Terlalu sibuk mengurukan hal rumahtangga, kadang tiada masa berdua untuk bercinta versi zaman ada anak-anak.
Bukan tak mahu tetapi terlalu penat kejar masa setiap hari. Suami sibuk mencari rezeki dan isteri akan setia menguruskan hal anak-anak dan kemas rumah. Tahu-tahu, siang dah bertukar jadi malam. Begitulah realitinya.
Kadangkala, meluangkan masa berdua dengan suami mahupun isteri juga dapat memenuhi kantung emosi bahagia untuk kedua-duanya. Tenang jiwa raga orang kata.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini, dikala usia 44 tahun, dapat membawa isteri ke masjid untuk solat subuh di hujung minggu, mahupun morning walk pun sudah memadai.
Masuk umur 50 tahun nanti, rancangannya mahu kembara keliling dunia berdua dengan isteri pula.
Rancang Mahu Keliling Dunia Berdua Dengan Isteri
Sekarang umur saya 44 tahun. Saya ada masa 6 tahun saja lagi untuk sampai ke umur 50 tahun.
Perancangan saya, pada umur saya 50 tahun, saya nak mengembara mengelilingi dunia berdua dengan isteri saya. Ketika itu, isteri saya mungkin sudah bersara awal dari kerjanya sebagai guru. Katanya dia nak jadi PA dan driver saya saja.
Ads
Ketika itu, anak-anak pun sudah besar panjang. Yang sulung mungkin sudah hampir tamat pengajian di universiti. Yang paling bongsu pun mungkin sudah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama. Jadi, tiada gangguan dan halangan lagi untuk ke hulu dan ke hilir berdua sahaja.
Saya pernah terfikir. Setelah sekian lama berusaha untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, kita akhirnya terpisah juga dek kerana tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.
Seawal pagi masing-masing sudah dengan hal masing-masing. Suami ke tempat kerjanya. Isteri juga ke tempat kerjanya. Balik petang atau malam, tubuh badan sudah terlalu letih. Tiada masa pun untuk berborak-borak santai. Begitulah setiap hari sehingga umur pencen menjelang tiba.
Tiada Masa Bersama Suami Isteri?
Kurang masa bersama. Tiada masa berdua. Adakah itu matlamat perkahwinan kita? Adakah itu yang didambakan suatu ketika dahulu?
Ads
Bila dah tua, kudrat dah tak secergas dahulu. Fikiran pun tidak seriang dan semuda dahulu. Banyak keterbatasan yang akan kita tempuh. Nikmat hidup berdua juga sudah semakin tidak bermakna.
Sebab itu saya paksa juga kadang-kadang keluar ke mana-mana berdua dengan isteri. Paling tidak di setiap hujung minggu, ke masjid untuk solat Subuh, kemudian morning walk, then sarapan. Jam 10 pagi baru balik ke rumah.
Secepat mungkin saya mesti hentikan semua ini. Agar hidup berdua dapat diberi erti dan makna dengan sebaiknya.
Itulah juga motivasi saya bila saya berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri. Mahu ada masa yang boleh diatur sendiri.
Ads
Mahu ada waktu bersama yang tersayang dengan semaksima mungkin, sebelum jasad dijemput pulang menghadap Ilahi.
Hidup kita ni tak lama. Entah sempat entah tidak saya bertemu dengan umur 50 tahun. Entah saya yang mati dulu atau isteri saya yang mati dulu. Saya pun tak tahu.
Antara benda yang paling saya takut ianya berlaku ialah jika isteri saya yang mati terlebih dahulu dari saya. Macam mana lah hidup saya nanti tanpa dia di sisi. Begitu juga sebaliknya.
Tapi itu janji yang pasti. Sebelum ia datang, saya nak gunakan sepenuhnya umur yang tersisa ini untuk meninggalkan kenangan terindah buat kami berdua.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak kesayangan selamat menjadi suami. Begitulah juga dengan penyanyi era 80’an yang popular dengan lagu ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, Azian Mazwan Sapuwan. Majlis pernikahan dan resepsi yang diadakan di kediaman pengantin perempuan baharu sahaja berlangsung minggu lalu.
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Pada majlis akad nikah yang berlangsung pada 13 Ogos 2022, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat bergelar suami kepada Mel Che Murni Atiera Nurfatehah. Mereka sekeluarga mengenakan busana rona putih. Wow, nampak suci berseri sangat!
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Pasangan pengantin Ashraf dan Mel pun sama cantik dengan busana putih. Ucapan dari seorang ibu semestinya yang paling menusuk ke kalbu…
13.08.2022 ~ Sabtu.Majlis akad nikah anakanda dan pasangannya selamat berlangsung pagi td..ALHAMDULILLAH. Doakan ye semoga rumahtangga yg dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya. Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yg penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yg soleh dan isteri yg solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yg diberkati..aamiin ya rabb. Selamat datang ke dalam keluarga kami Mellll dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel ❤️❤️
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Selesai majlis akad nikah, keesokannya pasangan ini melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak perempuan. Bila meninjau ruangan komen, Azian turut menjemput beberapa tetamu untuk menghadiri majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di Terengganu.
14.08.2022 Majlis Resepsi (sebelahpihakpengantinperempuan). ALHAMDULILLAH selesai majlis resepsi dan bersanding meraikanpengantinbaru .. MOHAMMAD ASHRAF ZULKARNAIN ❤️ MEI CHE MURNI ATIERA NURFATEHAH Kepadasebahagiansaudara mara dan sebahagian kwn2 rapatygturutsertadlmrombongan TERIMA KASIH bnyk2 sayaucapkan👏Mohon maafjikaadakekurangan di sanasini. LOVE SEMUA❤️❤️❤️ Saya juga mohonmaafkepadaygtakdptjemputan👏,harapmemahami. Mohon doasemuasemogamerekaberduadapatmelayarialamrumahtanggadgnbaik, diberkati dan menjadisuamiisteriygsoleh dan solehah..aamiin🤲..
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Kredit foto: Instagram @azianmazwann
Tahniah Azian dan keluarga. Buat pasangan penagntin, selamat melayari bahtera perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada di kalangan anda yang gemar makan dengan cepat? Kunyah lebih kurang lepas itu terus telan. Ada orang yang tidak mengambil masa lama untuk makan. Kalau boleh semuanya hendak cepat dan pantas.
Tahukah anda anda bahawa tabiat makan dengan cepat boleh menyebakan masalah kesihatan? Luangkan sedikit masa untuk anda menikmati makanan. Jangan tergopoh-gapah ketika menikmati makanan.
Kunyahlah dengan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda sebaiknya. Banyak kesan buruk pada kesihatan terutama pada sistem penghadaman bila kita makan dengan laju dan tidak mengunyah dengan betul.