Dalam sesebuah hubungan, perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata-kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa mewangi.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban untuk anda dan melakukan perkara yang adakalanya tidak masuk akal untuk anda bagi membuktikan cinta mereka?
.
Jika anda tertanya-tanya sama ada hubungan yang terjalin benar-benar bahagia atau pun sebaliknya, ada beberapa hal yang boleh menggambarkan situasi ikatan yang terjalin.
Menurut ahli terapis pasangan, Dr Gary Brown, walaupun sesuatu perkara itu nampak remeh namun sebenarnya ia jelas menunjukkan perasaan sebenar kedua-dua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang itu.
Pun begitu, kekurangan itu bukan bererti hubungan anda sudah tidak boleh diselamatkan sebaliknya ia adalah indikasi untuk mengenal pasti dan melakukan perubahan agar ikatan yang terjalin kekal utuh dan bahagia.
Berikut adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia.
1. Terima Kasih
Ads
Perkataan terima kasih itu nampak remeh tetapi ia sebenarnya penunjuk jelas tahap hubungan anda.
Menurut Dr Brown jika dahulu anda saling berterima kasih atas hal kecil seperti membancuh kopi, mengemas rumah dan kini tidak lagi berupaya menzahirkan penghargaan buat pasangan ia petanda hubungan anda menjurus ke arah kehancuran.
Ini kerana anda tidak bahagia sehingga tidak lagi memberi perhatian terhadap hal-hal remeh dilakukan pasangan dan mungkin anda tidak menyedari tentang pentingnya ‘terima kasih’.
.
2. Tiada lagi luahan isi hati
Ads
Sebagai pasangan suami isteri – komunikasi adalah sangat penting termasuk berbicara tentang hal-hal penting sehinggalah apa yang berlaku kepada anda setiap hari.
Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan paling penting untuk mengetahui segala yang terbuku di hati.
Kata Dr Brown, apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian.
Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.
3. Tidur pada waktu yang berbeza
Ads
Mungkin nampak remeh tapi kata Dr Brown ia memberi kesan cukup besar apabila pasangan akan mula merasakan mereka tidak lagi penting.
Bayangkan sebelum ini, masuk tidur bersama, bangun bersama – melakukan aktiviti berkualiti bersama namun kerana waktu tidur berbeza ia menunjukkan bukan sahaja anda tidak berminat dengan pasangan. Adakah itu bahagia?
4. Tiada lagi panggilan sayang
Panggilan nama seperti sayang, baby, honey dan sebagainya mungkin kedengaran biasa tetapi ia juga penting dalam mengeratkan ikatan suami isteri.
Ini kerana panggilan manja itu menunjukkan perasaan anda terhadap pasangan dan ia antara cara meluahkan rasa kasih di antara suami isteri.
5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam
Kadang-kadang perkara paling kecil dan remeh boleh menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berikut ini dipaparkan 8 sikap kejam yang seringkali dilakukan oleh wanita untuk mempermainkan ego dan emosi kaum lelaki.
1)Menimbulkan Cemburu
-Sengaja keluar dan berpoya-poya dengan lelaki lain adalah hal yang kerap digunakan wanita untuk membuat kekasihnya cemburu.Alasannya untuk mengajar kekasih yang jarang memberikan perhatian dan kasih sayang.Memang apa yang dilakukan tidak salah asalkan tahu batasan dan tahu bila untuk berhenti.
2)Menguji
-Tidak kurang juga wanita yang suka menguji pasangannya dengan alasan mahu melihat sekuat mana cinta kekasih hinggakan kadang-kadang cara yang digunakan tidak masuk akal dan memberikan tekanan.Contohnya wanita suka memaksa si kekasih mengikuti kemahuannya seperti menemani membeli belah sedangkan mengetahui si dia mempunyai agenda penting dan telah pun berjanji dengan rakan-rakan terlebih dulu.
3)Mengkritik
-Lelaki mana yang suka dikritik apalagi oleh kekasih sendiri.Tambahan jika ianya dilakukan di depan umum.Hal tersebut benar-benar boleh menghancurkan harga dirinya.
4)Melakukan Kekerasan Fizikal
-Sesetengah wanita kadangkala menganggap melakukan kekerasan fizikal terhadap lelaki seperti memukul atau menampar bukan sesuatu yang salah kerana yakin kekasihnya terlalu baik untuk membalas kekerasan tersebut.
5)Ambil Kesempatan
-Sesetengah wanita juga sering menggunakan ketertarikan lelaki sebagai asas demi kepentingan dan manfaat peribadi seperti fasiliti pengangkutan pergi balik,hang out percuma dan lain-lain walaupun dirinya tidak pun tertarik dengan lelaki tersebut.Setelah bersenang-senang sedikit,si lelaki ditinggalkan.
6)Memanipulasi
-Menyedari lelaki mudah menjadi salah tingkah bila melihat wanita menangis,sesetengah wanita sengaja memanipulasi kelemahan lelaki ini untuk memaksa lelaki secara halus bagi memenuhi keinginannya.Kadangkala tangisan sengaja dilanjut-lanjutkan kerana tahu lelaki sanggup melakukan apa saja demi menghentikan tangisan si wanita.
7)Berbohong
-Samada sengaja atau pun sebagai satu cara melepaskan diri,ada wanita yang membohongi lelaki.Misalnya bila ada lelaki yang tidak menarik hatinya meminta nombor telefon,wanita biasanya sengaja memberikan nombor yang tidak betul.Atau jika pun betul,bila si lelaki menghubungi,wanita itu tidak akan menjawab atau pun sengaja meminta orang lain yang bercakap dan memberikan alasan.
8)Merahsiakan Status
-Paling mengecewakan lelaki apabila wanita yang selama ini dikejar dan dipuja-puja sebenarnya telah memiliki kekasih.Sedangkan ketika proses perkenalan si wanita menampakkan dirinya sebagai seorang yang masih single dan melayan mesra setiap sikap mahu pun rayuan manis lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
1. BERI MASA PADA DIRI
Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan.
Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
2. SIBUKKAN DIRI ANDA
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on.
Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
3. SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu.
Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.
Lelaki mudah berpisah
4. LUASKAN KENALAN BARU
Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru.
Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.
5. DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa.
Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6. ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA
Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan.
Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.
Travel, main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.
7. MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia.
Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.
AMBILLAH SEBERAPA BANYAK MASA PUN,
Kerana memang sukar untuk melupakannya si dia yang tersayang namun dengan kesabaran dan masa, anda boleh melupakan semua kenangan dan si dia sedikit demi sedikit.
Seterusnya bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda.
Semoga tips putus cinta ini sedikit sebanyak dapat membantu merawat luka di hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang sibuk nak buat roti sendiri kan, tapi tahu tak cara nak pastikan hasil roti yang lembut dan super sedap? Ini adalah perkongsian dari saudari Normarliana Abu Bakar untuk memastikan hasil roti anda lembut dan tidak keras untuk dimakan.
1. Tepung
– gunakan tepung yang betul. disyorkan tepung berprotein tinggi atau tepung roti. tepung jenis ini mengandungi kandungan protein 14% yang menjadikan ia lebih kenyal dan elastik.
2. Yis
– gunakan yis dengan cara yang betul. yis kering atau instant yeast berbeza sukatan dengan yis basah. untuk setiap 500gm tepung, jumlah yis adalah :
yis kering 11gm
yis basah 22gm
3. Bahan yang betul
– gunakan bahan yang betul. tepung yang betul, gula kastor, air sejuk. gula kastor mengelakkan ketulan gula timbul dalam doh dan air sejuk membantu mengawal pengembangan yis sekaligus menghasilkan permukaan doh yang licin.
4. Suhu
– suhu jangan terlalu tinggi. disarankan 160'c – 180'c sahaja. suhu tinggi menjadikan roti keras.
5. cuaca
– roti sesuai diuli pada bila – bila masa. cuaca tidak mempengaruhi. anda hanya perlu pastikan waktu tempoh proofing ( roti mengembang ) simpan di ruang tertutup, atau simpan di bilik yang ditutup pintunya.
6. bahagian roti
– membuat roti terbahagi kepada 3 bahagian. bahan kering ( yis gula garam tepung ), bahan basah ( telur, esen vanilla, air ) lemak ( mentega atau majerin ). masukkan bahan kering tanpa yis bersentuh secara langsung dengan garam, kalau tidak yis tidak akan aktif. masukkan pula bahan basah dan lemak akhir sekali.
7. uli
– tiada sebarang resepi mudah membuat roti. semuanya ada prosea untuk menikmati roti yang sedap. uli dengan betul dan sehingga elastik.
8. jenis – jenis bahan pelembut
– ada beberapa nama digunakan.
bread improver
softener
modular
magi pro
voltex
9. ratio bahan pelembut
– untuk setiap 500gm tepung roti, gunakan 5gm bread improver dan 5gm softener.
10. bahan pelembut semulajadi
– saya tidak menggunakan sebarang bahan kimia di dalam resepi saya. saya menggunakan water roux untuk membantu melembutkan roti. caranya:
125ml air + 25gm tepung gandum.
masak hingga pekat dan simpan. bancuhan ini boleh digunakan untuk sekilo tepung roti.
11. tepung roti bebas peluntur
– tepung roti berpeluntur menghasilkan roti yang berwarna putih
Selamat hari roti sedunia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!