Berkahwin dengan suami orang bukan benda baharu. Cuma kebelakangan ini ramai sangat yang cuba ‘masuk jarum’ dengan suami orang tambah-tambah wanita muda. Bonda Rozita Ibrahim bagi pesanan padu dan memang makan dalam!

 

Berkesempatan untuk berada di Rumah Hutan Terapi Alam milik Bonda Rozita Ibrahim memang seronok. Suasana hutan yang damai membuatkan pesanan yang disampaikan Bonda lebih ‘feel’ untuk dihadam. Banyak ilmu yang Bonda kongsikan dan perbincangan tentang perkahwinan yang dijawab tulus dari hati seorang ibu.

 

BONDA ROZITA Pesan Pada ‘ORANG KETIGA’, Nak Kahwin Biar Dengan ‘Jiwa’, Bukan Dengan Duit!

Wanita muda kahwin suami orang. Apa kata Bonda?

“Saya selalu pesan kepada staf saya tentang hal ini. Ada dua perkara saya selalu kata, hari ini kita ambil suami orang, esok lusa, suami kita orang ambil. Dan pertanyaan saya, kenapa nak kahwin dengan suami orang, bekas orang?

 

Mereka ni pernah merasa dan buat tak elok dengan isterinya. Kalau memilih untuk hidup dengan kekayaan yang suami orang ni dah usahakan dengan isterinya, kita bukan dapat apa-apa.

 

IKLAN
BONDA ROZITA Pesan Pada ‘ORANG KETIGA’, Nak Kahwin Biar Dengan ‘Jiwa’, Bukan Dengan Duit!
Kredit foto: Instagram Bonda Rozita

 

Kerana nak merasa tumpang BMW, rumah banglonya, itu dia punya. Nanti kalau kena cerai, kita hanya bekas isteri. Orang yang berilmu pasti akan cari wanita yang berilmu untuk jadi teman hidupnya. Buat ‘geli-geli’ bolehlah!” tegas Bonda.

 

Soal jodoh memang itu ketentuan tetapi manusia juga boleh membuat pilihan.

 

IKLAN

“Kalau saya lelaki, saya akan pilih wanita yang ada harga diri dan bukan semata-mata nak tayang beg tangan mewah. Sebagai wanita, saya akan cari duit dan harta sendiri. Biar sama-sama kaya, baru menjadi!” katanya.

 

 

 

IKLAN

Seronok bercerita tentang kedua-dua orang menantunya. Menurut Bonda, isteri yang dipilih anak-anaknya adalah bermula dari menjadi kakitangan di bawah seliaannya. Walaupun pada mulanya mereka tidak pandai memasak dan mengemas rumah namun itu bukan ciri utama untuk menjadi isteri yang baik.

 

“Pada saya, menantu saya perlu pandai kerja dan cari duit. Bab masak dan sebagainya, itu boleh dipelajari kemudian. Yang paling saya tegaskan pada anak-anak lelaki saya hanya satu perkara…

 

Hormat mentua dengan baik. Kalau bukan kerana didikan mentua terhadap anak mereka, anak-anak lelaki saya tak dapat isteri yang baik, anak-anak yang comel seperti sekarang. Pada saya, bila kita sayang anak orang, menantu itu akan sayang pada kita, akan baik dengan kita.”

 

Seronok berjalan di Rumah Terapi Alam Bonda Rozita. Selain dikelilingi suasana hutan, di sini juga ditawarkan rawatan spa. Setiap bilik rawatan diberi sentuhan dekorasi menarik dan menenangkan. Bagi pasangan yang baharu berkahwin, lokasi ini terbaik untuk anda berbulan madu.

 

Ada air sungai yang jernih, chalet yang bersih dan selesa serta cafe yang menyajikan makanan enak. Tak perlu keluar pun dari kawasan ini kerana semuanya ada! Nak lebih ekstrim, pasangan pengantin boleh cuba ATV. Memang rasa taknak balik!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI