Sesekali tolong isteri buat kerja rumah, itu tidak menjatuhkan standard seorang suami. Malah akan dihargai dan hilang penat golongan wanita yang bertungkus lumus melengkapkan keperluan keluarga setiap hari.
Tolong Isteri Buat Kerja Rumah, Ini Cara Paling Mudah Bahagiakan Si Dia
Jangan kata itu tugas wanita sahaja, sebaiknya bantulah apa yang perlu. Ini kan tanggungjawab bersama.
Tak banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dapat serba sedikit menolong pun dah dapat meringankan urusan rumahtangga.
Seperti yang Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiez Mohammad Ruslee ini buat, rasanya ramai para isteri rasa berbaloi menguruskan hal rumahtangga jika dapat suami seperti ini.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop.Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan.
Ads
Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi.
Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri. Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5.
Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan. Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Pakaian dalam dryer dikeluarkan dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat. Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun.
Ads
Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya. Dan begitulah rutinnya setiap hari.
Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja.
Suka Masak Dari Beli Makanan Dah Siap
Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja?
Tak tergamak weh.
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal? Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Ads
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya. Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi.
Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat.
Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Tak ada doa paling tinggi yang saya minta dekat Allah, melainkan masukkan isteri saya ke dalam syurga.
Begitulah manisnya berumahtangga jika saling melengkapi. Moga kita semua mampu bahagiakan pasangan dengan cara paling mudah.
Diet adalah salah satu cara untuk wanita lelaki mahupun lelaki mendapatkan tubuh ideal masing-masing. Ada banyak jenis diet. Mungkin salah satunya boleh anda cuba. Beberapa jenis diet fokus pada pengurangan nafsu makan, sementara yang lain membatasi kalori, karbohidrat, atau lemak.
Setiap orang juga mempunyai kesesuaian yang berbeza terhadap jenis diet yang ada. Mungkin sesetengah diet berjaya untuk anda namun ia belum tentu berjaya untuk orang lain. Pernahkah anda mencuba untuk mengamalkan diet namun pada penghujungnya anda gagal untuk mencapai target untuk menurunkan berat badan?
Sebenarnya jika anda berhajat dan berusaha untuk menurunkan berat badan, kutip dahulu sedikit ilmu agar usaha untuk menurunkan berat badan mencapai sasaran. Bagi bakal-bakal pengantin pula, jika berhajat untuk menurunkan berat badan, lakukan seawal mungkin dan bukan disaat-saat akhir.
Melalui satu hantaran dilaman Tiktok yang dikongsikan Faizal Saedon, lelaki ini berkongsi tentang tip menurunkan berat badan.
Berikut perkara-perkara yang kita perlu elak jika kita berhajat untuk menurunkan 20 kg berat badan sebelum raya 2023.
6. Elak tidur lewat kerana ‘melayan’ TikTok atau Netflix. Anda perlu masuk tidur awal supaya anda dapat tidur yang cukup bagi membantu melancarkan proses menurunkan berat badan.
7. Elak bertangguh membuat aktiviti senaman. Jika anda berhajat untuk bersenam, segera lakukan dan tidak bertanggung-tangguh.
Bagi pakar pelaburan saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, pada September tahun lalu, dia mengakui berasa lebih muda.
“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap,” jelas lelaki yang berusia 48 tahun ini.
Mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.
“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja,” ujarnya.
Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.
“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.
Pada masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.
Dek kerana kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini, isterinya yang berusia 26 tahun itu juga turut terkena tempias.
“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan,”jelasnya.
Jelas beliau lagi, apabila menyebut tentang cinta dan sayang, ia adalah perkara yang tidak boleh ditahan. Apabila sudah sayang, seseorang itu tidak boleh menipu perasaan.
Apabila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.
“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.
Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.
“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik. Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” katanya.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa tidak ada yang salah jika menumpang kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja jika bekerja di tempat yang sama. Namun yang menjadi masalahnya apabila suami orang menumpang kereta isteri orang atau isteri orang menumpang kereta suami orang. Ini memang masalah besar.
Sebenarnya banyak masalah yang akan timbul bila dua orang yang berlainan jantina berduaan dalam satu kereta. Lebih buruk lagi apabila melibatkan lelaki dan wanita yang berstatus suami atau isteri orang. Wanita bujang dengan suami orang pun bahaya, isteri orang dengan lelaki bujang pun tetap bahaya. Mana-mana pun tetap bahaya!
Bayangkan bila tersangkut lama dalam kesesakan lalu lintas maka masa yang ada diisi dengan sembang-sembang dan akhirnya menjurus kepada ‘curahan hati’. Lama-lama masing-masing pun rasa saling memerlukan. Ini yang kita tak nak berlaku.
Berikut perkongsian daripada Marlia Ramli yang wajar dijadikan peringatan bersama sama ada suami atau pun isteri.
Jangan tumpang kereta suami orang. Berduaan? BIG NO! Grab dan teksi ada. Wanita hari ini perlu lebih berdikari dan punya standard sendiri.
Jika terpaksa tumpang, call isteri arjuna ini dan minta izin. Jaga diri sungguh-sungguh. Rendahkan diri bila terpaksa menumpang. Jangan melebih-lebih pula. Ini kan Malaysia…
KAUM WANITA SERING DIPERSALAHKAN
Tak kira siapa yang mula dulu akhirnya wanita yang akan dicop miang, merenyam, gedik dan gatal.
Tak kira suami orang level have-have atau bohjan di tepi jalan, jarang pihak arjuna yang akan dipersalahkan. Pusing camne pun, wanitalah yang akan dipersalahkan. Digelar penyondol dan khinzir yang menyerang tanaman orang. Tak kira lah siapa yang merayu itu ini.. Wanitalah akhirnya akan ditunding dilihat tidak ada style, low class dan kasta terendah.
Oleh itu sebaiknya, elak sama sekali menumpang kereta suami atau isteri orang. Jika nak tumpang pun, carilah sama-sama jantina. Senang sebab tak ada masalah curang selain mengelakkan fitnah daripada orang sekeliling.
Sumber kredit: Marlia Ramli, kata ustaz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!