Penyanyi, Amylea Azizan akui cukup risau bila dia terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad, 40.
Takut jika diuji dalam hubungan suami isteri, memandangkan mereka kini tinggal berjauhan.
Amylea Azizan Risau Dicurangi
Amylea, 38, berkata dia sentiasa memantau keadaan suaminya dan mengharapkan agar rumah tangga dibina selama tujuh bulan itu berkekalan sehingga akhir hayat.
Ads
“Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.
“Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak,” katanya.
Ads
Cuba Pertahankan Hubungan
Amylea bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada gangguan tersebut dan berusaha sehabis baik mempertahankan perkahwinannya.
Ads
“Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya pernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Amylea berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.
Jadi buat anda yang mempunyai nasib yang sama, perlu kentalkan diri dan berdoa yang baik-baik untuk terus bahagia dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikan luaran dan mengabaikan kecantikan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalaman adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakan jatuh, ini bukan masalah ringan kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Kadangkala akan rasa tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah berada di peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj. Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Jaga peranakan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak berkahwin semestinya sesuatu perkara yang perlu dititik beratkan. Segala persiapan perlu lah dilakukan dengan awal untuk mengelak daripada masalah berlaku. Adalah baik jika kedua-dua belah pihak saling bantu membantu dalam menguruskan hal perkahwinan seperti tempat, katering, pelamin dan sebagainya.
Bagi bakal pengantin pula, adalah penting untuk anda menjaga keselamatan diri anda terlebih dahulu. Jangan lakukan perkara atau aktiviti yang merbahaya sebelum beberapa hari menjelang majlis anda.
Kebiasaanya bakal pengantin perempuan sudah menempah atau membuat segalanya lebih awal kerana mereka agak sedikit ‘complicated’. Namun, itu tidak bermakna yang lelaki boleh rileks dan ‘chill’ sahaja. Ini adalah persiapan khas untuk penganti lelaki perlu tahu. Nampak remeh tapi ini yang selalu terlepas pandang.
#1) Siapakn baju melayu siap butang, gosok sampin siap, songkok hitam dan masa nikah perlu ya pakai stokin hitam atau putih. Andai kata baju nikah anda berwarna putih pakai lah stokin putih atau ikut kesesuaian nya.
#2) Pihak pengantin lelaki wajib atau kena sediakan duit upah tok kadi dan juga saksi. Jadi, anda boleh minta ayah pengantin perempuan tanya siap-siap berapa harga upah pada tok kadi. Upah ini berbeza ikut negeri ya. Kalau dah sedia sediakan awal-awal, tidak lah kelam kabut lepas siap nikah nanti.
#3) Mas kahwin dan cincin atau gelang batal air sembahyang kalau boleh semasa dalam perjalanan pergi nikah, barang-barang ini naik dalam satu kereta dengan pengantin lelaki ya. Sebab banyak juga kes yang kita lihat ‘delay’ nikah sebab pembawa mas kahwin sesat.
#4) Nak nikah wajib bawa IC ya abang-abang semua. Nanti tok kadi nak cek betul ke nikah dengan orang ini dan sebagainya. Semasa anda datang ke pejabat agama, jika mereka bagi borang apa sahaja, anda kena ‘standy’ je bawa masa nikah nanti. Sijil kursus nikah pun kena sediakan siap.
Sumber : cahayasakinah_mua
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam menjalani hubungan suami isteri pasti ada beberapa kebiasaan buruk yang sering dilakukan. Walaupun ada ketikanya anda tahu bahawa ia salah dan boleh membahayakan hubungan namun anda masih melakukannya kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri anda berdua.
Namun anda harus sedar jika kebiasaan buruk ini berlarutan dan tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan boleh menjejaskan hubungan sekali gus membawa pada keretakan rumah tangga.
Oleh itu suami isteri, jangan sesekali anda memperlekehkan enam perkara buruk ini. Tolong atasi segera agar hubungan anda berjalan dengan penuh harmoni.
1. Sering Ulang Kesalahan Yang Sama
Ini merupakan tabiat buruk yang kebanyakan daripada kita sering lakukan dalam alam rumah tangga. Ramai suami isteri tanpa sedar melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Walaupun kesalahan yang dilakukan itu mungkin kecil namun jika selalu dihadapkan dengan kesalahan yang sama, lama-kelamaan membuatkan pasangan rasa tertekan, geram dan fed up.
2. Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Menjadi perkara yang menyenangkan dalam hubungan suami isteri apabila anda memiliki pasangan yang sanggup meminjamkan telinganya dan berusaha memahami diri anda saat anda berkongsi masalah yang dihadapi. Ini kerana setelah berumah tangga pasangan merupakan orang yang selayaknya menjadi pendengar setia anda. Bayangkan jika pasangan mengelak daripada menjadi pendengar yang baik tentu sahaja akan menyebabkan rumah tangga anda kucar-kacir.
3. Sering Perbesarkan Perkara Remeh
Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan mempunyai tabiat terlalu fokus atau memikirkan pada masalah-masalah kecil yang akhirnya dibesar-besarkan sehingga mengakibatkan pergaduhan. Misalnya suami terlupa menyidai tuala di tempat yang sepatutnya sehingga menimbulkan kemarahan besar isteri. Ya! Mungkin anda seorang wanita yang inginkan kesempurnaan namun ada ketikanya hal-hal kecil ini tidak perlu dibesar-besarkan sehingga boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran mulut. Jika isteri menegur suami secara berhemah agar dia tidak mengulangi kesilapan kecil itu lagi, pasti masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Mudah bukan?
4. Menolak Kehadiran Keluarga Atau Teman Pasangan
Walaupun pasangan sudah menjadi milik anda sepenuhnya bukan bermakna pasangan anda harus mengabaikan keluarga atau kenalannya. Harus diingatkan bahawa sebelum berkahwin dengan anda, keluarga dan kenalan merupakan orang penting yang menjadi sebahagian daripada hidup pasangan anda. Jika anda boleh menerima kehadiran keluarga mertua mahupun kenalan pasangan dengan baik tentu sahaja anda akan menjadi pasangan yang disenangi.
5. Main Gadget Berlebihan
Gadget merupakan peralatan penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Tidak dinafikan ia mempunyai banyak tarikan yang boleh membuatkan anda sering terleka dengan keadaan dan orang sekeliling. Perlu diingatkan bahawa kehadiran gadget yang berlebihan boleh menjejaskan hubungan suami isteri termasuk anak-anak. Tanpa sedar jika terlalu asyik dengan gadget, anda telah mengabaikan orang yang disayangi sehingga akhirnya menghilangkan kepercayaan pasangan. Tentu sahaja pasangan akan rasa curiga apabila gadget tidak lekang daripada genggaman anda dan anda sering membawanya ke mana sahaja termasuk ke tandas.
6. Tiada Pengurusan Masa Yang Baik
Perkara ini selalunya dihadapi oleh mereka yang workaholic sehingga terlupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga. Sudah semestinya menjadi tanggungjawab untuk anda mencari nafkah bagi menyara keluarga namun jika terlalu mementingkan kerjaya hingga mengabaikan kehadiran anda bersama keluarga tentu ia boleh membawa pada kepincangan dalam hubungan suami isteri. Ingatlah bahawa keluarga menjadi keutamaan anda. Pastikan anda bijak menguruskan masa kerja dengan baik agar anda boleh menikmati saat bersama pasangan dan keluarga dengan seimbang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...