Bila berkahwin mulalah orang bertanya mengenai anak kan, tapi bila terlalu lama berkahwin, janganlah asyik salahkan isteri. Anda berdua perlu selesaikan perkara ini secara tenang tanpa ada gangguan orang luar. Ini perkongsian Firdaus Shakirin di Facebooknya mengenai isu ini.
Sekadar gambar hiasan
Bila xdpt anak, jgn salahkan isteri semata2…
IKLAN
Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita…tp Allah tak janji yg bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak…Allah tak janji…
Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dgn adanya anak, hidup kita lebih sempurna…tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia…
Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yg sgt menyentuh hati, dpt membuatkan mereka yg belum dpt anak lagi terasa bila diajukan soalan begini…namun, jgn slhkan isteri semata2 jika kita belum lagi dapat anak…
IKLAN
Sebab?
Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi…tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif…byk perkara yg berhubung rapat dan saling berkait dgn kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya…
Don’t put the blame on women only…
IKLAN
Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik2 bawang…asal lambat dpt anak je, mesti isteri yg kena, asal xdpt anak je, isteri tu mandul…seolah2 penyebab utama itu 100% dr isteri sahaja…lelaki dan wanita, dua2 ada potensi utk mengalami masalah kesuburan…jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan…jgn ego, jgn slhkan isteri dan jgn berbalah menuding jari…
Jika dua2 subur, dua2 tiada masalah, maka bukan masanya lagi utk Allah bg rezeki anak pd anda…Allah akan bg bila anda bersedia…perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kpd Allah dan selebihnya berserah…
InsyaAllah, hanya masa yg akan menentukan segalanya…?
Bertuah seorang lelaki jika dia cinta pertama wanita, namun lagi bertuah seorang wanita jika dia cinta terakhir lelaki…
Namun ,
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.
Monolog wanita :
Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.
MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.
Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?
Anda bersedia melupakannya bila…
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.
Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Rasional dalam berfikir, pasti ketemu jalan yang terbaik. Istikharah Cinta. Padanya memohon gambaran fantasi petunjuk kepada realiti.
Tuhan tolong bimbing aku dengan perasaan ini, aku takut perasaan ini hanya akan mendatangkan dosa bagiku.
Aku hanya insan biasa, yang merasa bahagia melihatnya dan merasa rindu, gelisah, tidak tenang dan cemas bila tak melihatnya.
Bimbing aku dalam perasaan ini. Jika ini memang cinta, aku mohon segerakanlah dan mudahkanlah untuk jadi halal untukku, namun jika ini hanya nafsu, mohon buangkanlah rasa ini.
Tuhan Aku Takut Rinduku Hanya Akan Mengundang Nafsu Untuk Mengajaknya Dalam Kemaksiatan
Tuhan jika rindu ini hanya akan mengundang nafsu, dan membawa aku kejalan maksiat, tolong hapuskanlah.
Aku lebih suka menahan rinduku, membuang rasa rinduku daripada harus membuat orang lain berbuat maksiat bersamaku.
Jika Rasa Ini Hanya Nafsu, Biarlah Semua Ini Berlalu Bersama Waktu Hingga Waktu Menghapuskan Segala Rasa Ku
Tuhan jika rasa ini hanyalah nafsu semata, biarlah rasa ini hilang perlahan bersama berjalannya waktu.
Biarkan rasa ini hilang seiring waktu dan kesibukan yang akan membuatku melupakanmu.
Tuhan Aku Takut Rasa Ini Hanya Akan Menjadi Pintu Syaitan Menggoyangkan Keimananku.
Ya Tuhan, tolong mudahkan kami untuk menyatukan ikatan dan jauhkanlah kami dari cubaan dan godaan yang dapat meragukan kami untuk bersatu.
Jika Rasa Ini Memang Cinta Tolong Mudahkan Kami Untuk Mengubahnya Menjadi Cinta Yang Menjadi Ibadah
Jadilah kita ini seorang yang sentiasa bersangka baik, kerana apa yang kita selalu fikir-fikirkan dan risau-risaukan, itulah yang akan terjadi kepada kita. Kualiti hidup kita ini bergantung kepada emosi kita iaitu sama ada bersangka baik atau berprasangka (beranggapan buruk terhadap sesuatu/suasana/seseorang tanpa menyelidik akan hal yang sebenar.
Selalunya orang yang berprasangka hidupnya tentu merana, stres, murung, ketakutan, tidak tenteram, gelisah dan tidak bahagia. Contohnya, kalau kita berniaga dan perniagaan kita tidak laku, mulalah kita berprasangka kepada Allah, dengan mendakwa, “Allah tidak adil dengan kita kerana selalu menggagalkan usaha baik kita.”
Atau, kalau kita berniaga bersebelahan dengan kedai orang lain, kebetulan kedai sebelah laris banyak dikunjungi pembeli dan kedai kita tidak mendapat sambutan, mulalah kita bersangka buruk mengesyaki, “pemilik kedai sebelah telah membomohkan kita, hingga menyebabkan kedai kita tidak mendapat sambutan.” Atau, kalau kita nampak orang bermasam muka dengan kita, mulalah kita fikir, orang itu sombong.
Sebenarnya prasangka itu adalah bisikan kita kepada diri kita. Suara hati kita ialah suara yang paling kuat, jelas dan kerap kita dengar, sebab itulah suara hati amat penting menentukan kekuatan fizikal dan mental kita. Walau apa-apa pun orang bercakap tentang diri kita, terutama jika orang bercakap tentang keburukan kita, kalau suara hati kita kuat menepis percakapan negatif tersebut, kita akan menjadi kuat dan tabah.
Sebab itulah betapa pentingnya suara hati kita yang positif. Iaitu, suara hati kita yang mengatakan, “semuanya baik, Allah Maha Baik dan semua orang baik. Cuma kadang-kadang tidak tahu macam mana mahu menjadi baik. Saya menjadi contoh kepada orang yang ingin menjadi baik, dan orang yang tidak baik ini sebenarnya mahu mengajar saya menjadi sabar.”
Pengalaman sebagai doktor, mendedahkan saya kepada pelbagai ragam atau fiil orang. Kadang-kadang bertemu dengan orang yang suka marah-marah dan garang walaupun dalam keadaan sakit. Kalau kita jenis orang yang berprasangka, tentu kita menuduh orang tersebut berperangai buruk kerana tidak sabar. Tetapi, kalau kita bersangka baik, kita boleh terima kemarahan orang tersebut dengan menenangkan hati kita, beranggapan mungkin Allah sedang uji kita supaya bersabar atau lebih rasa empati. Lebih-lebih lagi kita seorang doktor, yang tahu keadaan sesuatu penyakit, maka kita memahami betapa merananya pesakit kita menanggung derita penyakitnya.
Letakkan diri kita di tempat mereka, mungkin kita juga menjadi tidak sabar sepertinya. Hakikatnya, kalau kita seorang yang suka bersangka baik kepada Allah, kepada orang, atau terhadap sesuatu suasana, tentu hidup ini terasa indah.
Sebab itulah kita disarankan supaya sentiasa memohon maaf dan memaafkan. Memaafkan akan menghilangkan stres. Banyak orang berkata, “boleh memaafkan tetapi tidak boleh melupakan”. Saya perkenalkan satu kaedah baharu merawat hati daripada gejala stres atau prasangka, iaitu – “maafkan orang”, dan “kita boleh ingat tetapi kita tidak mahu fikirkan lagi”. Ini salah satu cara untuk merawat “perasaan menyesal” dan “prasangka”.
Hal ini adalah kerana, sekali-sekala dalam diri kita ini perlu juga ada perasaan menyesal, dan ia bukan merupakan satu kesalahan atau kelemahan. Tetapi “penyesalan” itu hanya untuk kita belajar daripada kesilapan dengan azam dan niat tidak mengulangi kesilapan yang sama. Contohnya, kes prasangka buruk terhadap suami – bimbang dia ada orang lain, dan akhirnya memang betul-betul suami ada tersuka orang lain. Tetapi, suami menyesal dan memohon maaf serta berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Jadi kita katakan kepada hati kita, “kita maafkan tetapi tidak boleh lupakan, namun tidak mahu fikirkan lagi.” Hakikatnya memori atau ingatan itu anugerah Allah, kita tidak boleh halang.
Berbeza antara “ingat” dengan “fikir”. “FIKIR BAIK RASA BAIK DAPAT BAIK” – Formula “Reset Minda”. Sebab itu hari-hari kita perlu jaga fikiran kita. Kerana itulah, kalau kita teringat atau terfikir yang negatif, cepat-cepat kita betulkan kesilapan diri dan lihat diri kita.
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan