Jodoh sampai di situ, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri sah bercerai sejak Ogos lalu.
Dengan kehadiran seorang anak perempuan, pasangan ini memilih untuk menjadi kawan demi masa depan anaknya.
Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Jadi Kawan
Siapa sangka, berita sedih ini diumumkan sendiri Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.
“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.
“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.
Ads
“Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.
Berpisah Secara Baik
Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.
Ads
“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
“Selepas beberapa dekad, kami akan sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya.
Tersentuh Dengan Komen Orang Ramai
Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.
Ads
“Semalam, kami adakan sesi secara langsung dalam TikTok. Kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.
“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.
“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” kata abang ipar kepada penyanyi Dafi itu.
Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mainan lato-lato kini menjadi trend dan digemari oleh semua peringkat umur. Bagaimanapun, permainan berbentuk bola yang diperbuat daripada plastik polimer ini menghasilkan bunyi yang agak bising.
Tidak hairanlah bunyi lato-lato menimbulkan kontroversi kerana membuatkan orang ramai berasa terganggu.
Buktinya, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut ingin memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @bokerrkerbokerr_19, kelihatan seorang jurunikah sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin. Video itu kemudiannya dimuat naik semula oleh akaun Instagram video_medsos
Dalam video tersebut, pasangan pengantin sudah bersedia untuk acara akad nikah. Penghulu dan saksi sudah berada di hadapan pasangan pengantin. Apabila membaca persetujuan yang diberikan, tiba-tiba jurunikah menghentikan kata-katanya kerana terganggu dengan bunyi lato-lato yang kuat.
Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…
Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara tersebut dengan lancar.
Tindakan jurunikah yang berani menegur individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah dipuji.
Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain, kanak-kanak juga perlu diajar tentang soal adab terutama apabila berada dalam majlis.
Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara begini tidak berulang lagi.
Muat naik video tersebut telah mendapat 63.3 ribu tontonan. Berikut antara komen-komen warga maya:
“Anak-anak pun kena tahu adab bila berada di majlis orang lain. Yang penting ibu bapa ajar anak-anak beradab.”
“Saya baru pergi mall, ada budak bawak lato-lato, ya ampun.”
“Saya paling benci dengan bunyi lato-lato.”
“Bunyi lato-lato memang sangat menggangu.”
“Bunyi lato-lato ini buat terngiang-ngiang di telinga.”
Cukup terinspirasi dengan ibu ini, boleh buat ruang bilik untuk menempatkan anak-anaknya bagi selesa.
Menurut ibu kreatif, Puan Nazira Noran mahu memberikan anak lelakinya bilik jadi dengan menggunakan sumber daripada Pinterest, dia membina ‘rumah dalam rumah’.
Jika anda menghadapi masalah bilik juga, boleh lah cuba idea ibu muda ini, memang menarik!
Buat Ruang Bilik Untuk Anak
Rumah dalam rumah ni sebenarnya bilik anak lelaki saya. Ada ruang privacy, bilik study dan katil di atas untuk dia tidur.
Rumah asal saya ni kecil, ada 2 bilik tidur saja, jadi saya dapat ilham dari beberapa gambar di pinterest. Takde atap sebab takut panas.
Upah tukang buat rumah ni, guna kayu jenis pine. Kemudian kerja mengecat dan menghias, saya buat sendiri. Barang-barang lain dan aksesori semua dibeli melalui Lazada dan Shopee.
Hah, nanti cubalah idea ibu ini, baru anak-anak selesa dan tak berebut bilik. Semoga bermanfaat.
Tampak cantik pelakon, Nad Zainal bersanding bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz dengan berbusana klasik warna emas menerusi gambar yang dikongsi dalam Instagram miliknya.
Busana yang dihasilkan oleh ZaimiZulkafli Atelier itu cukup menyerlahkan keayuan kedua mempelai dan sepadan dengan identiti Nad yang menjiwai tema klasik.
Nad Zainal Bersanding
Majlis walimatul urus itu menyaksikan pasangan suami isteri itu tampak kacak dan manis dalam persalinan pereka Zaimi Zulkifli. Klasik moden dengan rona yang cukup menarik menaikkan seri kedua-duanya.
Sekali pandang pun dah terpesona, lain aura yang dibawa oleh kedua pengantin. Lebih istimewa lagi, kehadiran anak-anak turut menyerikan suasana.
Namun satu hantaran perkongsian Nad mengenai gelagat anaknya di atas pelamin mencuit hati netizen yang membaca perkongsiannya di media sosial.
Saat mata ku terlihat ada anak ayam join atas pelamin… kuhanya..PASRAH.” demikian kapsyen Nad.
Tumpang Meraikan Kebahagiaan Pengantin
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti tumpang gembira selain menitipkan doa semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.