata2 jika kita belum lagi dapat anak…

Sebab?

Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi…tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif…byk perkara yg berhubung rapat dan saling berkait dgn kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya…

Don’t put the blame on women only…

Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik2 bawang…asal lambat dpt anak je, mesti isteri yg kena, asal xdpt anak je, isteri tu mandul…seolah2 penyebab utama itu 100% dr isteri sahaja…lelaki dan wanita, dua2 ada potensi utk mengalami masalah kesuburan…jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan…jgn ego, jgn slhkan isteri dan jgn berbalah menuding jari…

Jika dua2 subur, dua2 tiada masalah, maka bukan masanya lagi utk Allah bg rezeki anak pd anda…Allah akan bg bila anda bersedia…perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kpd Allah dan selebihnya berserah…

InsyaAllah, hanya masa yg akan menentukan segalanya…?

Sumber : Firdaus Shakirin

IKLAN