Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting kerana korang akan memakainya sepanjang majlis bersanding berlangsung. Kasut yang tidak selesa akan memberikan impak yang negatif seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya.
Maka sebab itulah kita harus memilih kasut untuk majlis perkahwinan dengan teliti untuk di pakai di hari bahagia nanti.
Berikut dikongsikan tip penting memilih kasut untuk majlis perkahwinan. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
1. KESELESAAN
Ini adalah point nombor satu yang perlu korang titik beratkan. Pada hari perkahwinan korang nanti, korang akan banyak berdiri dan bergerak. Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki korang melecet.
2. KETINGGIAN DAN TUMIT
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika korang tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika korang masih ingin memakainya, mungkin korang boleh berlatih ‘catwalk’ dan membiasakan diri terlebih dahulu.
Sebagai pasangan raja sehari, pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika korang memilih busana tradisional, fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. STAIL
Walaupun ia adalah dari pilihan korang, pilihlah kasut mengikut citarasa dan gaya korang. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian korang pada hari tersebut. Korang berhak memilih untuk memakai apa yang korang mahukan.
5. CUBA SEBELUM BELI
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus diingatkan agar korang mencuba dulu kasut yang ingin dibeli. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin korang. Jika tidak sesuai dengan busana, korang masih sempat untuk membeli kasut yang lain.
Ads
JENIS-JENIS KASUT PENGANTIN:
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi dan warna putih sahaja, pengantin alaf ini punya lebih banyak pilihan. Berikut Wanista kongsikan beberapa koleksi kasut pengantin yang mungkin boleh dijadikan inspirasi semua bakal-bakal ratu sehari.
Jika anda gemarkan gaya yang lebih santai, anda dan pasangan bolehlah menggayakan sneakers di hari bahagia nanti. Bagaimanapun pastikan sesuai dengan busana yang digayakan ya!
LARRIE telah memperkenalkan koleksi baharu bertemakan Milano Flair bersempena dengan Aidilfitri 2023. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni. Manakala koleksi untuk lelaki pula, LARRIE membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Hanya sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip sah jadi suami kepada wanita bernama Nur Afiqah Ishak selepas melangsungkan majlis pernikahan di Dewan Wilqadry, Putrajaya.
Majlis akad nikah tersebut telah disiarkan secara langsung (Live) menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut.
Syafie Naswip Sah Jadi Suami
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip, 31, telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Selepas selesai majlis akad tersebut, pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin itu dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika membaca taklik iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.
Segak mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih, kedua-dua pasangan mempelai sama cantik, sama pada itu dilihat tersenyum tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.
Bersambung Majlis Resepsi
Tidak habis di situ, majlis resepsi terus diadakan pada jam 6 petang hari yang sama pasangan ini dinikahkan yang bertempat di Grandeur Hall, Putrajaya. Dengan pakaian biru lembut, nampak cantik berseri orang rumahnya.
Menerusi ruangan komen dalam Live yang ditonton lebih daripada 1,500 pengikutnya dalam Instagram, ramai peminat pelakon itu telah meninggalkan ucapan tahniah atas pernikahannya dengan Nur Atiqah.
“Alhamdulillah. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Syukur alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata seorang lagi netizen.’
Difahamkan isteri kepada Syafie iaitu Nur Afiqah merupakan seorang pelakon dan juga model, berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pengikut suaminya dalam Instagram.
Mungkin sudah ada yang mula puasa enam. Puasa enam antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam dalam bulan Syawal.
Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang Muslim, maka puasa enam boleh dianggap sebagai antara kayu pengukur tahap ketakwaan selepas berjaya melaksanakan sebulan puasa.
Nabi SAW bersabda: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan 10 bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” (HR Nasa’ie)
Namun jangan pula abaikan soal kesihatan. Amat penting untuk kita menjaga soal pemakanan ketika berpuasa agar tubuh kekal cergas dan bertenaga.
Dengan cara ini amal ibadah kita akan berjalan dengan lancar. Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
TUJUH SEBAB PERLU AMBIL PROTEIN KETIKA PUASA ENAM
Untuk puasa enam ini teruskan ambil protein ya. Protein penting untuk tubuh. Tiap-tiap menu ambil. Sumber terbaik daripada tumbuh-tumbuhan.
Protein penting sebab:
1. Bolehkan kita bergerak.
2. Sokongan kepada struktur sel.
3. Berperanan transport kan molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.
4. Bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.
Ringkasnya ambil sahaja protein setiap hari. Kurang protein memberi impak buruk kepada kesihatan. Hilang otot, letih, perkembangan terbantut dan lemah sistem imun adalah hadiah daripada diet kurang protein.
Mungkin korang terfikir nak cuba-cuba buat biskut raya. Bagi pasangan yang baru berumah tangga, tentu kelengkapan dan perkakas di dapur belum lengkap. Namun ia bukanlah halangan untuk korang membuat kuih raya.
Tanpa menggunakan oven dan mixer, sebenarnya korang boleh menghasilkan biskut raya yang ‘super sedap.’ Rasa biskut ini juga sama macam coklat favourite semua yang harga kayangan itu. Bezanya biskut yang korang nak buat ni murah sahaja bajetnya.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara-cara membuat biskut Ferrero Rosak. Rasanya 90 peratus lebih kurang sama seperti Ferrero Rocher yang sebenar.