Pastinya setiap wanita ingin tampil jelita di majlis raikan cinta. Solekan yang cantik dan sempurna bakal menjadikan anda kelihatan cantik dan sempurna bagaikan bidadari syurga.

Namun, solekan yang salah dan tidak bertepatan dengan situasi majlis bakal menjadikan anda kelihatan pelik dan tidak berseri. Tentunya solekan bagi majlis yang diadakan pada waktu siang dan malam memerlukan teknik yang berbeza.

Entri kali ini berkongsikan tip solekan pengantin bagi resepsi siang dan malam.

Tip Solekan Pengantin Untuk Resepsi Siang Dan Malam

Solekan Siang

1.Sekiranya anda mengadakan majlis di belah siang hari, jangan gunakan solekan yang terlalu tebal. Sebaliknya pilihlah gaya solekan yang nipis dan natural sahaja. Gaya solekan malar segar ini bakal menyerlahkan kejelitaan semulajadi anda.

2. Bagi majlis siang, pilih warna mekap yang natural dan nipis seperti merah samar dan coklat air.

IKLAN

3. Jangan gunakan mekap jenis berkilat kerana dalam cuaca panas, mekap mudah cair dan menjadikan wajah nampak berminyak dan tidak rata.

4. Gunakan bedak asas yang berasaskan air dan bukan jenis krim bagi mengelakkan wajah cepat berminyak. Sesetengah wanita tidak pandai menggunakan bedak debu jadi gunakan bedak padat.

5. Bagi solekan mata, gunakan satu sahaja warna pembayang mata yang sesuai dengan apa sahaja warna baju, iaitu coklat. Jangan pakai pembayang mata berwarna putih kerana ia hanya akan menampakkan mata bengkak.

6. Sebaiknya, elakkan daripada memakai gincu tebal apatah lagi yang berwarna merah. Cukup dengan hanya rona pastel ditambah dengan memakai pengilat bibir yang berwarna lembut kerana anda akan nampak lebih manis dan selesa dipandang

IKLAN

Tip Solekan Pengantin Untuk Resepsi Siang Dan Malam

Solekan Malam

1. Sementara itu, sekiranya majlis perkahwinan anda diadakan pada waktu malam, kenakan solekan yang tebal sedikit. Pilih bedak asas berasaskan air kerana bedak jenis ini paling selamat dan cantik biar semasa siang mahupun malam.

2. Lebihkan solekan mata seperti melukis celak dengan lebih pekat begitu juga dengan maskara. Ini agar mata anda nampak lebih galak dan tidak layu.

IKLAN

3. Anda boleh menggunakan pembayang mata yang berkilat sedikit kerana akan menampakkan mata lebih bersinar dan glamor.

4. Pada bahagian pipi pula, gunakan pemerah pipi yang nipis sahaja kerana tumpuan lebih telah diberikan pada bahagian mata.

5. Sapukan gincu yang pekat sedikit dan lapisi pula dengan pengilat bibir agar bibir anda nampak cantik dan seksi.

6. Bagi kulit yang mudah berminyak, tekapkan tisu pada muka bagi membuang minyak dan kemudian sapu semula dengan bedak padat.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI