Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Ads
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Ads
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Ads
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila masuk hari raya pastinya pelbagai resepi dan menu masakan dicuba di rumah dan di rumah saudara mara. Salah satu bahan yang menjadi kegemaran suri rumah untuk memasak pastinya tidak lain adalah ayam.
Ya, ayam merupakan menu masakan kegemaran seisi rumah ia bukan saja memberikan rasa yang enak malah boleh di masak dalam pelbagai variasi masakan. Tetapi pernah tak kamu terfikir apa akan jadi kalau hari-hari asyik makan ayam?
Ayam elok untuk di makan tetapi bukan hari-hari, nak tahu sebab apa jom tengok sebabnya di bawah.
#1 Lemak Dan Kalori Berkumpul
Menurut pakar nutrisi makanan Siddhart Marya, nilai nutrisi bagi 100 gram ayam mengandungi 124 kalori, 20 gm protein dan 3 gm lemak.
Bayangkan jika kamu makan ayam hari-hari pastinya badan kamu terkumpul dengan lemak-lemak dan kalori yang tinggi. Kemudian pastinya penyakit lain akan muncul dek kerana gaya pemakanan kamu sendiri.
#2 Berisiko Tingkatkan Penyakit Kanser
Apabila kamu memasak ayam goreng, pastinya kamu kamu akan masak ayam dengan menggunakan suhu api yang kuat bukan. Untuk pengetahuan kamu, ayam yang di masak dengan suhu api yang kuat boleh meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser payudara.
Jika ayam tidak di masak dengan menggunakan suhu yang betul ia akan memberi mudarat pada kesihatan dan apatah lagi kamu makan ayam setiap hari.
#3 Diri Terdedah Dengan Arsenik
Macam mana diri boleh terdedah dengan arsenik yang bahaya ni? Untuk pengetahuan kamu 55 peratus produk ayam di pasaraya mengandungi arsenik. Bukan itu saja, ayam goreng fast food yang terdapat di pasaran juga mengandungi sedikit arsenik.
Arsenik yang terdapat pada ayam akan membuatkan diri berisiko mengalami masaalah hati, diabetes, masalah neurologi dan juga kanser.
Bukan nak kata tak boleh makan ayam fast food, boleh dengan syarat terhadkan pengambilan seperti dua minggu sekali atau sebulan sekali.
#4 Boleh Terkena Penyakit E.Coli
Penyakit Escherichia Coli atau E.Coli merupakan bakteria yang sangat terkenal kerana boleh menyebabkan muntah, masalah pernafasan dan sakit perut dek kerana makan yang terdedah dengan penyakit E.Coli atau cara penyediaan makanan yang tidak bersih. Selain itu, ayam juga merupakan salah satu haiwan yang sering terdedah dengan E.Coli.
#5 Boleh Terkena Keracunan Makanan
Masalah keracunan makanan disebabkan bakteria seperti salmonella, campylobacter dan bakteria lain yang terdapat pada ayam, berpotensi besar menyebabkan diri mengalami keracunan makanan.
Hal ini berlaku apabila kamu tidak tahu ayam tersebut sakit dan kemudian memasak ayam tersebut dan makan. Bakteria yang terdapat pada ayam akan menyerang tubuh si pemakan dan menyebabkan keracunan makanan.
Senang kata apabila hendak membeli ayam, pastikan kamu lihat ayam tersebut tidak ada tanda lebam-lebam atau pucat seperti penyakit pada badan ayam. Selain itu, pastikan kamu memasak ayam dengan menggunakan suhu yang betul dan bersihkan ayam dengan teliti.
Ayam memang enak untuk di makan, tetapi bukan setiap hari letakkan had dan kuantiti dengan seimbang agar kesihatan diri dan keluarga tidak terjejas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jadi dia melamar anda dan bersetuju dengannya! Itu berita hebat! Tahniah! Dan apa lagi? Anda telah menetapkan tarikh ?! Betapa menarik! Anda kini perlu merancang perkahwinan anda, menghantar jemputan, tandakannya pada kalendar anda dan dapatkan pakaian anda, tetapi masih ada satu lagi perkara yang anda mahu buat.
Perkahwinan anda adalah hari yang besar di mana semua orang akan melihat anda bersama pakaian perkahwinan yang cantik dan di iringi muzik. Jurugambar mengambil foto selepas gambar, menangkap setiap saat yang manis untuk menjadikan kenangan yang terindah.
Jadi bayangkan anda melihat gambar perkahwinan anda semasa itu anda berisi dan kelihatan sedikit besar pada bahagian tertentu. Mungkin sesetengah orang sebenarnya berfikir anda sedang hamil kerana kelihatan sedikit buncit. Anda mesti tidak mahukan perkara ini terjadi? Jadi ikuti antara tips mendapatkan bentuk badan yang sempurna semasa majlis perkahwinan anda.
Apa yang perlu diketahui untuk mendapatkan perkahwinan anda
Panduan ini akan mengandaikan perkara berikut:
Apa anda perlu makan?
Sayuran. Anda akan memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan penuh sayur-sayuran setiap hari. Ini termasuk, salad, timun, dan brokoli. Anda perlu makan sayur-sayuran menjadi SATU diet anda. Ini datang dalam bentuk daging seperti steak, ayam, daging babi atau ikan ATAU kacang dan kacang.
Protein perlu kira-kira satu perempat daripada keseluruhan diet anda. Karbohidrat.
Roti, pasta dan makanan berasaskan kentang. Ya, kita semua tahu anda suka karbohidrat anda tetapi kemungkinan besar anda mengalahkannya. Ini sepatutnya merupakan kuantiti terakhir keseluruhan diet anda.
Gula. Hanya untuk memastikan anda cukup pengambilan manis, anda dibenarkan 1 hidangan makanan manis seperti bar gula-gula mini atau mini muffin kecil setiap hari.
Apa yang tidak boleh makan
Makanan bergoreng. Ini akan menjadi sukar kerana makanan goreng ada di mana-mana. Ayam goreng, kentang goreng, udang goreng – apa saja yang digoreng.
Soda dan jus buah-buahan. Tiada lagi soda hingga hari perkahwinan anda. Terlalu banyak gula. Jus buah seperti jus oren, jus anggur, jus cranberi – walaupun mereka mungkin mempunyai vitamin, ia hanya mengandung terlalu banyak gula untuk dianggap tidak sihat.
Makanan segera. Ini sepatutnya menjadi punca utama untuk anda tidak makan. Pizza, burger, kentang goreng, perkara seperti itu perlu anda bertahan sehingga perkahwinan.
Latihan dan senaman
Sekiranya anda mengikut garis panduan umum untuk makanan, hasil latihan dan senaman anda akan sangat berkesan. Bersenam 3 hingga 4 kali setiap minggu. Ini bermakna pergi ke gym, teruskan, aktifkan.
Sumber : brutally honest fitness
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran mahupun bertunang sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta juga mereka yang dalam proses bertunang. (Nak tunjuk dekat siapa bahagia tu?) Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua.
1) Berjalan terlalu perlahan di kawasan hot spot
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
3) Mesra tahap maksima!
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
5) Panggilan manja kurang menyenangkan
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...