Sebelum anda beli dan sediakan, sebaiknya ambil tahu tip pilih barang hantaran dulu. Ini bagi memuaskan hati kedua belah pihak apa yang diterima.
Barang hantaran yang selalu jadi target adalah seperti minyak wangi, kain telekung, beg tangan, gajet, jam dan kain pasang. Ini memang hadiah yang normal diberi setiap kali majlis perkahwinan.
Namun, anda tetap kena tahu tip pilih barang hantaran dulu.
Tip Pilih Barang Hantaran
1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak.
Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil.
Jika perempuan 9 lelaki balas 7.
3. Elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
Ads
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.
Orang kata, nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
Ads
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Ini Contoh Gubahan Hantaran Yang Ada
Ads
Banyak lagi idea barag hantaran yang anda boleh guna, terpulang pada pasangan suka macam mana. Bincang elok-elok jangan ikut kepala sendiri pula. Nak hasil terbaik, anda kena duduk berbincang, barulah kedua belah pihak puas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali hari raya, kaum isterilah yang paling sibuk. Pendek kata semua persiapan disediakan oleh para isteri. Kuih raya, baju raya, perkakas dan hiasan rumah dan sebagainya menjadi agenda utama dan perlu ‘diselesaikan’ sebelum hari raya menjelma.
Bagi seorang suami, tentunya sudah biasa melalui cabaran menemani isteri untuk membeli baju raya. Kerenah sang isteri ada kalanya boleh membuatkan para suami hilang sabar. Sebenarnya ada sebab mengapa seorang suami itu perlu melayan kerenah isteri ketika ‘memburu’ baju raya seperti yang diidamkannya.
Kenapa kita, suami perlu “layankan” kerenah isteri dalam mencari baju rayanya?
1. Itulah sebenarnya masa masa yang terbaik untuk memberi dia kegembiraan. Dia kepenatan sebenarnya. Cumanya, orang perempuan ni cukup kuat menutup segala penat lelahnya seharian.
2. Andai isteri suri rumah, itulah detik bermakna buat dia dalam ” meredakan” kepenatan seharian melayan karenah anak dan suami serta kerja kerja rumah yang tak pernah habis habis.
3. Setahun sekali, suami perlu berkorban dan beralah dengan isteri untuk dia “riang” mencari baju yang diidamkannya. Isteri kita jugakan?
4. Sediakan saja peruntukan yang bersesuaian untuk isteri demi baju raya pertamanya. Kalau ada lebih, boleh saja dia beli baju raya kedua, ketiga dan seterusnya.
5. Nak isteri sayang suami tapi suami suka berkira masa dan tenaga dengan isteri. Kan tak adil tu. Bersama-samalah riang dan hilangkan gundah dengan cara berpimpin tangan mencari baju raya isteri di mana mana yang beliau mahukan.
6. Baju raya mungkin pakai seketika tapi kenangannya abadi selamanya. Andai kita (suami) pergi tiba-tiba, itulah momen yang kita tinggalkan.
7. Berbelanjalah lebih sedikit ketika nak beraya dengan cara sediakan bajet sebelumnya. Tak kisahlah sama ada main kutu atau apa caranya, janji halal, kita bersedia dengan bajet yang boleh gembirakan isteri. Ada lebih, belikanlah barangan lain yang dia suka.
8. Raya setahun dua kali. Cumanya, aidilfitri lebih bermakna daripada aidiladha. Jadinya, tak salah kita berikan yang terbaik kepada isteri agar dia tak jadi bahan “kataan” bila beraya nanti.
9. Sayang isteri, kita fahami perasaannya. Bukan hanya kita selalu jadi diktator. Ambil maklum pendapatnya, selami isi hati dan fahamkan apa juga rasa yang selama ini dia selindungi.
10. Suami jangan berhutang kerana baju raya isteri. Cari awal, simpan dan belanjakan bila tiba masanya. Jangan kata tak boleh selagi masih belum pernah cuba untuk menyimpan.
Inilah antara intipati kenapa aku masih “melayan” isteri mencari baju raya. Momen berjalan bersama dia tu akan jadi kenangan. Bukan tak boleh beli online, cumanya tak de feel macam beli depan mata. Saiz silap, Gambar lain, sampainya lain.
Bimbang memikirkan balutan gaun pengantin yang bakal anda sarungkan nanti? Apakah ia masih kekal ukurannya? Untuk elakkan anda berteka-teki dengan ukuran badan, apa kata lakukan diet sebelum menjelang hari perkahwinan.
Kalau nak rasa lebih bersemangat melakukannya, ajak pasangan diet bersama anda dengan enam cara ini agar anda berdua sama-sama tampil menyerlah di hari bahagia nanti.
1. Berkongsi makanan
Pergi makan berdua di luar? Pasti selalu kan. Jadikan ini kesempatan untuk menjadi langsing. Pesan satu bahagian untuk satu jenis makanan, lalu bagi dua anda anda kongsi bersama pasangan. Hindari memesan makanan dalam saiz besar untuk dihabiskan seorang diri.
2. Bersenam berdua
Pastinya anda malas untuk melakukan senaman sendirian kerana rasa kurang motivasi. Mengapa tidak ajak si dia menemani anda bersenam? Tarik pasangan anda untuk pergi ke gimterdekat dari pejabat sebaik selesai bekerja untuk lari bersama di treadmill. Atau ajak dia bangun lebih awal pagi di hujung minggu untuk joging atau berbasikal berdua. Cukup 30 minit sehari, lemak pasti enggan nak dekat.
3. Menonton tetapi tidak mengunyah
Setelah sibuk dan penat menyiapkan semua keperluan perkahwinan, menonton berdua ialah kegiatan paling digemari bagi kebanyakan pasangan. Sayangnya, mereka kerap membuat pasangan lupa diri. Dengan menambahkan asyik suasana, selalunya anda akan membeli makanan untuk dikunyah sambil menonton. Kerepek kentang, bertih jagung, minuman bersoda, coklat dan sebagainya. Kecil-kecil tapi membahayakan lingkaran pinggang anda.
Cuba perhatikan berapa kalori yang terdapat dalam sebungkus kerepek kentang? Kira-kira 80-120 kalori (bergantung ukuran besarnya). Itu hampir sama dengan makan 13-1/2 piring nasi, ujar Sion Porter, ahli diet dari Pertubuhan Diet Amerika Syarikat (BDA).
4. Tentukan jenis ‘diet’ yang akan diamalkan
Tidak perlu mengamalkan diet yang sangat ketat sampai membuat tubuh lemas! Ingat, anda perlu menguruskan persiapan pernikahan yang ppastinya memerlukan banyak tenaga dan fikiran. Jadi tetapkanlah cara dietyang sederhana dengan menggantikan nasi putih pada nasi merah dan ambil menu makan malam hanya dengan buah-buahan sahaja.
5. Punishment dan rewards
Jadikan program dietini seperti satu perlumbaan di mana anda dan pasangan boleh membuat peraturan anda berdua. Jika ada yang gagal dan makan makanan pada malam hari, maka dia perlu menambahkan waktu senaman di gimselama setengah jam lebih lama daripada rutin biasa. Tapi, jika anda berdua berhasil melewati satu bulan tanpa makan malam, anda dan pasangan boleh saling menghadiahkan antara satu sama lain dengan barang yang selama ini anda inginkan sebagai ganjaran.
6. Tak usah terikut-ikut
Yang namanya pasangan, wajar jika anda berdua saling mempengaruhi. Anda tak suka mendaki bukit kerana sering diajak si dia, jadilah ikut-ikutan sahaja. Hal yang sama boleh terjadi pada pola makan dan pilihan makanan kegemaran. Waspadalah! Memang tidak salah memiliki dua atau tiga jenis kudapan kesukaan, tapi bagaimana jika jumlah makanan kegemaran bertambah? Ini boleh jadi masalah.
Semakin banyak jenis makanan yang anda suka, ini bererti semakin besar cabaran yang anda akan hadapi dan semakin tinggi juga nafsu makan anda. Daripada saling mempengaruhi dalam hal yang kurang baik, lebih baik saling mempengaruhi dalam hal yang bermanfaat. Bagaimana jika anda saling mempengaruhi pasangan untuk memperbanyak jumlah sayuran yang segar? Lebih sihat, bukan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengapa situasi pertengkaran dikatakan perlakuan yang merapatkan hubungan hidup pasangan? Selidiki tahap hubungan anda. Bila kali terakhir anda bergaduh atau berselisih pendapat? Tidak pernah? Erm…ada sesuatu yang pelik terjadi di sini. Jika anda tidak pernah bergaduh atau bertengkar selepas berkahwin bertahun lamanya, ini bermakna hubungan itu ada yang tidak kena.
Mengapa terjadi?
Ia adalah luahan hati anda atau pasangan mengenai pendapat, keinginan dan pencarian kata putus dalam sesuatu perkara.
Perkahwinan adalah sesuatu perjalanan dan ia tidak mudah. Setiap hari adalah perkara baru, maka persefahaman perlu sentiasa dicari.
Pertengkaran Positif
Pertengkaran/perselisihan pendapat yang tidak melibatkan pergaduhan luar biasa seperti terjerit-jerit terhadap pasangan, baling barang atau melakukan kekasaran fizikal.
Perselisihan yang tidak melihatkan siapa menang dan siapa perlu patuh. Sebaliknya pergaduhan ini terjadi secara spontan dan akhirnya keputusan yang terbaik berjaya dicapai.
Pergaduhan yang tidak berlanjutan lebih 10 minit.
Adakah anda pernah mengingati semula detik pertengkaran antara anda dan pasangan? Bukankah ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri apabila terkenang saat itu? Lucu bukan, bergaduh dan bermasam muka hanya kerana memilih warna terbaik untuk kereta baru.
Komunikasi dua hala
‘ Yahya sudah berkahwin selama lima tahun. Sudah mempunyai seorang anak dan perkahwinannya dirasakan bahagia dan berjalan baik bersama Farhana kerana mereka tidak pernah bertengkar.
Entah mengapa suatu hari, Farhana memfailkan penceraian. Yahya tersentak seakan tidak percaya dengan tindakan isterinya. Disangka Farhana bahagia hidup bersamanya kerana Farhana tidak pernah bersungut dan menerima segala percaturan yang dilakukannya dalam rumah tangga mereka.
Setelah disiasat, Farhana menjelaskan dia tidak tahan dengan kehidupan tersebut. Malah Farhana rasa terkongkong dan perasaannya bagaikan tidak pernah dipedulikan. Yahya tidak pernah bertanya tentang apa kemahuannya walhal Yahya sedar bahawa Farhana ‘berat mulut’.
Daripada kes benar ini, dapat disimpulkan bahawa hidup berpasangan memerlukan komunikasi. Secara terus yakni baik atau secara pertengkaran kecil. Ini kerana ia medium untuk melontarkan pendapat dan hak masing-masing.
Semakin anda bertengkar maka semakin dalam anda mengenali pasangan. Anda tidak boleh hanya memikirkan apa anda rasa dan mahu, sebaliknya fikir juga perasaan dan kemahuan pasangan anda.
Tipu, jika hidup berpasangan tidak pernah bergaduh. Anda selidik apa yang tidak kena jika anda tidak pernah bergaduh dengan pasangan. Si dia mungkin telah memendam perasaan dan akan meledak bila-bila masa sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!