Semua yang bakal jadi pengantin kena ada ilmu sebelum berlayar lebih jauh, nak-nak kalau anda terpaksa berjauhan dengan si dia.
Itu satu cabaran besar apabila dah sah tetapi orangnya tak ada depan mata. Jangan risau, anda boleh kutip ilmu daripada saudara Mahir Hassan ini dulu untuk bergerak ke dapan tempuh ujian perkahwinan.
Tip Buat Pasangan Bakal Jadi Pengantin, Terutama Yang Akan Berjauhan
Alhamdulillah, genap sudah setahun usia perkahwinan saya dengan isteri tercinta dunia akhirat, In sha Allah.
Bukan mudah untuk kami lalui perjalanan perkahwinan ini meskipun baru setahun kerana ditakdirkan kami berjauhan lebih dari 10,000 batu merentas laut dan benua.
Tahun pertama perkahwinan kami, Allah menganugerahkan kami seorang cahaya mata perempuan, Noha Maryam yang kini sudah berusia dua bulan 13 hari. Orang selalu tanya, seronok tak kahwin muda dan bagaimana pula dengan cinta jarak jauh ini?
Ads
Agak-agak, apa jawapan yang anda duga?
Saya menunggu setahun untuk menjawab soalan ini. Ketika catatan ini ditulis, sudah genap setahun kami hidup berjauhan dan masih lagi berjauhan.
Nah, ada 11 tip untuk pasangan yang bakal kahwin, yang bakal PJJ dengan pasangan:
1. Meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasangan anda, lebih-lebih lagi jika duduk berasingan.
2. Pastikan sentiasa berhubung dengan pasangan anda, paling kurang sekali sehari. Jika terlalu sibuk, masej sahaja ‘Hai sayang I love you.’ Itu pun sudah memadai.
3. Jika mahu beritahu hal yang serius, pastikan bercakap melalui telefon. Jangan sesekali text whatsapp sahaja. Silap faham akan berlaku.
4. Beri hadiah kepada pasangan anda paling kurang 3 bulan sekali, walaupun bukan sempena hari lahir atau anniversary.
Ads
5. Elakkan meninggi suara ketika bercakap di dalam telefon. Macam mana nak pujuk jika merajuk, nak peluk pun tak boleh sebab duduk jauh.
6. Anda perlu bina hubungan yang baik dengan mertua dan keluarga pasangan anda terutama jika anda isteri. Jika anda mampu tawan hati ibu suami, pasti hati suami anda lebih mudah untuk diikat ketat-ketat.
7. Jangan abaikan soal seksual. Pastikan kebersihan diri anda sentiasa pada tahap optimum dan bersedia bila-bila masa jika pasangan mahukan hubungan kelamin.
8. Banyakkan memuji pasangan anda, walaupun seribu kali sehari.
Ads
9. Pastikan anda ada waktu untuk solat berjemaah dan membaca quran bersama. Lebih elok jika suami mendengar bacaan isteri dan perbetul tajwidnya.
10. Jangan pernah tinggalkan doa yang baik-baik terhadap pasangan dalam setiap solat dan sujud anda. Inilah kunci untuk mengikat erat hubungan anda.
11. Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya hubungan dengan manusia pun dijaga Allah.
Perkahwinan ini kadang-kadang bukan seperti yang anda harap dan rancangkan.
Mental, spiritual, ilmu dan kewangan perlu dipersiap dan dirancang dengan betul sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin.
Sebenarnya tanggungjawab melebihi keseronokan dalam perkahwinan. Jangan terburu-buru, pilih pasangan yang benar-benar sesuai dan memenuhi citarasa anda kerana hal ini boleh mengurangkan kelompongan dalam kehidupan berumahtangga kelak.
Selamat berbahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya kalau nak kenduri atau musim perayaan ayam tua atau biasa kita panggil ayam pencen tetap menjadi pilihan dan ada peminatnya. Memasak ayam tua ini cabarannya agak getir sedikit sebab sedia maklum ayam dah pencen ni memang ototnya sudah keras jadi isinya juga liat jika kita tidak masak mengikut petua yang sepatutnya.
Sebab itulah yang suka memasak resepi ayam tua ni biasanya golongan lebih berusia yang lebih bersabar dan tahu cara untuk melembutkan isinya. Tidak di nafikan golongan muda juga ada yang memilih untuk makan ayam tua kerana dari segi kesihatan ayam tua ini dibela secara organik jadi ianya tidak melibatkan sebarang makanan yang mengandungi kimia ataupun dicucuk untuk cepat gemuk.
Inilah 8 petua untuk anda lembutkan isi ayam tua ini, bila dah lembut rasanya memang lebih sedap dan nak makan pun mudah.
Petua Melembutkan Ayam Tua 1
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.
Petua Melembutkan Ayam Tua 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 4
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 5
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
Petua Melembutkan Ayam Tua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
Petua Melembutkan Ayam Tua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kalau ada ibu bapa atau mertua yang nak rasa makanan ayam tua hasil air tangan anda tak perlu lah segan kerana anda boleh mencuba salah satu cara diatas bagi memastikan masakan anda di puji.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adat berumah tangga ada ketikanya tidak sefahaman. Maka sebab itulah komunikasi itu sangat penting dalam sesebuah rumah tangga bagi membentuk hubungan yang harmoni antara suami dan juga isteri.
Kelemahan dalam berkomunikasi sering menjadi punca keretakan rumah tangga. Perkataan yang baik adalah perkara penting dalam komunikasi.
Perkara yang sering menjadi masalah dalam rumah tangga apabila perkataan yang baik sudah tidak wujud lagi hingga menyebabkan komunikasi menjadi semakin dingin dan lebih buruk lagi menjadi tegang.
Para isteri, selalu beringat ya. Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas.
Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda.
Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama.
Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar. Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua.
Para isteri, komunikasi dalam rumahtangga memang perlu. Tetapi kita kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni serta tidak melukakan hati mana-mana pihak.
Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga.
Rasanya masih ada yang tak tahu kelebihan pakai micellar water untuk buang mekap dengan cara lebih bersih dan jadikan kulit licin tanpa cela.
Walau anda cuma duduk rumah, sebaiknya pakailah walau cuma sekali sehari. Apatah lagi kalau anda jenis keluar bekerja, micellar water boleh membantu buang kotoran dengan cara lebih mudah dan berkesan.
Pakai Micellar Water Buang Mekap, Kulit Pun Lebih Bersih Dan Licin
Elok pakai sebelum masuk mandi, nanti anda akan rasa segar kulit muka tanpa was-was nak terus tidur pada waktu malam.
Cara pakai pula, anda boleh sapu sebelum mandi. Serius, puas hati rasa segar kulit wajah. Kemudian anda boleh bilas kalau nak, tetapi tak nak pun tak apa.
Beza Garnier Micellar Water Pink Dan Biru
Processed with VSCO with a5 preset
Kalau berdasarkan packaging, ini perbezaannya.
Pink: Untuk kulit sensitif Biru: Untuk kulit berminyak & berjerawat
Yang warna biru, ada tulis “Pure Active”.
Bahan kedua dua produk ni lebih kurang sama. Sebenarnya sama, tetapi yang warna biru ada extra satu bahan: Alcohol Denat. Ini biasanya sebagai solvent.
Tapi, alcohol denat ni berpotensi besar akan mengeringkan kulit!
Kesan dia, kalau kulit yang tak tahan, akan jadi kering, pedih, merah, irritated. Sensitive skin memang patut avoid alcohol denat.
Macam mana pun, mungkin oily-acne prone skin ni elok kalau pakai product yang ada alcohol denat. Tak semua alcohol tu tak elok.
Secara asasnya, kalau kulit kering, anda patut guna yang botol pink. Tetapi kalau kulit normal atau kombinasi pun ok saja kalau nak guna yang pink. Jika anda memang tahu kulit anda okay menggunakan produk yang ada alcohol denat, ada boleh beli yang botol biru.
Haa… nampak tak, cukup sesuai di bawa ke mana-mana micellar water ini ya. Malah anda yang bakal jadi pengantin pun elok amalkan pakai, nanti nak mekap, kulit dah semula jadi cantik!