Siapa yang tidak teruja bila perancangan untuk balik ke kampung atau percutian keluarga bakal tercapai. Menurut saranan kerajaan, individu yang ingin merrntas negeri dikehendaki menjalankan ujian Covid. Seandainya ia menunjukkan anda positif, jangan terus panik. Ini yang perlu anda lakukan.
UJIAN KIT COVID POSITIF
Apa yang kita perlu buat jika ujian kit air liur positif?
1. Bertenang dahulu, jangan kelam kabut…
Part pertama yang paling penting untuk kita kekal bertenang.. Kita kena redha dengan takdir Allah yang kita sudah dijangkiti covid19…
2. Beritahu keluarga terdekat seperti ibu bapa, isteri, anak-anak dan adik beradik terdekat.
3. Asingkan diri anda daripada ahli keluarga serumah di bilik asing..
4. Update keputusan ujian kit saliva di MySejahtera..
5. Hubungi dan maklumkan kepada penyelia tempat kerja anda mengenai status keputusan kit saliva anda.
6. Hubungi CAC negeri masing-masing untuk tindakan lanjut.
7. Jika berkemampuan, boleh booking swab test RTK di klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan swab test. Jika boleh, bawa ahli sekeluarga yang tinggal dirumah yang sama untuk membuat swab test untuk kepastian status kesihatan mereka..
8. Jika swab test anda positif di klinik swasta, mereka akan terus update dengan pihak KKM untuk tindakan lanjut.
9. Tunggu panggilan daripada CAC untuk temujanji Swab Test di Klinik Kesihatan jika anda belum membuat ujian calitan untuk kepastian.
10. Jika anda positif, pegawai penyiasat akan hubungi anda untuk meminta data peribadi anda serta senarai kontak rapat anda.
11. Selepas itu, wakil KKM ( Doktor) akan hubungi anda untuk bertanyakan status kesihatan anda. Jika anda adalah mengalami simptom, mereka akan tempatkan anda di pusat kuarintin atau hospital. Ini bergantung kepada keadaan anda dan kekosongan pusat kuarantin.
12. Jangan lupa update status MySejahtera anda setiap 2 kali sehari. Jika anda gagal berbuat demikian, pihak kkm akan call atau sms untuk meminta anda update status kesihatan di MySejahtera.
13. Benda yang paling anda kena monitor ialah tahap OKSIGEN anda.. pastikan ianya lebih daripada 95%. Jika kurang dan anda mengalami simptom sesak nafas, terus hubungi 999 untuk tindakan lanjut..
Setiap kejadian ada hikmahnya.. benda yang paling penting ketika anda dijangkiti adalah anda perlu sentiasa bertenang dan berfikiran positif.
Jika ada telah lengkap dos vaksin anda, anda mungkin mengalami simptom ringan seperti demam,batuk,selsema,hilang deria rasa dan hidu.
Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak covid19. Sama-sama kita doakan agar wabak ini hilang dan lenyap daripada bumi kita ini..
Sekian, terima kasih
Kredit: Mohammad nur hakimi
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI