Sudah menjadi satu kewajiban buat seorang isteri untuk menghormati suaminya. Manakala seorang suami pula haruslah mengasihi isterinya. Keutamaan bagi seorang wanita adalah kasih sayang sedangkan bagi seorang suami pula, mereka memerlukan seorang isteri yang sentiasa menghormati mereka.
Seorang isteri perlu menghormati seorang suami tidak kira bagaimana sikap dan karakter suami itu demi kebahagiaan si isteri sendiri. Jika suami dihormati, mereka akan rasa bahagia sekaligus akan buat anda juga rasa bahagia.
Pesona Pengantin terharu membaca posting selebriti yang baharu bergelar Hajjah Nelydia Senrose yang meletakkan kedudukan suami tersayang, Haji Mohd Hafez Halimi sebagai syurga yang membimbing dirinya ke arah kebaikan.
Ads
“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu untuk ke jalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu.
Aamin YRA
Nelydia Senrose
Ads
Antara sebab utama mengapa seorang isteri itu perlu menghormati suami adalah kerana suami itu merupakan ketua keluarga. Suami memang sudah ditentukan sebagai ketua keluarga, pemimpin dan imam dalam keluarga. Maka sebagai seorang isteri, hormati dan hargailah suami seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.
Di dalam diri seorang lelaki, tidak kira sekasar mana pun dia, sejahat mana pun dia, pasti ada benih kebaikan dan kelembutan yang kadangkala belum digali. Tugas wanita sebagai isteri adalah untuk menggali dan mengembangkan benih itu.
Oleh itu, berikanlah pujian terhadap apa sahaja yang dilakukannya walaupun ia perkara yang kecil kerana ia merupakan motivasi untuk dia melakukan banyak perkara yang lebih baik untuk anda. Syurga isteri adalah redha suami. Mengapa begitu? Ini sebabnya:
Ads
1. Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih untuk mencintaimu yang belum tentu mencintainya seumur hidupmu. Bahkan, sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
2. Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah ibunya hingga dewasa. Namun, belum tentu dia mampu membalas jasa orang tuanya. Namun, dia nekad untuk menanggung nafkahmu; seorang perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
3. Suami redha menghabiskan waktunya untuk mencari nafkah buatmu dan anak-anakmu. Padahal dia tahu disisi Allah, dirimu lebih perlu dihormati oleh anak-anakmu tiga kali ganda berbanding dirinya. Namun, tidak pernah sekalipun dia merasa dengki kerana dia mencintaimu.
4. Suami berusaha menutup segala masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Padahal, dirimu pasti akan mengadu padanya ketika dilanda masalah dengan harapan dia dapat memberi penyelesaian. Boleh jadi ketika anda mengadu masalah, dia juga mempunyai masalah yang lebih besar. Namun, dia tetap memberi perhatian kepada masalah anda berbanding masalah dirinya.
5. Suami berusaha memahami bahasa ‘diam’mu, bahasa tangisanmu sedangkan engkau kadang kala hanya mampu memahami bahasa verbalnya sahaja. Itu pun setelah dia mengulanginya berkali-kali.
6.Bila anda melakukan maksiat, maka dia akan turut terseret ke neraka kerana dia bertanggungjawab terhadap maksiat yang anda lakukan. Namun, bila dia bermaksiat, anda tidak akan pernah diheret ke neraka kerana perkara itu perlu ditanggungnya sendiri.
Jadi, hormatilah seorang suami selayaknya mereka perlu dihormati. Buang rasa egomu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular gambar pelakon Mas Khan bertunang dengan seseorang di laman media sosial, akhirnya dia mengumumkan dirinya mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Annatasha Diana.
Mas Khan bertunang
Menerusi perkongsian di Instagram, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, 30, memaklumkan pertunangannya telah berlangsung pada 13 Julai lalu.
Perhatian semua! Mas Khan sudah meninggalkan bangunan… dan pasaran! Pada 13 Julai 2024, saya sudah bertunang!
Di dalam video tersebut, bapa kepada Mas Khan turut mendoakan agar jodoh mereka berkekalan sehingga ke syurga.
“Tarikh 13 Julai 2024, Hidzir dah 30 tahun. Hidzir dan Natasha memang secocoklah. Handsome dan cantik. Natasha pun seorang wanita yang cantik dan lemah lembut. Jodoh dah sampai, semoga mereka kekal sampai ke jannah, Insya-Allah.”
Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan mereka.
Ramai Doakan Yang Baik-baik
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
Tahniah Mas, semoga pertunangan kekal utuh sehingga ke jinjang pelamin. You are so lucky to have AirAsia Barbie doll.
Tahniah sir Mas Khan dan tunang. Semoga dipermudahkan urusan sehingga ke jinjang pelamin dan hingga ke jannah.
Semoga dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin, Mas Khan!
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
**media[450488]**
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
**media[450490]**
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular komen bekas personaliti media, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang menitipkan semangat buat pasangan selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri selepas penceraiannya baru-baru ini.
Kelihatan tulisannya menggambarkan keperitan penceraian yang dia sendiri pernah lalui dalam kehidupannya, namun bangkit dan kini bahagia dengan pasangan hidupnya.
Komen Azrinaz Mazhar
Bagi Azrinaz, perceraian adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dalam sesebuah nakhoda rumah tangga.
“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan,” coretnya menerusi ruangan kapsyen muat naik terbaharu Nedim.
Pasti Akan Mampu Hadapi Bersama
Kata bekas wartawan penyiaran TV3 itu, dia percaya bahawa baik Nora mahupun Nedim sudah cukup matang untuk mendepani segala dugaan dalam kehidupan selepas ini.
“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media).
“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.
Nora, 42, dan Nedim, 41, bercerai talak satu di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Sekadar info, Azrinaz merupakan bekas isteri ketiga Sultan Brunei. Mereka bernikah pada tahun 2005, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan orang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.
Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3.
Menerusi perkahwinan yang terbina sejak 1 Mei 2018 itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.