Proses berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu ikut!]
Berpantang Sendirian
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kematian seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang sendirian.
Beliau melahirkan anaknya dengan prosedur Ceaserean dan berpantang sambil menjaga anak pertama berusia 19 bulan.
Punca kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Semoga arwah tenang di sana.
Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati.
Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang ini berjalan lancar!
Proses berpantang dikategorikan sebagai sebuah rawatan tradisional selepas bersalin.
Ads
Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang bagi menjaga kesihatan anda.
Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang
Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism?
Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!
Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!
Ads
Apakah tanda-tanda penyakit ini?
Wanita sedang berpantang mempunyai darah yang lebih pekat daripada biasa.
Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan nadi menjadi laju.
Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika anda:
berusia 35 tahun ke atas
mempunyai lebih daripada 2 anak
menjalani pembedahan c-seksyen
dehidrasi
tumpah darah semasa bersalin
mengandung kembar
Jadi, apa yang perlu anda buat?
Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati! Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.
Ads
Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih lama!
Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta tolong suami) buat ketika berpantang sendirian adalah:
Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
Jangan takut untuk mandi. Sediakan mandian berpantang yang senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
Pakai bengkung.
Minum banyak air.
Atur masa anda dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
Sediakan resepiberpantang yang mudah. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak larat.
Dan apa yang jangan dibuat?
Jangan sesekali buat perkara-perkara ini pula, okay! Antaranya:
Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
Jangan terlalu aktifsampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat!
Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.
Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aroma daun pandan memang memikat selera sekali selain ia adalah bahan dalam kegunaan masakkan. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya, rupanya daun pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan.
Berikut adalah 8 manfaat daun pandan kepada kesihatan:
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Kredit : Leha Yusuf
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sampai di rumah terus mesej padahal baru saja jumpa. Itulah yang selalu kita alami dengan pasangan kita. Kedua-duanya sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk membina masjid yang baru sahaja di bina.
Memang seronok dapat berhubung dengan tersayang walaupun ketika itu mereka sedang bekerja. Tetapi hanya kerana zaman teknologi, anda perlu menghantar mesej setiap minit kepada pasangan anda. Secara tidak langsung mungkin kita telah menggangu kerja si dia.
Sebenarnya ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk merasa si dia sentiasa di hati. Fikirkan juga pada pasangan anda, mesti kedua-duanya faham. Ada cara yang lebih sweet dan comel anda boleh cuba. Jom lihat.
1.Tulis surat dan letak dalam briefcase/ Beg si dia
Wah, sejuk hati si dia bila dapat surat sebegini. Manalah tahu mungkin masa itu dia sedang stress kerana hal kerja, tiba-tiba terjumpa surat yang anda tulis. Itu boleh menaikkan semangatnya untuk melakukan kerja kerana teringatkan anda.
Tidak perlu hidangan yang terlalu berat dan susah. Buatlah yang memadai sahaja seperti makanan kegemaran. Letakkan di dalam bekal lauk dan hantar kepada pejabatnya untuk seperti waktu lunch untuk makan bersama.
Setelah penat seharian bekerja, malam adalah waktu anda patut bersama. Bawanya keluar makan malam di tempat yang istimewa supaya dia merasa di hargai. Bukankah itu lebih manis?
Tidak perlu mesej, tapi cukuplah mengambil masa 15 minit untuk menghubunginya, sekadar bertanya khabar , apa yang dilakukan hari ini, bagaimana hari anda berdua, mengenai kerja dan sebagainya yang ringan. Ia dapat mengubati rindu mendengar suara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika anda terjebak dalam long distance relationship.
Daripada anda menganggunya dengan terus menghantar mesej, anda boleh menghantar gambar anda sendiri kepadanya ataupun selfie. Apa yang anda mahu hantar adalah terpulang kepada anda. Gambar seperti yang comel, kelakar, seksi, asalkan sesuatu yang membuatkan dia happy bila melihatnya. Jangan lupa selitkan mesej ringkas paling sweet atau gurauan senda.
Sumber : wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahu tak macam mana nak segarkan sayur kalau beli banyak? Sebagai suri rumah, bab simpan lauk basah pun kena kuasai. Barulah jimat dan tak perlu makan kedai.
Ya, biasanya kita sumbat terus dalam peti ais. Nak guna esoknya tengok sudah layu. Tak best, lah. Hilang seri jadinya.
Suri Rumah Ini Kongsi Cara Segarkan Sayur
Haa… jangan risau sebab seorang wanita dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan kembali sayur yang layu menggunakan kaedah osmosis.
“Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.
“Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.
“Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam,” ujarnya.
Masukkan Dalam Plastik
Selepas sayur kembali segar, keringkan dan masukkan ke dalam plastik airtight sealed atau ziplock sebelum disimpan di dalam peti.
Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, pun perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti.
Sayur jenis ini mudah rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.
Untuk tahan lebih lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana ia biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.
Jadi, cukup mudah, bukan? Boleh lah beli sayur banyak terus dan simpan dalam peti untuk beberapa hari. Tak perlu tiap hari pergi kedai cari lauk basah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!